Bayi Baru Lahir Meninggal Dunia Kerana Diberi Air Mineral
Bayi adalah sangat sensitif terutamanya yang berusia di bawah enam bulan. Bayi tidak memerlukan air sama seperti kanak-kanak atau orang dewasa, meskipun cuaca panas
Ikut perkongsian dari pemilik akaun @syafinazulkafli yang menceritakan pengalamannya mengendalikan satu kes di mana seorang bayi kehilangan nyawanya berpunca akibat kecuaian ibu sendiri
Bayi baru lahir 3, 4 jam sudah diberi minum air mineral
Bayi yang baru dilahirkan kira-kira tiga ke empat jam itu disahkan meninggal dunia selepas diberi minum air mineral oleh ibunya.
Masalah kesihatan yang timbul akibat perbuatan tersebut disebut sebagai ‘aspiration pneumonia'.
Masalah ini menyebabkan komplikasi pada paru-paru bayi berkenaan. Umum sedia maklum, paru-paru seorang bayi yang baru lahir masih lagi berada dalam keadaan yang tidak cukup matang berbanding orang dewasa
SUSU IBU SUDAH MENCUKUPI
Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Azizi Ahmad Zaidi, jumlah air yang terdapat pada susu ibu atau susu formula sudah mencukupi untuk kesihatan bayi. Susu ibu mengandungi 88 peratus air dan ia mencukupi untuk bayi.
Dalam penyusuan kali pertama, kolostrum yang ada pada ibu sudah cukup untuk mengelak dehidrasi. Pemberian air kepada bayi bawah usia enam bulan boleh membawa kemudaratan kepada mereka.
Masalah ini digelar 'water intoxication' dan berlaku apabila bayi diberikan air melebihi keperluan yang sepatutnya
Apa itu 'Water intoxication'
'Water intoxication' berlaku apabila bayi diberikan air melebihi keperluan tubuhnya. Tubuh manusia mengandungi 70 hingga 80 peratus air dan susu ibu atau susu formula mempunyai kandungan air sekitar 85 peratus
Maka, jika bayi kurang daripada enam bulan, diberikan tambahan air masak selepas minum susu, akan menyebabkan kepekatan garam sodium (Na) dlm darahnya mencari cair (diluted)
Cuba kalian buat ujian daging ayam disimpan dalam larutan yang cair. Sel-sel daging akan jadi segah (kembang) bukan
Bila sel-sel berada dalam medium yang cair, sel kembang dan ini kita panggil edema dalam bahasa perubatan. Bila sel-sel otak bayi terdedah kepada darah yang cair (bermakna garam galian menjadi diluted), ia akan mengembang dan bayi berisiko mengalami serangan sawan
Membaca Jambatan Ilmu
Sebelum melahirkan, ibu bapa digalak mengisi diri dengan ilmu dari sumber yang sahih mengenai penjagaan kandungan serta kelahiran.
Langkah seperti ini dapat membendung daripada mempercayai kepercayaan-kepercayaan karut yang boleh memudaratkan bayi. Semoga bermanfaat.
Sumber: CARI forum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sehinggit.blogspot.com/2019/11/bayi-baru-lahir-meninggal-dunia-kerana.html