Pilihlah Nak Jadi Bidadari Atau Kuli Suami Pilihan Di Tangan Anda Pasangan


Umum selalu salah faham mengenai konsep taat kepada suami. Ia tidak bermakna segala perihal rumah tangga perlu digalas sendirian. Untuk menjadi bidadari suami, bukan bererti anda harus mengabdikan diri kepada suami semata-mata.
Pastinya setiap pasangan yang berkahwin mengetahui hal menguruskan rumah tangga dan anak-anak bukanlah tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan tolak-ansur dan rasa saling membantu antara pasangan suami isteri.

Jangan kerana terlalu sayangkan suami dan ingin dianggap sebagai isteri yang terbaik, anda merelakan diri anda untuk melakukan segala-galanya. Ia seolah-olah terlihat seperti anda ‘merajakan’ suami.
Adakah itu caranya untuk menjadi bidadari suami? Sudah tentulah tidak. Ini kerana jika begitu amalan anda, nescaya ia akan mendatangkan mudarat kepada emosi dan fizikal isteri.
Bagaimana untuk menjadi bidadari suami?
Terdapat beberapa cara yang boleh anda dan pasangan lakukan untuk memperolehi keluarga yang bahagia. Sudah tentu ia memerlukan kerjasama daripada suami isteri dan bukan sekadar bergantung harap kepada isteri semata-mata.
Berikut adalah 3 cara utama yang perlu diamalkan setiap pasangan yang berkahwin jika ingin mempunyai rumah tangga yang bahagia, iaitu:
Melakukan tugasan rumah bersama-sama
Jika anda sedang melakukan sebarang tugasan rumah seperti mengemas, cuba untuk meringankan mulut meminta bantuan si suami. Ya, anda mungkin boleh melakukan segalanya sendiri tetapi jangan menjadikan diri anda sebagai kuli.
Rumah tangga yang dibina adalah milik anda berdua, maka atas sebab itu suami juga bertanggungjawab dalam menjalankan sebarang tugasan rumah. Tetapi elakkan daripada memberikan arahan kepada suami.
Berikan pilihan kepadanya untuk melakukan pekerjaan. Sebagai contoh, katakan kepadanya bahawa anda akan memasak, dan tanyakan sama ada si suami boleh membantu anda dengan menguruskan pakaian kotor.
Paling penting jangan melakukan segalanya sendirian. Lakukan segalanya bersama-sama pasangan.
Meluahkan secara jujur
Ada sesetengah isteri sukar untuk mengakui apa yang dirasainya dan memilih untuk memendam perasaan. Lebih parah lagi apabila anda memilih untuk menzahirkan apa yang anda rasai dengan mimik wajah anda.
Percayalah suami anda tidak akan dapat menangkap apa yang anda rasai melainkan anda melafazkan secara lisan kepada mereka. Malahan semakin lama anda memendam perasaan, akan semakin berat bebanan yang anda tanggung.
Jadi sebaiknya, sejak dari awal perkahwinan, cuba untuk jujur dengan pasangan tentang apa yang anda rasai. Tetapi luahkan dengan cara yang baik dan elakkan daripada menggunakan bahasa yang kasar, okay?
Dalam masa yang sama hindari daripada membuat sebarang andaian negatif kepada pasangan anda. Jika wujud perkara atau isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati, berterus-teranglah dengannya. Komunikasi adalah kunci utama kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Berterima kasih
Anda pasti tahu 2 perkataan paling ajaib adalah terima kasih dan maaf. Percayalah saat anda melafazkan 2 perkataan ajaib itu, hati individu yang menerimanya pasti rasa dihargai walaupun tidak ditunjukkan melalui reaksi wajahnya.
Jika pasangan anda melakukan sesuatu selepas anda memintanya, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih, walaupun mereka hanyalah sekadar membuang sampah ke luar atau menukar lampin si kecil.
Mungkin ada yang mengatakan, penghargaan itu boleh ditunjukkan melalui perbuatan seperti membalas pertolongan pasangan dengan menyediakan segelas air. Tetapi hakikatnya 2 patah perkataan ajaib, “Terima kasih, Sayang” pasti akan mendatangkan kesan di hati pasangan anda.
Anda pun pastinya akan berasa terharu dan dihargai jika mendapat ucapan terima kasih daripada pasangan selepas melakukan sebarang tugasan, bukan? Jadi, cuba untuk amalkannya.
Isu menjadi kuli atau bidadari suami tidak seharusnya timbul kerana setiap hubungan rumah tangga itu perlulah mempunyai sifat tolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Jika anda sayangkan rumah tangga anda, maka ringan tangan dan bantulah pasangan anda dalam melakukan setiap tanggungjawab dan tugasan di rumah.
Sumber:Hello Doktor
The post Pilihlah Nak Jadi Bidadari Atau Kuli Suami, Pilihan Di Tangan Anda & Pasangan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pilihlah-nak-jadi-bidadari-atau-kuli-suami-pilihan-di-tangan-anda-pasangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Dapat Nak Selamatkan Suami Hilang Isteri Amp 6 Anak Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

Tak Dapat Nak Selamatkan Suami Hilang Isteri Amp 6 Anak Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 358 hits
Malang tidak berbau Terbaru di Kampung Bandau Membakut sabah hari ini melaporkan seorang ibu bersama enam orang anaknya ditemui rentung selepas terlibat dalam satu kebakaran Kejadian berlaku awal pagi tadi rumah kayu yang didiami keluarga t...
5 Benda Suami Nak Kena Tahu Tentang Isteri Yang Lepas Bersalin

5 Benda Suami Nak Kena Tahu Tentang Isteri Yang Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 319 hits
Mendengar pengalaman orang tentang sakit bersalin bukanlah satu perkara yang menyenangkan Lebih lebih lagi jika ini adalah kandungan pertama Walaupun setiap pengalaman bersalin ibu adalah berbeza namun rata rata pasti ramai yang bersalin no...
Lenguh Tangan Weh Nak Buat Netizen Ternganga Tengok Tutorial Pramungari Mas Yang Comel Buat Rambut

Lenguh Tangan Weh Nak Buat Netizen Ternganga Tengok Tutorial Pramungari Mas Yang Comel Buat Rambut

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 247 hits
Untuk sesiapa yang pernah naik flight mesti perasan pramungari yang cun cun cantik comel dan macam macam lagi lah Kecantikan dorang tu memang sedap mata memandang lagi lagi kalau kita tengah penat berlarian dalam aiport takut tertinggal fli...
Mahathir Atau Anwar Ketua Pembangkang Takkan Yang Ni Nak Berebut Juga

Mahathir Atau Anwar Ketua Pembangkang Takkan Yang Ni Nak Berebut Juga

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 286 hits
Daripada PH sibuk beli MP nak cukupkan SD adalah lebih baik PH sekarang ini bincang siapa yang bakal jadi Ketua Pembangkang Takkan yang ni pun nak tikam menikam Kalau beli SD macam Anwar cakap SD sekarang tak guna yang penting siapa jumpa A...
Tak Nak Campur Tangan Politik Baik Dia Buka Kementerian Sendiri Bung Moktar Kritik Menteri Kewangan Baharu

Tak Nak Campur Tangan Politik Baik Dia Buka Kementerian Sendiri Bung Moktar Kritik Menteri Kewangan Baharu

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 447 hits
Tak nak campur tangan politik Baik dia buka kementerian sendiri Bung Moktar kritik Menteri Kewangan baharuBekas CEO Kumpulan CIMB Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Muhyiddin baru baru ...
Jika Suami Tak Mahu Mendengar Isteri Pun Susah Nak Luah Akhirnya Makan Hati

Jika Suami Tak Mahu Mendengar Isteri Pun Susah Nak Luah Akhirnya Makan Hati

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 553 hits
Kadang kadang isteri sukar meluahkan keinginannya Mungkin kerana lebih mementingkan keperluan suami dan anak anak Juga tidak mahu menyusahkan suami untuk memenuhi apa yang dia mahukan Sudahnya isteri lebih selesa memendam sendiri Sebagai su...
Cara Nak Tahu Seseorang Jiwa Halus Sensitif Tengok Tapak Tangan Dan Kuku Dia Ustaz Syamsul Debat

Cara Nak Tahu Seseorang Jiwa Halus Sensitif Tengok Tapak Tangan Dan Kuku Dia Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 728 hits
Cara Nak Tahu Seseorang Jiwa Halus Sensitif Tengok Tapak Tangan Dan Kuku Dia Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 361 hits
Isteri Tolong jangan check hp suami kalau tak nak hati hancur Kadang kadang ALLAH gerakkan hati seorang isteri tu tepat pada masanya Banyak perkara yang perlu difikirkan seorang isteri dari pagi hingga malam tak terlintas langsung untuk nak...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa