Pillow Blanket Murah Dan Senang Nak Bawa Travel
Hasil suka melayan shopee live hari-hari, sangkut pillow blanket 2 in 1 pula uolls. Ni k.fiezz beli dari kedai sama yang selalu k.fiezz beli skincare & cosmetic, korang boleh rujuk SINI. Tapi yang jual barang rumah ni dari akaun lain. Kedai sama tapi nama akaun lain sebab diaorang ni ada 2-3 akaun shopee lain-lain sebab setiap satu akaun/kedai jual barang berbeza.
Ni k.fiezz sangkut pillow blanket pula sebab ter layan live kedai diaorang. hehe. k.fiezz hari-hari tengok kat shopee live tu, kedai mana yang ada buat live. Kedai ni antara yang wajib k.fiezz terjah masuk. Tapi tak lah setiap live diaorang, k.fiezz layan. K.fiezz tengok dulu apa yang diaorang jual masa live tu. Kalau k.fiezz berkenan, sangkut lama lah kat live kedai tu.
Barang Rumah/Baju & lain2, cari kat shopee > My Home Official (wyjmyhome)
PILLOW BLANKET OFFER dalam LIVE
Baru-baru ni tertengok kedai ni buat live, staff dia tengah jual pillow blanket 2 in 1. Harga lelong RM20/satu. Wahhh berebut orang lock (beli) masa tu. K.fiezz cuba 2-3x juga lock (beli) bila staff dia up design yang masih ada stok. K.fiezz sangkut design yang ni baru berjaya. Hat design sebelum tu, tak dapat. Diaorang lelong barang yang dah tinggal sikit stok kat kedai. Itu yang jual murah. Ada design pillow blanket yang tinggal 1-2 biji je. Geram bila tak dapat. Sekali design yang k.fiezz dapat ni ada 6 biji. Terus laju-laju lock (beli) 2 sekali. Haha. Puas hati.
Order 1hb Disember, 3hb Disember barang sampai. Sekali dengan pillow blanket ni k.fiezz beli juga anti-slip lapik kaki untuk letak kat area sinki dapur. Lapik kaki ni yang jenis panjang RM15/satu. Biasanya yang lapik kaki yang panjang ada 2 keping, kan. Satu panjang & satu lagi pendek. Tapi ni hat lelong, ada yang panjang saja. K.fiezz okey je. Nak letak kat dapur untuk elak lantai basah dari percikan air kat sinki.
Yang berlipat tu lapik kaki jenis panjang. RM15/satu.
PILLOW BLANKET UNTUK TRAVEL
K.fiezz berminat beli pillow blanket ni sebab senang nak bawa jalan-jalan bila balik kampung & cuti-cuti. Bentuk bantal 4 segi & ada zip kat tepi. Buka zip tu, jadi lah selimut pula. Hah, kan ke senang camni. Boleh guna bila balik kampung & cuti-cuti. K.fiezz & family ni jenis suka bercuti beramai-ramai. Bila tidur kat hotel/homestay tak cukup bantal atau selimut. Time balik kampung pula, bila dah ramai adik beradik semua berkumpul balik kampung, memang tak cukup lah bantal, selimut. Ada pillow blanket 2 in 1 macam ni senang sikit. Nak bawa pun senang sebab saiz dia tak besar sangat.
Material kain untuk pillow blanket ni sangat selesa yea. Lembu, gebu's je.
Pillow blanket 2 in 1
REVIEW PILLOW BLANKET 2 IN1
Macam k.fiezz beritahu kat atas ni, material kain dia sedap, lembut. Jenis sejuk gitu. Memang puas hati. Saiz dia besor ke, k.fiezz? Saiz single bed. Mana ada anak-anak wajib letak pillow blanket ni dalam kereta. Bila travel dengan kereta balik kampung atau cuti-cuti, aircond sejuk terutama bila hari hujan. Ada pilllow blanket ni, sonang. Agak sejuk terus buka pillow blanket 2 in 1 ni, jadi selimut.
Berminat?Alamakkk.. K.fiezz nak share link pun, seller dah habis stok. Korang cuba lah cari dalam shopee. Taip je pillow blanket 2 in 1. Mesti ada. Cuma dari segi harga tak pasti lah pula. Cuba lah usya-usya yang mana berpatutan.
Kalau korang nak cuci-cuci mata kat kedai ni, cari kat shopee nama kedai atas tu
PILLOW BLANKET FOR TRAVEL...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/12/Pillow-Blanket-Murah-Dan-Senang-Nak-Bawa-Travel.html