Pinjam Rm100 000 Tanam Tembikai
Pinjam RM100,000 tanam tembikai
GUA MUSANG – Usaha gigih seorang pemuda memerah keringat mengusahakan tembikai jenis boci nyata berbaloi apabila mampu menuai 120 tan hasil tanaman itu setiap musim.
Raja Mohd. Paris Raja Ismail, 33, mengusahakan tanaman berkenaan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, di sini sejak tiga tahun lalu.
Dia kini mampu meraih pendapatan mencecah ratusan ribu ringgit apabila hasil tanaman di atas tanah seluas 10 hektar turut dieksport ke luar negara.
Menurut Raja Mohd. Paris, biarpun tanaman itu dimulakan tiga tahun lalu, namun dia hanya serius selepas hilang mata pencarian sebagai kontraktor makanan di sekolah akibat pandemik Covid-19 pada tahun lalu.
“Saya bersyukur kerana mendapat bantuan rakan-rakan. Ketika mahu memulakan tanaman berkenaan, saya berhutang hampir RM100,000 daripada mereka dan ahli keluarga terdekat.
“Kini, saya sudah berjaya menuai hasil tembikai boci untuk empat musim. Kesemuanya dijual di pasaran tempatan termasuk Johor dan Sarawak selain dieksport ke Hong Kong,” katanya ketika ditemui di ladangnya di sini semalam.
Tambah Raja Mohd. Paris, harga tembikai boci kini agak tinggi mencecah RM2.20 hingga RM2.50 sekilogram.
Jelasnya, dia kini lega apabila penat lelahnya hampir berbayar selepas memperoleh pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan daripada Pegawai Jabatan Pertanian Gua Musang, Azrim Ibrahim semalam. K Online
Pinjam RM100,000 tanam tembikai
Baca Artikel Menarik :
Saya bersumpah atas nama Allah – Najib
Pasukan Khas siasat buku Tommy Thomas
Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam
Di Malaysia pecah rumah, di Indonesia rompak bank
Dah macam budak suruhan PPBM
Kanser Elyana sudah hilang
Pembunuhan karakter bukan pembunuh biasa-biasa
Sikap Pas akan memenangkan UMNO
Ahmad Fadhli, belajarlah hormati UMNO
Abang polis pun kena (Video)
Juruterbang rakam kelibat 12 UFO
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021
Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]
The post Pinjam RM100,000 tanam tembikai appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/12/09/pinjam-rm100000-tanam-tembikai/