Pindaan Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti Piramid Beri Perlindungan Lebih Baik Kepada Pengguna Wakil Jualan


 

PUTRAJAYA: Pindaan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP 1993) bertujuan memberi perlindungan lebih baik kepada pengguna serta wakil jualan sah agar tidak terperangkap dengan syarikat bermasalah.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata persiapan untuk meminda sedang dilakukan dan langkah itu penting bagi memastikan undang-undang Malaysia setanding negara lain agar industri itu lebih berdaya saing, seiring perkembangan pesat dan peredaran zaman.  
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited untuk terus membimbing dan memastikan integriti industri jualan langsung di Malaysia melalui pematuhan undang-undang dan pencegahan aktiviti tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fuziah berkata pemain industri juga perlu bekerja lebih keras untuk mengatasi persepsi masyarakat yang masih keliru antara jualan langsung sah dengan skim piramid kerana stigma itu melemahkan keyakinan pengguna dan menjejaskan reputasi syarikat jualan langsung yang sah
Selain itu, Fuziah berkata KPDN menawarkan beberapa solusi antaranya bantuan dalam advokasi pengguna bagi memberi kesedaran dan pendidikan untuk mengutamakan produk tempatan termasuk produk jualan langsung berlesen dan pada masa sama mengelakkan skim piramid atau produk tiruan.
“Ini bagi meningkatkan imej industri supaya dilihat sebagai antara penyumbang kepada ekonomi dan peluang keusahawanan rakyat,” katanya.
Fuziah berkata KPDN juga menggalakkan pengusaha jualan langsung bekerjasama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan mendaftar perniagaan, produk atau penemuan saintifik yang memerlukan perlindungan paten.
Ini kerana cap dagang yang berdaftar menjadi aset syarikat, selain boleh dilesenkan atau dijadikan pegangan pelaburan dan dilihat lebih sah, dipercayai, tidak mudah dipalsukan serta membantu syarikat mengambil tindakan terhadap pihak yang meniru atau menjual produk tiruan.
Fuziah berkata antara agenda utama KPDN untuk menyokong produk tempatan termasuk daripada industri jualan langsung ialah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang turut membantu mengangkat produk dan menyokong usahawan tempatan serta membuka jalan ke pasaran global. 
Tahun lepas, industri jualan langsung mencatatkan nilai jualan sebanyak RM34.4 bilion, meningkat 7.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, meletakkan Malaysia pada kedudukan keenam dunia dan keempat Asia Pasifik dengan kadar penembusan pasaran tertinggi di dunia iaitu 2.28 peratus.
Kenyataan sama memaklumkan Fuziah menerima kunjungan hormat wakil Persatuan Pembangunan Industri Jualan Langsung Malaysia (MDSIDA) yang diketuai presidennya Datuk Seri Barani Karunakaran.
MDSIDA yang dahulunya dikenali sebagai Persatuan Pengedaran Langsung Malaysia (MDDA) merupakan rakan strategik KPDN dalam mempromosikan industri jualan langsung di peringkat nasional dan antarabangsa. #Bernama
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/pindaan-akta-jualan-langsung-dan-skim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budi95 Catat Tiga Juta Pengguna Jualan Lebih Rm91 Juta Dalam Tempoh Empat Hari Amir Hamzah

Budi95 Catat Tiga Juta Pengguna Jualan Lebih Rm91 Juta Dalam Tempoh Empat Hari Amir Hamzah

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 207 hits
BUDI95 Catat Tiga Juta Pengguna Jualan Lebih RM91 Juta Dalam Tempoh Empat Hari Amir Hamzah KUALA LUMPUR 30 Sept Inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 mencatat hampir tiga juta pengguna dengan jualan melebihi RM91 juta dalam tempoh em...
Bezakan Fast Charger Vs Super Fast Charger Mana Lebih Baik Untuk Telefon Anda

