Pilihan Raya Berasingan



POLITIK Malaysia masih berantakan. Terkini, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi. Johor negeri keempat setelah Sabah, Melaka dan Sarawak mengadakan PRN.
Persoalannya, akan adakah negeri lagi yang mengikut jejak langkah Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor? Persoalan itu hanya boleh dijawab apabila tiba waktunya kelak. Situasi di atas membawa erti semasa PRU nanti, mungkin tidak semua negeri akan membubarkan DUN masing-masing, khususnya empat negeri yang telah pun mengadakan PRN mereka lebih dahulu.Undang-undang tidak menghalang DUN dibubarkan tidak bersama dengan Parlimen. Ia adalah prerogatif sultan setelah dinasihati menteri besar masing-masing.
Terdapat pelbagai faktor yang baik dan sebaliknya apabila negeri serta Persekutuan mengadakan pilihan raya berasingan. Sudah pasti dari sudut kos penyelenggaraan, ia akan meningkat. SPR akan menjadi lebih sibuk menyelenggarakan pelbagai PRU, PRN dan Pilihan Raya Kecil (PRK).
Manipulasi pihak tertentu untuk memelihara kepentingan mereka juga mengakibatkan PRN dilihat sebagai disalah guna. Hal itu menyebabkan rakyat marah dan berkemungkinan menzahirkan protes tidak keluar mengundi.
Rakyat juga sudah mula mempunyai defisit kepercayaan terhadap ahli politik ketika ini kerana terlalu banyak kepelikan dirasai rakyat berlaku akibat campur tangan ahli politik tanpa mengira blok mana mereka berada.
Pilihan raya berperingkat juga akan menambahkan kepanasan suhu politik kerana rakyat dan pemimpin tidak akan henti-henti berkempen, menempelak pihak lawan, tuduh menuduh dan bermacam lagi. Kita sudah asing dengan kempen yang tulus memperincikan bagaimana sesebuah parti itu mahu menerajui negara atau negeri.
Namun dari sudut lain, isu Persekutuan dan negeri sebenarnya berbeza. Dengan mengadakan PRU dan PRN pada waktu berbeza, parti politik seharusnya menumpukan isu berkaitan sahaja. Jadi, isu nasional tidak akan mempengaruhi PRN, begitu juga sebaliknya.
Rakyat juga mempunyai dua peluang pada waktu berlainan dalam membuat pilihan. Bukan mengundi sekali gus dipengaruhi oleh isu yang sama.
Terdapat juga negara lain yang memastikan pilihan raya nasional dan negeri diadakan tidak pada waktu sama bagi tujuan tersebut. Namun, di Malaysia kita tidak mempunyai halangan sedemikian dan rakyat sudah sebati dengan pilihan raya Persekutuan serta negeri dilakukan serentak.
Pilihan raya berasingan, saya lihat berkemungkinan akan menjadi trend di Malaysia pada masa akan datang disebabkan umur maksimum suatu DUN dan Parlimen selepas pilihan raya adalah selama lima tahun. Jadi, tempoh lima tahun tersebut berbeza antara Parlimen dan DUN masing-masing.
Yang penting, kerajaan dipilih rakyat akan menjadi kerajaan yang bertanggungjawab, kuat dan memenuhi manifesto dijanjikan.
Sewajarnya rakyat dapat manfaat daripada pilihan raya yang diadakan, bukannya manfaat itu dijarah semata-mata oleh wakil rakyat yang memenangi pilihan raya.
Pilihan raya adalah pesta demokrasi. Rakyat akan menentukan pemimpin yang dipilih. Saya menggesa semua pihak berkepentingan bertandinglah dengan suci hati dan berkempen penuh integriti.
Kesimpulannya, pilihan raya berasingan mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Terpulanglah kepada negeri berkenaan menilai sama ada mahu adakan pilihan raya serentak atau sebaliknya selagi tiada undang-undang mengehadkannya.
Yang penting bukanlah pilihan raya itu sendiri tetapi hasil yang sepatutnya dapat membangunkan negeri atau negara.
Tiadalah gunanya menghabiskan beratus juta ringgit tetapi natijahnya kerajaan dipilih tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya atau bertukar-tukar dalam tempoh penggal pilihan raya.
* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Baca Artikel Menarik:
Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak Suami isteri ditangkap basah Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu Gabungan baharu di Johor? Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty Mia Sara kesal dan mohon maaf ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

The post Pilihan raya berasingan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/06/pilihan-raya-berasingan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Sebenarnya Tujuan Pilihan Raya Negeri Johor

Apa Sebenarnya Tujuan Pilihan Raya Negeri Johor

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 186 hits
Soal Kerajaan Johor ditumbangkan tidak timbul kerana kumpulan pembangkang mengambil pendirian yang sama dengan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan untuk bekerjasama demi kebajikan rakyat berhadapan dengan COVID 19 dan kesan sampinganny...
Umno Gila Kuasa Adakan Pilihan Raya Johor Waktu Pandemik

Umno Gila Kuasa Adakan Pilihan Raya Johor Waktu Pandemik

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 249 hits
Pilihan Raya Negeri Johor tidak wajar dilakukan dalam keadaan pandemik Covid 19 belum berakhir juga penderitaan mangsa banjir di beberapa daerah di negeri itu masih belum pulih Namun Umno BN Johor tidak mengambil kira faktor kesukaran hidup...
Prn Federalisme Tidak Membenarkan Pilihan Raya Serentak Antara Persekutuan Dan Negeri

Prn Federalisme Tidak Membenarkan Pilihan Raya Serentak Antara Persekutuan Dan Negeri

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 192 hits
Pembubaran Dewan Negeri Johor memungkinkan tidak semua kerajaan negeri akan membubarkan DUN mereka pada Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar tidak menolak kemungkinan itu sele...
Sany Hamzan Sebenarnya Kita Pun Tak Tahu Kenapa Pilihan Raya Di Johor P

Sany Hamzan Sebenarnya Kita Pun Tak Tahu Kenapa Pilihan Raya Di Johor P

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 165 hits
Padan muka dengan pemuda Pas mulur penuh RM90 jota Tamak kuasa Ini lah apa yangberlaku di era Hadi awang Tak pernak keluar dari mulut impinan Pas mengenai Azam Baki
Matlamat Utama Pas Ialah Perjuangan Dan Bukan Untuk Menang Pilihan Raya

Matlamat Utama Pas Ialah Perjuangan Dan Bukan Untuk Menang Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 248 hits
Pada tahun 1978 PAS hanya menang lima kerusi parlimen sahaja dan untuk pertama kalinya kalah di Kelantan Pada tahun 1986 PAS menang hanya satu sahaja kerusi Pada 1990 pula PAS menang 14 kerusi parlimen bersama Semangat 46 dan berjaya meramp...
Mahkamah Menolak Bantahan Awal Terhadap Petisyen Pilihan Raya Di Failkan Oleh Calon Bn

Mahkamah Menolak Bantahan Awal Terhadap Petisyen Pilihan Raya Di Failkan Oleh Calon Bn

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 156 hits
MELAKA Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak bantahan awal Suruhanjaya Pilihan Raya dan dua lagi terhadap petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Mohamad Ali ...
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Fuziah Salleh Kini Pengarah Pilihan Raya Pkr Pusat

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Fuziah Salleh Kini Pengarah Pilihan Raya Pkr Pusat

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 307 hits
SHAH ALAM Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Fuziah Salleh kini adalah Pengarah Pilihan Raya Pusat manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat Dr Zaleha Mustafa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Setiausaha Wanita PKR Nurin Aina berkata...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay