Pilu Ajal Mu Cikgu 4 Hari Baru Disedari Meninggal Dibilik
Berita Harian melaporkan bau busuk dihidu rakan serumah membawa kepada penemuan mayat guru wanita dalam keadaan terlentang di lantai bilik sebuah apartmen di Manggatal, dekat sini, semalam
Guru tersebut Kujaimah binti Jandih @ Jai ,27, didapati tidak keluar dari bilik sejak beberapa hari lalu sehingga kejadian itu disedari rakannya pada kira-kira jam 6 petang
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengadu wanita berusia 20-an yang juga rakan serumah wanita itu 10 minit kemudian
Sejurus terima laporan, kita arahkan anggota ke lokasi kejadian dan sebaik tiba terdapat bau busuk serta ada mayat seorang wanita di bilik berkenaan
Mayat ditemui dalam keadaan terlentang di lantai dan terdapat kesan darah dipercayai akibat terjatuh ketika seorang diri di bilik
Wanita itu dipercayai sudah meninggal empat hari lalu sebelum ditemui semalam
Menurut rakan serumah, wanita itu sudah tiga hari tidak keluar rumah dan hasil maklumat awal daripada ahli keluarganya bahawa wanita terbabit dipercayai ada sakit jantung,katanya ketika dihubungi, hari ini
Habibi berkata, kematian guru itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayatnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.Al fatihah
Apa yang berlaku mengundang pilu insan insan yang mengenali arwah antara nya Saidatul yang memuat naik status mengenai rakan nya itu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dukacita dimaklumkan saya telah kehilangan sahabat saya, Kujaimah @ Jai
Ya Allah kau ampunilah dosanya, tempatkan beliau dalam kalangan roh orang yang bertaqwa, sesungguhnya beliau seorang sahabat yang selalu ingin menggembirakan hati orang disekelilingnya 😢
Mohon sedekahkan alfatihah, dan doakan roh arwah dalam kalangan orang yang beriman. Halalkan makan minum arwah sepanjang perkenalan. Kalau ada hutang yang belum langsai boleh pm
Thank you
Update : untuk yang bertanya, punca kematian arwah masih belum dikenalpasti. Masih dalam proses post mortem di hospital. Doakan semoga urusan arwah dipermudahkan
Sumber: Saidatul Syuhada Sulaiman via http://bit.ly/2pJdN4B
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/pilu-ajal-mu-cikgu-4-hari-baru-disedari.html