Bezakan Fast Charger Vs Super Fast Charger Mana Lebih Baik Untuk Telefon Anda

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 168 hits
Bezakan Fast Charger vs Super Fast Charger Mana Lebih Baik untuk Telefon Anda Fast charging kini menjadi ciri penting untuk hampir semua telefon pintar moden Tapi bila lihat di kotak pengecas ada pula istilah Super Fast Charger Jadi apa seb...
Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Luahan Nora Danish Buat Ramai Tersentuh

Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Luahan Nora Danish Buat Ramai Tersentuh

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 689 hits
Original Content Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Pelakon dan usahawan popular Nora Danish sekali lagi menjadi perhatian umum apabila berkongsi sebuah luahan ringkas namun sarat dengan makna di platform Threads Ungkapan jujur yang dil...
Lebih Baik Pilih Satu Kawan Sejati Daripada Ramai Kawan Palsu

Lebih Baik Pilih Satu Kawan Sejati Daripada Ramai Kawan Palsu

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1069 hits
Lebih Baik Pilih Satu Kawan Sejati Daripada Ramai Kawan Palsu Dalam hidup kita akan jumpa ramai orang Ada yang datang sebagai teman singgah ada yang hadir sebagai pengisi ruang dan ada juga yang sekadar bayang bayang sementara Namun di anta...
Ron95 Atau Ron97 Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda

Ron95 Atau Ron97 Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 818 hits
RON95 Atau RON97 Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda Dalam kehidupan seharian petrol merupakan keperluan utama bagi kebanyakan pemilik kenderaan di Malaysia Di stesen minyak pengguna sering dihadapkan dengan dua pilihan utama bahan api ia...
Lebih Baik Dari Fast Food Lelaki Indonesia Usia 20 An Ini Buktikan Boleh Makan 3 Kali Sehari Dengan Rm5

Lebih Baik Dari Fast Food Lelaki Indonesia Usia 20 An Ini Buktikan Boleh Makan 3 Kali Sehari Dengan Rm5

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 147 hits
Seorang lelaki dari Indonesia baru baru ini tular di TikTok selepas berkongsi bagaimana dia berjaya hidup di Malaysia dengan hanya RM5 sehari Bekerja sambilan di Kuala Lumpur lelaki bernama Hakim menjelaskan bahawa sebahagian besar pendapat...
Rupanya Tandas Cangkung Lebih Baik Dari Tandas Duduk Ini Sebabnya

Rupanya Tandas Cangkung Lebih Baik Dari Tandas Duduk Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 537 hits
Rupanya Tandas Cangkung Lebih Baik Dari Tandas Duduk Ini Sebabnya Setiap orang pasti ada pilihan sendiri sama ada lebih selesa menggunakan tandas cangkung ataupun tandas duduk Tidak dinafikan tandas duduk dianggap lebih moden manakala tanda...
Kalau Boleh Buat Hati Tersinggung Lebih Baik Diam

Kalau Boleh Buat Hati Tersinggung Lebih Baik Diam

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 713 hits
AssalamualaikumKalau Boleh Buat Hati Tersinggung Lebih Baik Diam Bila dah lama berdiam rasa macam terpanggil untuk meluahkan isi hati yang sarat dengan duka Nampak diam tak bermakna tak ada perasaan ya Kadang kadang hatinya banyak parut luk...
Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Caning Should Return To Schools Under Strict Rules But That S My Opinion Pm

Govt To Speed Up Building Of Concrete Wall Along Thai Border

Kl Lites Better Plan Wfh Lest Face Road Disruptions Anti Trump Protests In Asean Summit Run Up

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Komando Serang Masjid Rusila

Sarawak Secured Largest Share Of Petronas S Spending In Past 7 Years Dewan Told

Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Petua Legakan Resdung Dengan Cepat No 7 Paling Berkesan

How The Ai Barbie Trend Became A Defining 2025 Pop Culture Moment

Malaysia Negara Islam Bukan Syurga Arak

Resipi Kek Mentega Sedap Mudah 15 Variasi Moden Yang Pasti Menjadi

Isyarat Dagangan Untuk Bitcoin Bagi 23 25 Oktober 2025 Beli Di Atas 106 250

Doa Ketika Hujan Lebat Dan Banjir Untuk Malaysia Tercinta