Ajal Dua Beradik Lemas Di Desaru Adik Baru Habis Konvo
Kota Tinggi : Ajal dua beradik lemas diDesaru adik baru konvo Siti Hajjar dan adiknya Ummu Sulaiin amat rapat mereka selalu bersama dan bergambar bersama
Semalam kedua dua beradik ini lemas bersama seorang lagi saudara mereka Asiah ketika berkelah di Pantai peranginan Batu Layar Desaru Mersing
Apa yang berlaku sungguh memilukan yang mana Ummu Suliin baru habis konvo diUniversiti Utara Malaysia oktober lalu, arwah amat dikenali dikalangan pelajar disana kerana terlibat aktif dengan persatuan
Beritan Harian mealporkan dua beradik bersama seorang lagi saudara mereka lemas ketika dipercayai sedang mandi di kawasan pantai peranginan Batu Layar, Desaru, di sini petang tadi
Mayat tiga wanita berkenaan ditemui orang ramai kira-kira jam 5.30 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang tiba di lokasi berkenaan
Dua beradik terbabit dikenali sebagai Ummu Sulaiin Mohd Rohim, 23, dan kakaknya, Siti Hajjar Adila, 25. Seorang lagi mangsa dipercayai saudara mereka dikenali sebagai Asiah Abdul Rahman, 41
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Mohd Fadli Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.35 petang tadi
Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati tiga wanita yang dilaporkan lemas sudah ditemui orang awam
Mereka disahkan meninggal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya ketika dihubungi
Mohd Fadli memaklumkan, operasi pihaknya ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.15 petang tadi
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah, ketika dihubungi BH, mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)
Apa yang berlaku mengudang pilu insan insan yang mengenali arwah Ummu
Ya Allah kau tempatkanlah dia di sisimu yang paling mulia.
Ummu, hari ini aku datang mewakili kawan kita yang lain…sebelum kau ditempatkan di rumah baru nanti…
Ditakdirkan Allah… kau pergi buat selamanya hari ini berhampiran dengan aku… Allah takdirkan aku untuk berjumpa degan kau buat kali terakhir.
Kau bukan sekadar sahabat, kita sama2 bepersatuan.. kau setiausaha aku.. dan kita memang sangat rapat…kesana sini kau teman aku.. mesyuarat… berprogram… 4 tahun sahabat kita laluinya.. susah senang dari awal penglibatan kita sehinggalah kita berdua menerajui persatuan ini bersama… di suatu saat dlu aku di uji dengan kesetiaan dlm persatuan kita.. kau kekal ada disamping aku. sedikit tidak kepercayaan kau berubah.. kau terus ada bersama
Pemergian kau sangat mengejutkan kami semua.. perjalanan kau terhenti di sini sahabat.. alhamdullilah kau sempat juga tamatkan degree. semoga kau tenang disana. Insyaallah aku akan ke pasir putih suatu hari nanti untuk ziarah pusara kau
Al fatihah. Ummu sulaiin binti Mohd Rohim -Nazren Nasha
Jenazah akan dibawa pulang ke Kelantan selepas segala urusan selesai semoga roh mereka dicucuri rahmat keakraban dua beradik hingga akhir hayat. Al fatihah
Sumber: http://bit.ly/2pJdN4B
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/ajal-dua-beradik-lemas-di-desaru-adik.html