Pintar Prihatin Jadikan Sultan Nazrin Disegani



KUALA LUMPUR - Kecemerlangan akademik dan lantang melontarkan pandangan menjadikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebagai raja yang berintelektual tinggi dan disegani.

Sultan Nazrin, 62, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan secara lantang akan menegur pihak pentadbir sekiranya terdapat perkara tidak betul terutama yang melibatkan kesejahteraan rakyat.

Loading...

Diputerakan pada 27 November 1956, di Georgetown, Pulau Pinang, baginda juga mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat selain Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England.

Kebijaksanaan yang dimiliki baginda itu diterjemahkan dengan jelas pada setiap titah dengan menyentuh segenap aspek merangkumi isu global, pentadbiran kerajaan mahupun kehidupan rakyat.


Antara yang diingati pastinya teguran baginda terhadap pemimpin yang tidak amanah dan berintegriti hingga mengakibatkan ummah berada dalam sengsara semasa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 di Putrajaya.

Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei 2014, manakala istiadat pertabalan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Mei 2015.

Putera sulung Almarhum Sultan Azlan dan Tuanku Bainun yang merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) diangkat menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan ayahanda baginda pada 28 Mei 2014.

Sultan Nazrin dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya 16 Julai 2014 selain merupakan Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar selepas ia dinaik taraf daripada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah pada 2016.

Sultan Nazrin diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim, 46, pada 17 Mei 2007 dan pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah, 11, serta seorang puteri Raja Nazira Safya, 7.

Pada 13 Disember 2016, Sultan Nazrin dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 2 November lalu, baginda selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong menandatangani pengisytiharan menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong apabila Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan.

Disebalik ketegasan baginda, Sultan Nazrin amat prihatin dan mudah tersentuh dengan kesusahan rakyat antaranya kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada 17 Disember lalu dalam rusuhan di tapak kuil Seafield, Subang Jaya, November lepas.

Keprihatinan baginda akan insiden yang menyedihkan negara jelas menyentuh perasaan baginda yang sebak dan menitiskan air mata ketika bertitah pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli-ahli Majlis Agama Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Pulau Pinang. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/pintar-prihatin-jadikan-sultan-nazrin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Abdullah Sworn In As Agong Sultan Nazrin As Deputy Agong For 5 Years Beginning Today

Sultan Abdullah Sworn In As Agong Sultan Nazrin As Deputy Agong For 5 Years Beginning Today

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR The Malay rulers convened at Istana Negara today for the 252nd special meeting of the Conference of Rulers which saw the new Yang di Pertuan Agong and his deputy taking their oaths and signing the instrument of office The meeti...
Confirmed Pahang Sultan Is New Agong Sultan Nazrin Deputy Agong

Confirmed Pahang Sultan Is New Agong Sultan Nazrin Deputy Agong

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR The Sultan of Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah has been elected the 16th Yang di Pertuan Agong The Deputy Yang di Pertuan Agong is the Sultan of Perak ...
Tiada Cuti Umum Sempena Hari Pemasyhuran Sultan Pahang Ke Enam

Tiada Cuti Umum Sempena Hari Pemasyhuran Sultan Pahang Ke Enam

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 332 hits
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak mengisytiharkan tiada cuti umum di negeri Pahang esok sempena istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam Beliau sekali gus menafikan khabar angin yang tular melalui aplikasi W...
Semua Sudah Siap Sedia Ada Kejutan Pada Pemasyhuran Sultan Pahang Ke 6

Semua Sudah Siap Sedia Ada Kejutan Pada Pemasyhuran Sultan Pahang Ke 6

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 421 hits
Semua sudah siap sedia Ada kejutan pada pemasyhuran Sultan Pahang ke 6 Pemasyhuran Tengku Abdullah Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang ke 6 akan melakar sejarah apabila laungan Allahu Akhbar akan berkumandang di Istana Abu Bakar ketika istiada...
Piala Sultan Azlan Shah Tanpa Gergasi Eropah

Piala Sultan Azlan Shah Tanpa Gergasi Eropah

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 362 hits
Kejohanan hoki tertua di Malaysia Piala Sultan Azlan Shah yang akan berlangsung pad a23 hingga 30 Mac ini akan hilang serinya apabila pasukan utama seperti Britain Belgium New Zealand serta gergasi Australia tidak akan beraksi dalam kejohan...
Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah

Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1170 hits
Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah
Rakyat Pahang Terima Sultan Baru Bermula Hari Ini

Rakyat Pahang Terima Sultan Baru Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1309 hits
Tanggal 15 Januari 2019 mencatat sejarah istimewa untuk rakyat Pahang apabila istiadat pemasyhuran sultan keenam Pahang dalam era moden Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berlangsung di Istana Abu Bakar pagi ini Istiadat itu yang akan disaks...
Sultan Abdullah Naik Takhta Pahang Esok

Sultan Abdullah Naik Takhta Pahang Esok

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 821 hits
Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah ketika menghadiri raptai penuh Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar hari ini BERNAMAKUANTAN Rakyat Pahang secara rasminya akan menerima ketua negeri yang baharu apabila Sultan Ab...
Sultan Abdullah Titah Kalimah Allahu Akbar Dilaungkan

Sultan Abdullah Titah Kalimah Allahu Akbar Dilaungkan

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 297 hits
PEKAN Sultan Pahang yang baharu Sultan Abdullah Ahmad Shah menitahkan supaya kalimah Allahu Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar dilaungkan pada istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam di Istana Abu Bakar di sini esok Ten...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding