Pill Box
Bekas untuk letak pil ni Mama Yan beli di Shopee dengan harga RM6.50 sahaja.MY beli dua kotak.Satu untuk MY,satu lagi untuk mak MY.
MY beli sebab masa mak MY ada kat rumah hari tu,nampak macam susahnya mak nak makan ubat.setiap kali nak makan,setiap kali tu la mak kena tengok nama ubat danwaktu makan ubat tu.Oleh kerana mak kena makan ubat 4 kali sehari,MY beli la yang 28 grids.4 kali sehari makan x 7 hari seminggu.Seminggu sekali kena la susun ubat dalam tu.
Mama Yan dan mak, timing makan ubat sama...-30 minit Sebelum sarapan pagi,-Selepas sarapan pagi-sebelum makan malam -sebelum tidur
Jadi MY dah ajar la mak macam mana nak guna dan susun ubat.Sebenarnya, kita tak digalakkan untuk buat macam ni...kalau buat pun,tak perlu keluarkan ubat untuk elakkan pencemaran silang.Tapi takpelah...daripada mak salah makan ubat.bukannya untuk sebulan pun...
Mama Yan asalnya makan 4 kali sehari,Tapi lepas jumpa doktor paling latest hari tu,doktor ada tukar ubat.Jadinya, ubat sebelum makan malam tak perlu ambil,cuma tambah dos pagi sahaja.Okay.. mana mana lah.Asalkan tak cucuk insulin sudah.MY tak takut jarum pun sebenarnya,Tapi memang taknak gunakan insulim.
Apalah kan Mama Yan ni...sebaya aje dengan Song Hye-kyo dan Jang Nara,Tapi ubat ubatan dah penuh setepak.Diorang masih cun melecun, ramping dan berseri seri lagi.Nak kena diet ekstrim macam artir Korea la kut..Baru sihat dan cantik.
Mudah-mudahan bulan Ramadan tahun ni memberikan kesihatan yang berganda kepada MY.Selain dari dapat pahala puasa,dapat juga jaga kesihatan.Ehh? semalam dah kantoi sehari...Pagi pagi dah muntah gastrik..Sampai ke petang muntah dan sendawa angin disertai pedih ulu hati...Sempat la suami usik,"Pregnant lagi ke?"Memang kena jelingan makrifat la kannn...hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2025/03/pill-box.html