Pindah Anak Pokok Cabai Merah Ke Dalam Pasu Berisi Tanah Merah Dan Pasir Sungai
Hari tu dalam entri tanah merah dan pasir sungai, aku ada cakap yang aku beli dan nak cuba guna tanah merah dan pasir sungai pulak sebagai medium tanaman untuk pokok cabai merah aku yang seterusnya sebab aku bercadang nak cari kos yang lebih murah untuk medium tanaman aku ni. Sebenarnya tanah hitam yang aku guna sebelum ini bagus dan sangat recommended lah. Boleh rujuk post pasal cabai merah sebelum-sebelum ni, sebab dalam post tu ada aku share jenis dan harga tanah tu.
Jadi aku dah pindahkan anak pokok cabai merah dalam pasu yang lebih besar sikit iaitu pasu kekal untuk dia. Mana tahu kalau-kalau gabungan medium tanah merah dan pasir sungai ni serasi dengan pokok cabai merah nanti sebagaimana medium tanah hitam. Jadi boleh lah aku jimat kos beli medium tanaman dan beli benda lain macam pasu dan lain-lain. Tapi aku tak beli dekat Shopee pasir dan tanah merah dah la nanti, beli dekat-dekat sini sahaja. Baru plan.. kita tengok dulu macam mana...
Let's check it out guys!
teruja tengok akar pokok. Macam benang..
Lupa nak bagitau, selain bekas aiskrim cup, aku juga guna bekas Mr. Potato saiz kecik jugak untuk semai biji benih cabai merah. Sungguh memudahkan hidup, bila nak transfer sahaja anak pokok masuk pasu yang lebih besar atau pasu kekal dia, boleh gunting terus bekas tu. Bekas pun tahan lama walaupun kerap kena air siraman. Sempat lah pokok tu membesar...
4/9/2021 lupa pulak nak snap gambar selepas tanam hari tu.. hahahadoiii
23/9/2021 - medium tanah merah dan pasir sungai
Agak mengecewakan sebab beli harga lebih kurang sama macam tanah hitam yang aku guna sebelum ni untuk 10kg, tapiiii 3 pasu sahaja dapat diisi... ermmmm... Jadi aku decide untuk teruskan sahaja guna tanah macam sebelum ni sajalah... tanah hitam.. sebab sebelum ni aku beli tanah hitam 10 kilo siap 4 pasu boleh isi (lebih 1 pasu), dengan belum termasuk lagi tanah dalam cup kecik-kecik yang aku semai termasuk juga pasu bunga saiz 7-8inci tu.. lagi satu.. pokok cabai pun lebih cepat membesar, tinggi dan merimbun daunnya bila guna tanah tu... nanti ku update ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thisspin.blogspot.com/2021/09/pindah-anak-pokok-cabai-merah-ke-dalam.html