Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Didakwa Terima Ansuran Kereta Rm23 000



KUALA LUMPUR — Bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 14 tuduhan menerima rasuah bagi bayaran ansuran kenderaan berjumlah lebih RM23,000, pada 2014 dan 2015 daripada sebuah syarikat percetakan.

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 56, yang juga bekas anggota Parlimen Kota Tinggi hadir ke mahkamah bersut hitam, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Loading...
Bagi pertuduhan pertama sehingga ke-14, Noor Ehsanuddin, sebagai seorang penjawat awam iaitu Ahli Lembaga Pengarah Felda yang bertugas di Felda, didakwa telah menerima bayaran ansuran kenderaan keseluruhan berjumlah RM23,540.68 bagi kereta bernombor WQP 329 miliknya melalui cek daripada Karya Hidayah Sdn Bhd, yang mana tertuduh mengetahui ada hubungan dengan tugas rasminya.

Difahamkan kenderaan itu adalah sebuah kereta jenis BMW 3 Series.
Noor Ehsanuddin dituduh melakukan kesemua pertuduhan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Taman Maluri, 250-252, Jalan Mahkota, Cheras, di sini antara 10 Feb 2014 dan 9 November 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nor Diana Nor Azwa mencadangkan wang jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan memohon syarat tambahan dikenakan iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam  Datuk R. Thrichelvam yang mewakili Noor Ehsanuddin membantah syarat melapor diri di pejabat SPRM dengan alasan anak guamnya seorang ahli perniagaan yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk melapor diri.

Selain itu, Thrichelvam memberitahu mahkamah bahawa pasport anak guamnya telah diserahkan kepada Mahkamah Sesyen Johor Baru, Johor pada Ahad lepas setelah didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah wang tunai dan tanah.

Nor Diana bagaimanapun berkata syarat itu seharusnya tidak menjadi masalah kerana tertuduh hanya dicadangkan melapor diri sekali pada setiap bulan.

Nor Diana turut memaklumkan tertuduh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, esok atas beberapa pertuduhan lagi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dan memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan serta menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.

Ahad lepas, Noor Ehsanuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Baru atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai RM50,000 dan sebidang tanah daripada syarikat percetakan itu pada 2013 dan 2014. — Bernama
Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/bekas-ahli-lembaga-pengarah-felda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Tahan Bekas Ahli Parlimen Terima Rasuah Wang Dan Tanah

Sprm Tahan Bekas Ahli Parlimen Terima Rasuah Wang Dan Tanah

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 366 hits
MUHAMMAD AYMAN GHAFFA 09 Februari 2019 5 23 PM PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan seorang bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk d
Umno Terengganu Sedia Terima Bekas Ahli

Umno Terengganu Sedia Terima Bekas Ahli

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 384 hits
Wartawan Watan Online UMNO Terengganu terbuka untuk menerima semula bekas pemimpin dan ahlinya yang bertindak keluar parti sebelum ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata pimpinan parti di peringkat neg...
Bekas Pengurus Jualan Didakwa Hantar Komen Jelik Pada Ydp Agong Ke 15

Bekas Pengurus Jualan Didakwa Hantar Komen Jelik Pada Ydp Agong Ke 15

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 296 hits
MALAYSIA GAZETTE Yang di Pertuan Agong ke 15 Sultan Muhammad V foto SYAFIQ AMBAK 17 JULAI 2018 KUALA LUMPUR Seorang bekas pengurus jualan di sebuah syarikat swasta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen je...
Mat Sabu Minta Parti Amanah Sedia Terima Ahli Baru Lepas Hadi Batal Saman

Mat Sabu Minta Parti Amanah Sedia Terima Ahli Baru Lepas Hadi Batal Saman

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 630 hits
Tiga hari selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik saman terhadap Sarawak Report Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menyeru ahli partinya di setiap peringkat membuat persediaan untuk mengalu alukan ahli baru Mohamad berkat...
Dr M Alu Alukan Bekas Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu

Dr M Alu Alukan Bekas Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 851 hits
Diterbitkan Hari ini 5 52 petangPengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad hari ini menyerahkan kad keahlian parti itu kepada beberapa bekas ahli parlimen Umno di Putrajaya Daripada tujuh mereka enam hadir pada masa berita ini ditulis Ahli Parli...
6 Bekas Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu

6 Bekas Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 426 hits
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penyertaan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin Datuk Rosol Wahid Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Datuk Sh...
Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu

Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 397 hits
Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu
Dua Bekas Aktivis Pas Perlis Terima Sijil Keahlian Amanah

Dua Bekas Aktivis Pas Perlis Terima Sijil Keahlian Amanah

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 335 hits
MOHD ALI HASHIM Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir menzahirkan rasa kegembiraan setelah dua aktivis Pas Perlis menyertai AMANAH dalam satu majlis ramah mesra yang telah diadakan di Kayang Perlis semalam Dalam majlis yang sama Anuar tu...
Pemimpin Pkr Kecewa Pm Mungkir Janji Terima Bekas Mp Umno

Pemimpin Pkr Kecewa Pm Mungkir Janji Terima Bekas Mp Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 323 hits
Diterbitkan 6 minit yang lalu pada 13 February 2019Oleh Raynore MeringTun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan enam bekas ahli parlimen Umno ke dalam Bersatu 12 Februari 2019 Foto oleh Mukhriz HazimKUALA LUMPUR 13 Feb Naib presiden PK...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik