Lat Terima Kasih Pm Cipta Kartun Baru Untuk Anwar


malaysiakini.com
Farah Ayuni Zulkefli
Diterbitkan: Dec 14, 2022 9:35 AM
Kartunis ternama tanah air, Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat berbesar hati mencoret karya terbarunya buat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Saya buat kartun ni untuk berterima kasih kerana PM siarkan kartun lama saya tahun 90an,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam lukisan terbarunya itu, watak 'Kampung Boy' yang terkenal sedang duduk di kaki lima jalan dengan mejanya bertulis lukisan lama Lat untuk dijual.

Sementara itu, watak di dalam kereta dipercayai Anwar sedang memerhatikan karya-karya itu lewat tingkap kenderaan yang terbuka.
Sebelum ini, tular lukisan lama Lat yang memaparkan lima individu membaca buku tokoh pemikir besar dunia berkaitan Socrates, Confucius, Abu’l Fath Al Busti dan Lao-Tze.

Anwar turut berkongsi karya itu di halaman media sosialnya.

Dipercayai, ia menggambarkan keadaan ruang pejabat Anwar ketika dia menjadi timbalan perdana menteri lebih dua dekad yang lalu.

“Terima kasih Datuk Lat. Belum terlambat untuk memupuk budaya membaca.

"Karya-karya besar mesti ditelaah oleh golongan muda hari ini bagi melawan kebebalan dan mencambah daya fikir yang kritis,” kata Anwar pada hantaran di media sosial 11 Disember lalu.

Sementara itu, Lat merasakan sejak pandemik Covid-19, rakyat agak muram dengan penyakit dan kesusahan maka kerajaan perlu memberi pembaharuan.

“Saya harap kerajaan dapat memberi harapan baru kepada kita.

“Membantu kita untuk maju ke depan, menjaga rakyat dan memberi bantuan kepada rakyat,” kata Lat ketika ditanya mengenai harapannya terhadap pentadbiran Anwar.
Rumah Lat dan Galeri di Batu Gajah, Perak.Dalam perkembangan berkaitan, Lat berkata dia menghargai para peminat kartunnya yang masih lagi menyimpan dan mengingati karyanya.

Katanya, dia sering melihat kartun-kartun lamanya sering keluar semula di media sosial berkaitan hal ehwal semasa, hari perayaan, gurauan dan sebagainya.

Lat juga turut memaklumkan pembukaan muzium seni yang menyelenggara dan mempamerkan karya-karyanya dengan nama Rumah Lat dan Galeri di Batu Gajah, Perak.

Muzium ini bersumberkan ilham karya popular Lat - The Kampung Boy dan dikendalikan oleh Lembaga Muzium Perak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/lat-terima-kasih-pm-cipta-kartun-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Terpaksa Terima Hakikat Zahid Ketua Blok Terbesar Sokong Ph Mujahid

Anwar Terpaksa Terima Hakikat Zahid Ketua Blok Terbesar Sokong Ph Mujahid

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 169 hits
bharian com my Disember 3 2022 5 14pmDatuk Seri Dr Mujahid Yusof NSTP L MANIMARANIPOH Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mujahid Yusof melihat pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai sebahagian daripada anggota Kabinet...
Tabik Hormat Buat Leo Amp Reed Pdrm Ucap Terima Kasih Pada Dua Anjing Dari Unit K9

Tabik Hormat Buat Leo Amp Reed Pdrm Ucap Terima Kasih Pada Dua Anjing Dari Unit K9

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 157 hits
Sebelum ini negara digemparkan dengan berita kejadian tanah runtuh yang melibatkan sebanyak 94 mangsa di sebuah tapak perkhemahan di Father s Organic Farm Gohtong Jaya Genting Highland Pahang Dalam kejadian tersebut seb
Terima Kasih Atas Kepercayaan Ahmad Maslan Janji Berikan Khidmat Terbaik

Terima Kasih Atas Kepercayaan Ahmad Maslan Janji Berikan Khidmat Terbaik

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 150 hits
Hari ini Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Kewangan Ini sekaligus membantu Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kementerian berkenaan Berita itu diumumkan se...
Dakwa Terima Gaji Rm15 Juta Anwar Tuntut Muhyiddin Mohon Maaf

Dakwa Terima Gaji Rm15 Juta Anwar Tuntut Muhyiddin Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 152 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Anwar Ibrahim mengeluarkan surat tuntutan undang undang bagi menuntut Muhyiddin Yassin memohon maaf selepas mendakwa perdana menteri menerima RM15 juta sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor Peguam Anwa...
Perdana Menteri Anwar Makan Tengahari Dan Solat Jumaat Di Kg Baru

Perdana Menteri Anwar Makan Tengahari Dan Solat Jumaat Di Kg Baru

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 220 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Anwar Tegur Syed Mokhtar Bernas Pesawah Akan Terima Bayaran Rm60j

Anwar Tegur Syed Mokhtar Bernas Pesawah Akan Terima Bayaran Rm60j

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 169 hits
Ng Xiang YiPerdana Menteri Anwar Ibrahim melaksanakan gesaan yang pernah disuarakannya enam bulan lalu iaitu agar Padiberas Nasional Bhd berkongsi keuntungan dengan pesawah miskin di negara ini Dalam sidang media hari ini Anwar berkata dia ...
Pn Terima Duit Judi Anwar Berdepan Saman Pn Sekiranya Tidak Benar

Pn Terima Duit Judi Anwar Berdepan Saman Pn Sekiranya Tidak Benar

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 149 hits
PN sedang menunggu Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan bukti untuk menunjukkan gabungan itu menerima dana pilihan raya daripada syarikat perjudian Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata Anwar membuat tuduhan tidak berasas dan l...
Tuduh Terima Dana Judi Pas Bidas Anwar Berhenti Tabur Fitnah Seperti Umno

Tuduh Terima Dana Judi Pas Bidas Anwar Berhenti Tabur Fitnah Seperti Umno

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 199 hits
Tuduh terima dana judi PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNODatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim rakan baik sejak zaman Pemuda UMNO Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa tidak mengikut sikap sama seperti UMNO ya...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi