Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah Rm300 Ribu
SOURCE : Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah RM300 Ribu appeared first on Mypt3.
Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah RM300 Ribu
Sebenarnya ada banyak program yang ditawarkan untuk membantu seberapa rakyat marhaen beli rumah mampu milik.
Kadang-kadang niat nak beli rumah itu ada, tetapi disebabkan syarat yang ketat diberikan oleh kalangan bank di Malaysia, membantukan rancangan pembeli rumah untuk mendapatkan ‘rumah idaman’ masing-masing.
Ditambah pula dengan gaji dan pendapatan yang tidak tinggi menyusahkan golongan marhaen untuk beli rumah.
Terbaru, Satu program di bawah Kementerian kewangan Malaysia yang diperbadankan melalui SKJP Berhad telah menawarkan satu program pinjaman mudah untuk beli rumah mampu milik di Malaysia.
SKJP atau namanya penuhnya Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad adalah memudahkan lebih ramai rakyat marhaen beli rumah mampu milik di Malaysia.
Bagi kami sendiri ia satu program yang cukup baik untuk anda semua cuba.
Dimudahkan cerita, jikalau anda sendiri atau kalangaan ahli keluarga dan kawan-kawan anda yang hanya bekerja sebagai petani, pekebun, berniaga kecil-kecilan, pemandu teksi grab atau mycar atau sebagainya, kerja kilang atau yang senagkatan dengannya dipelawa untuk mohon sekarang
Syarat Mudah
1) Anda mahu beli rumah mampu milik yang berharga RM300 ribu dan ke bawah
2) Anda tiada pendapatan tetap atau hanya mendapat gaji yang rendah setiap bulan. Contohnya, Jikalau anda tiada penyata gaji pun boleh memohon.
3) Anda tergolong dalam kumpulan b40 Malaysia
4) Berumur 18 dan ke atas
5) Serendah gaji dan pendapatan RM1 ribu, anda sudah boleh beli rumah idaman anda
6) Rumah mampu milik yang dimaksudkan tidak terhad kepada rumah baru sahaja, rumah subsale atau rumah lelong pun diterima juga
7) Tidak kira anda Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan, Orang Asli, semuanya boleh mohon
8) Pastikan kediaman anda maksimum sekitar 20km sahaja dari mana-mana cawangan bank yaang anda hantar permohonan
Tawaran Pinjaman Mudah Beli Rumah
1) Sangat mudah untuk lulus loan rumah
2) Kadar faedah yang dikenakan rendah dan tidak membebankan
3) Anda boleh buat pinjaman perumahan sehingga 35 tahun lamanya
Langkah Permohonan SKJP
1) Anda sudah ada rumah yang anda mahu beli
2) Penghulu, Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas, Ketua Kampung akan mengesahkan salinan kad pengenalan, dan butiran sumber pendapatan anda
3) Boleh terus pergi ke mana-mana bank yang menawarkan program ini untuk memohon
Antara bank yang terlibaat adalah :
Maybank
Hong Leong
Bank Muamalat
Bank Rakyat
Ambaank
Bank Islam
Alliance Bank
Agro Bank
Affin Bank
BSN
SOURCE : Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah RM300 Ribu appeared first on Mypt3.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/pinjaman-mudah-tanpa-slip-gaji