Pinjamkan Kereta Kepada Seseorang Tanpa Izin Tuannya



Soalan:Apakah hukum meminjamkan kereta kepada orang lain, ketika pemilik kereta itu sedang mengerjakan umrah dan tanpa meminta izin pemilik kereta itu terlebih dahulu?
Jawapan:Hukum meminjamkan kereta orang lain kepada orang lain adalah tidak dibolehkan apabila tiada sebarang keizinan dari tuan asalnya. Contohnya kereta adalah pemilik Ahmad. Kemudian, Abu mengambil kereta itu dengan niat meminjam tanpa mendapat keizinan Ahmad. Maka hukumnya adalah haram. Begitu juga, jika Abu mengambil kereta tersebut dan meminjamkan pula kepada Ali, maka berlaku dua kali kesalahan kerana pinjam atas pinjam tanpa kerelaan dan keredaan tuan asal kereta iaitu Ahmad dalam kes ini.
Kami nukilkan pendapat guru kami: “Kontrak pinjaman bererti memberi kebenaran untuk menggunakan sesuatu. Dengan ini, peminjam tidak memiliki perkhidmatan barangan tersebut. Sebaliknya, dia hanya dibenarkan untuk menggunakan barangan yang dipinjam sahaja. Ini juga bermakna, peminjam tidak berhak menyewakannya kepada sesiapa. Dia juga tidak dibenarkan meminjamkannya kepada orang lain.” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/363)
Kami tidak nafikan budaya memberi pinjam adalah termasuk dalam adab bermasyarakat dan bersosial yang baik. Tetapi mestilah dengan penuh kerelaan dan keperluan serta menjaga hak masing-masing dengan sebaik-baiknya. Al-Quran sendiri begitu tegas menganggap mereka yang kedekut sehingga tidak memberi pinjam barang-barang keperluan yang mendesak termasuk dalam golongan yang mendustakan agama seperti terakam dalam Surah al-Ma’un. Firman Allah SWT:
وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ“Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).” [Surah al-Ma’un (7)]
Ibn Jarir al-Tabari berkata: Mereka menegah orang ramai untuk mendapat manfaat yang kecil-kecil dan sedikit dari sesama mereka seperti meminta pinjaman jarum, kapak, periuk, garam dan air serta lainnya.
Mujahid berkata, “الْمَاعُونَ” adalah mereka yang menegah pinjaman barang-barang yang menjadi alatan yang boleh bertukar antara manusia seperti kapak, timba dan bekas. (Lihat Tafsir al-Tabari, 30/209)
Syeikh al-Maraghi menukilkan pendapat gurunya, Ustaz Imam Muhammad Abduh antara lain berkata: ”Ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh orang yang membenarkan agama yang membezakannya dengan pendusta agama ialah bersikap adil, belas kasih dan mendatangkan kebajikan kepada orang lain. Manakala ciri-ciri khusus pendusta agama yang membezakan dengan orang yang membenarkan agama ialah meremehkan hak orang lemah, tidak mengambil berat terhadap orang yang memerlukan bantuan, berbangga dan cintakan harta, bermegah-megah dengan kekuatan, dan tidak melakukan kebajikan kepada orang yang berhak dibantu olehnya.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 15/7718)
Semoga Allah menjadikan kita semua golongan yang suka tolong-menolong atas kebajikan dan ketakwaan sebagaimana saranan Allah dalam nas-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/pinjamkan-kereta-kepada-seseorang-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Minta Maaf Sahkan Kereta Miliknya Di Parkir Oku

Mujahid Minta Maaf Sahkan Kereta Miliknya Di Parkir Oku

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 311 hits
February 14 2019 7 29 AMKereta yang diparkir di ruang yang dikhaskan kepada golongan OKU di hadapan sebuah restoran PETALING JAYA Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan gambar tersebar di media sosial membabitkan kereta yang park...
Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Didakwa Terima Ansuran Kereta Rm23 000

Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Didakwa Terima Ansuran Kereta Rm23 000

