Rupanya Tandas Cangkung Lebih Baik Dari Tandas Duduk Ini Sebabnya


Rupanya Tandas Cangkung Lebih Baik Dari Tandas Duduk, Ini Sebabnya
Setiap orang pasti ada pilihan sendiri sama ada lebih selesa menggunakan tandas cangkung ataupun tandas duduk.
Tidak dinafikan, tandas duduk dianggap lebih moden, manakala tandas cangkung pula dikaitkan dengan gaya lama.
Namun, tidak ramai yang tahu perbezaan cara penggunaan kedua-dua jenis tandas ini sebenarnya memberi kesan tertentu kepada tubuh badan kita.
Sehubungan itu, hari ini SK ingin kongsikan penjelasan lanjut daripada Hello Doktor berkenaan kesan dan perbandingan antara dua jenis tandas ini.
Pembentukan konsep berak cangkung dan berak duduk Pada zaman dahulu kala, manusia berak cangkung. Ini berikutan tempat yang menjadi sasaran pendepositan bahan kumuh tersebut kebiasaannya tidak membenarkan seseorang individu itu untuk duduk.
Pada tahun 1596, Sir John Harington telah memperkenalkan alat bagi memudahkan proses defekasi dengan mekanisme pembersihan yang tampak canggih.
Ini memberikan impak terhadap lokasi pembuangan najis manusia dalam usaha bagi meningkatkan tahap ketamadunan sejagat.
Penggunaannya melibatkan 7.5 gelen air memandangkan ketiadaan sistem perpaipan dalam rumah pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, konsep tersebut cuma direalisasikan pada tahun 1775 oleh Alexander Cumming. Jamban duduk pula mula digunakan oleh orang awam pada abad ke-19.
Ini bermakna, dalam ruang masa di antara abad ke-17 dan ke-19, jamban duduk sama ada belum dicipta atau ia cuma tersedia untuk golongan kenamaan sahaja.
Bermula daripada saat itu, sistem ini telah ditambah baik sehingga terbentuknya jamban versi moden yang kerap digunakan pada hari ini.
Postur dan proses keluar najis Perbezaan postur ketika berak merupakan satu perbincangan yang mempunyai kepelbagaian pendapat di antara ahli-ahli akademik.
Menurut mereka, postur individu mempengaruhi tahap pemintalan (kink) pada usus besar.
Ketika rektum dipenuhi dengan najis, ia akan mengalami kontraksi seterusnya menyebabkan otot licin (smooth muscle) pada saluran dubur untuk mengendur.
Secara teorinya, konsep ini akan memudahkan pergerakan keluar najis namun proses ini dihalang oleh tindakan otot puborektalis yang menggelungi struktur rektum tersebut.
Ia akan menarik rektum ke hadapan bagi membentuk satu sudut ketat yang dikenali sebagai sudut anorektal.
Kepentingan sudut ini adalah bagi menghalang pergerakan keluar najis secara rawak sehingga kita sudah betul-betul bersedia. Ia memberikan fungsi kawalan pengeluaran kepada individu terbabit pada waktu yang sesuai.
Bayangkan jika anda berak ketika sedang bermesyuarat, ketika membeli makanan atau ketika sedang berdating. Tak kena pada masanya, betul tak?
Ketika kita sedang mencangkung atau duduk untuk berak, otot puborektalis ini akan mengendur seterusnya meluaskan sudut anorektal.
Ini akan membenarkan pergerakan keluar najis melalui bukaan tersebut. Namun, berbanding dengan duduk, posisi mencangkung akan meningkatkan tahap keluasan sudut tersebut seterusnya memudahkan pergerakan keluar najis.
Produk yang dikeluarkan oleh sesetengah syarikat yang berupa bangku kecil berupaya untuk membuatkan sudut anorektal ketika duduk diperluaskan sepertimana mereka yang mencangkung.
Berak duduk punca masalah buasir? Anda mesti pernah terdengar perihal mereka yang berak duduk berisiko untuk mengalami masalah buasir, kan?
Ia merupakan satu kenyataan yang seringkali menjadi alat bagi mengukuhkan pendapat mengapa kita perlu berak mencangkung.
Ada benarnya jika dilihat pada konsep anatomi. Namun menurut pakar bedah Rebekah Kim, buat kebanyakan individu, mereka yang berak duduk tidak mengalami masalah tersebut.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 oleh Ryuji Sakakibara telah mendapati bahawa mereka yang duduk ketika berak memerlukan tekanan abdomen yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mencangkung.
Dapatan ini selari dengan kajian oleh Dov Sikirov yang menunjukkan mereka yang mencangkung hanya memerlukan 51 saat untuk berak manakala mereka yang duduk memerlukan di antara 114 hingga 130 saat.
Dua faktor tersebut boleh meningkatkan risiko buat mereka yang berak duduk kepada masalah buasir.
Namun, tidak dinafikan bahawa kaitan di antara keduanya masih tidak jelas. Masalah buasir boleh disebabkan oleh pelbagai jenis faktor.
Tidak semestinya masalah buasir seseorang individu adalah disebabkan oleh tabiat berak duduk mereka.
Kajian lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti hubungan di antara postur dan masalah buasir.
Kesimpulan Jika anda hendak mengekalkan tahap kesihatan anda pada tahap yang optimum, anda perlu mengambil berat berkenaan dengan posisi anda berak.
Kebanyakan tandas awam sekarang tidak mempunyai jamban mencangkung. Jika anda berada pada situasi tersebut, gunakan sahaja jamban duduk, jangan tahan.
Namun, jika anda ingin membeli rumah, ambil tahu berkenaan dengan jenis jamban yang disediakan bersama rumah tersebut.
Tukar kepada jamban cangkung kerana ia boleh memberikan kepuasan defekasi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
BACA: RON95 Atau RON97? Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda
BACA: Rupanya Bekas Kaca Pun Boleh Masuk Air Fryer, Tapi Ini Syaratnya
BACA: Cara Sahkan MyKad Dalam Setel Untuk Guna BUDI95
Sumber: Hello Doktor
The post Rupanya Tandas Cangkung Lebih Baik Dari Tandas Duduk, Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/24/rupanya-tandas-cangkung-lebih-baik-dari-tandas-duduk-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ron95 Atau Ron97 Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda

Ron95 Atau Ron97 Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 811 hits
RON95 Atau RON97 Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda Dalam kehidupan seharian petrol merupakan keperluan utama bagi kebanyakan pemilik kenderaan di Malaysia Di stesen minyak pengguna sering dihadapkan dengan dua pilihan utama bahan api ia...
Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Luahan Nora Danish Buat Ramai Tersentuh

Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Luahan Nora Danish Buat Ramai Tersentuh

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 680 hits
Original Content Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Pelakon dan usahawan popular Nora Danish sekali lagi menjadi perhatian umum apabila berkongsi sebuah luahan ringkas namun sarat dengan makna di platform Threads Ungkapan jujur yang dil...
Saya Duduk Dalam Hubungan Toxic Selama Ni Baik Hanya Dalam Camera Haqiem Stopa

Saya Duduk Dalam Hubungan Toxic Selama Ni Baik Hanya Dalam Camera Haqiem Stopa

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 664 hits
Isu melibatkan ikon permotoran Haqiem Stopa nampaknya masih belum reda apabila dia akhirnya tidak mendiamkan tentang isu yang sedang berlaku ketika ini Akhirnya Haqiem Stopa bersuara Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram Story Haqiem...
Pagi Adalah Peluang Baru Untuk Hidup Lebih Baik

Pagi Adalah Peluang Baru Untuk Hidup Lebih Baik

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2446 hits
Setiap kali kita bangun tidur di waktu pagi sebenarnya itu adalah satu nikmat besar yang Allah kurniakan kepada kita Bukan semua orang dapat peluang untuk melihat mentari pagi Ada yang tidur malam tadi tapi tak sempat nak buka mata pada har...
Kalau Boleh Buat Hati Tersinggung Lebih Baik Diam

Kalau Boleh Buat Hati Tersinggung Lebih Baik Diam

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 707 hits
AssalamualaikumKalau Boleh Buat Hati Tersinggung Lebih Baik Diam Bila dah lama berdiam rasa macam terpanggil untuk meluahkan isi hati yang sarat dengan duka Nampak diam tak bermakna tak ada perasaan ya Kadang kadang hatinya banyak parut luk...
Lebih Baik Pilih Satu Kawan Sejati Daripada Ramai Kawan Palsu

Lebih Baik Pilih Satu Kawan Sejati Daripada Ramai Kawan Palsu

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1062 hits
Lebih Baik Pilih Satu Kawan Sejati Daripada Ramai Kawan Palsu Dalam hidup kita akan jumpa ramai orang Ada yang datang sebagai teman singgah ada yang hadir sebagai pengisi ruang dan ada juga yang sekadar bayang bayang sementara Namun di anta...
Zaman Dulu Lebih Seronok Blogging Dari Zaman Sekarang

Zaman Dulu Lebih Seronok Blogging Dari Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 2800 hits
Assalamualaikum Blogging akan jadi seronok kalau itu memang datang dari minat sendiri Aku mula blogging tagun 2010 lepas habis SPM Time tu rasa bosan terus create blog dan terinspirasi dari kakak ku sendiri Banyak yang aku belajar dari dia ...
Usul Pas Terajui Pn Kerana Akar Umbi Rasa Lebih Berhak Kata Penganalisis

Usul Pas Terajui Pn Kerana Akar Umbi Rasa Lebih Berhak Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1200 hits
Awang Azman Awang Pawi berkata ia juga menggambarkan isi hati akar umbi yang mereka bukan sekadar rakan kedua kepada Bersatu Semalam Pemuda PAS meluluskan usul parti itu memimpin gabungan PN dan menerajui kepimpinan utama negara PETALING JA...
Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Marjeena Cafe Parit Buntar

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fountain Of Youth Dalam Islam Legenda Ainul Hayat Dan Misterinya

Keseimbangan Dalam Kehidupan Muslim

7 Perkara Kecil Tapi Penting Sebelum Naik Motor Jarak Jauh

Ihr Weg Zum Erfolg Im Playjango Casino

Hukum Shalat Di Belakang Imam Yang Shalat Duduk

Texas88 Types Of Games Available At Agent