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 14 tuduhan menerima rasuah bagi bayaran ansuran kenderaan berjumlah lebih RM23 000 pada 2014 dan 2015 daripada sebuah syari...
Kereta Menteri Agama Bukan Sengaja Mahu Parking Di Petak Oku

Kereta Menteri Agama Bukan Sengaja Mahu Parking Di Petak Oku

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 341 hits
Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan gambar tersebar di media sosial membabitkan kereta yang parkir di petak khas orang kelainan upaya adalah kenderaannya Menteri di Jabatan Perdana itu berkat...
On The Spot Aku Patahkan Wiper Dia Akibat Park Kereta Depan Rumah Orang

On The Spot Aku Patahkan Wiper Dia Akibat Park Kereta Depan Rumah Orang

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 657 hits
Bila tinggal di kawasan perumahan sama ada rumah teres rumah flat dan yang sewaktu dengannya janganlah meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya sehingga mendatangkan kesukaran kepada penduduk lain On the spot aku patahkan wiper ...
Landasan Kereta Api Di Pulau Pinang Adalah Yang Kedua Tercuram Di Dunia Yang Pertama

Landasan Kereta Api Di Pulau Pinang Adalah Yang Kedua Tercuram Di Dunia Yang Pertama

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 747 hits
Siapa Sangka Landasan Kereta Api Kedua Curam Di Dunia Hanya Terletak Di Pulau Pinang Dengan kecuraman 27 9 darjah ini adalah landasan kedua tercuram di dunia Jika anda gemar menaiki kereta api dan suka pada cabaran apa kata anda cuba menaik...
Seorang Lelaki Di Johor Dikenakan Denda Kerana Membuang Puntung Rokok Dari Tingkap Kereta

Seorang Lelaki Di Johor Dikenakan Denda Kerana Membuang Puntung Rokok Dari Tingkap Kereta

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 377 hits
Biasanya para perokok yang membuang puntung rokok merata rata di tempat awam sama ada di atas lantai atau dari kenderaan yang sedang bergerak jarang akan dikenakan tindakan tetapi kini perbuatan itu boleh menyebabkan anda terpaksa membayar ...
Johor Bahru Jom Turun Sokong Kedai Spare Part Kereta Melayu

Johor Bahru Jom Turun Sokong Kedai Spare Part Kereta Melayu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 833 hits
Serius aku cakap susah sangat nak jumpa kedai spare part kereta kepunyaan orang Melayu jangankan kedai spare part kedai service aircond ketuk body dan cat pun susah Alhamdulillah ada saudara kita sahut jihad fardu kifayah ni orang Johor Bah...
Bila Pula Sarawak Report Hendak Cerita Tentang Kereta Mewah Keluarga Mahathir

Bila Pula Sarawak Report Hendak Cerita Tentang Kereta Mewah Keluarga Mahathir

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 604 hits
Kemewahan pemimpin Pakatan Harapan jelas dan diketahui umum terutama sekali apa yang anak anak Perdana Menteri Malaysia Ke Empat Ke Tujuh memiliki dan gaya hidup atau lifetsyle of the rich and famous mereka Dan ini tidak pernah di nafikan D...
Sentimen Anti China Menguat Di Filipina Karena Insiden Lempar Puding Di Kereta

Sentimen Anti China Menguat Di Filipina Karena Insiden Lempar Puding Di Kereta

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 219 hits
Sabtu lalu mahasiswi seni asal China Zhang Jiale melemparkan puding ke arah petugas stasiun MRT di Manila
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Petua Orang Lama Tentang Percintaan Dan Perkahwinan

Hishamuddin Hashim Controversy And Accountability In The Teoh Beng Hock Case

Lihat Apa Yang Mengejutkan Isi Perut Ikan Ini Setelah Di Potong Dua

Inilah Antara Sebab Mengapa Lelaki Jangan Mudah Percaya Dengan Wanita Cantik

Benda Benda Pelik Dan Berhaga Yang Sering Di Temui Di Tepi Pantai

Kenali Ciri Ciri Rambut Rontok Karena Penyakit Dan Cara Mengatasinya