Pilihan Gajet Bawah Rm500 Untuk Pdpr
Covid19 telah membawa cabaran baru kepada kita semua baik dari segi kesihatan mahupunkewangan. Terkini, pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk menunda sesi persekolahan di sekolah dan melaksanakan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDPR) di rumah. Satu berita gembira untuk anak-anak, tapi igauan ngeri buat para ibu bapa. Ini bermakna, anak-anak memerlukan gajet untuk membolehkan mereka menyertai PDPR.
Jangan bimbang, di sini kami sertakan beberapa cadangan gajet yang boleh digunakan untuk PDPR pada harga bajet. Gajet yang kami cadangkan ini berharga di bawah RM500 sahaja, sesuai dengan belanja bulanan bagi seorang anak yang bersekolah.
1. Samsung Chromebook XE303C12
Samsung Chromebook XE303C12
Samsung Chromebook menggunakan sistem operasi Chrome OS. Ini bermakna, anda tidak dapat memasang perisian Windows pada Chromebook ini. Dalam bahasa ringkas, ia adalah sebuah laptop yang berfungsi hanya untuk melayari internet pada Google Chrome.
Aplikasi yang boleh dipasang pada Chromebook ini adalah aplikasi yang hanya terdapat pada Chrome Store. Fungsinya terhad, tapi ia ringan, sejuk, dan anda mendapat sebuah ‘laptop’ lengkap dengan skrin besar 11.6 inci dan sebuah papan kekunci fizikal seperti laptop biasa. Sesuai untuk membuat sesi PDPR di rumah.
Anda juga dapat menikmati beberapa ciri tambahan yang dipasang oleh Samsung pada Chromebook mereka in seperti Samsung Sync dan sebagainya.
Harga : RM385 (dapatkannya di sini)
2. Fujitsu Desktop Esprimo D956
Fujitsu Desktop Esprimo D956
Ini adalah sebuah PC tanpa monitor dan aksesori lain. Biasanya, set yang dijual di pasaran adalah set yang telah dibaiki atau diguna semula. Banyak digunakan di pejabat dan korporat.
Sesuai untuk dibeli oleh mereka yang masih tiada PC di rumah dan inginkan PC pertama. Memandangkan ia adalah desktop biasa, anda boleh sahaja memasang Windows atau Linux pada PC ini. Anda juga boleh menggunakan printer bersama PC ini. Dengan spesifikasi yang agak up-to-date, PC ini hadir dengan pemproses Intel i3 generasi ke-6, 8GB RAM dan 500GB storan HDD.
Biasanya dijual dengan Windows 10 Home siap dipasang dan tanpa monitor, papan kekunci dan tetikus. Anda perlu membeli segala perkakasan tambahan untuk menggunakan PC Dekstop ini. Buat yang berkemampuan, anda boleh menukar atau menambah SSD pada Fujitsu Desktop Esprimo D956 ini. Agak mahal untuk satu ‘set penuh’, tapi dengan harga bawah RM500 untuk PC ini, sudah cukup berbaloi.
Harga : RM499 (dapatkannya di sini)
3. Amazon Fire HD 8 (2020)
Amazon Fire HD 8 (2020)
Ini adalah tablet daripada Amazon. Secara asasnya, ini adalah tablet Android tetapi sistem operasinya sudah dimodifikasi khas oleh Amazon supaya ‘lebih Amazon’. Ini bermakna, anda dapat membeli sebuah tablet pada harga yang lebih murah jika mengambil kira spesifikasinya. Sudah tentulah, potongan harga ini datang dengan sedikit ‘twist‘, iaitu pengiklanan Amazon pada tablet ini.
Dari segi positif, dengan Amazon juga, anda dapat merasai pengalaman bercakap dengan Amazon Alexa, juga terpasang siap pada Amazon Fire HD 8 ini. Spesifikasinya juga boleh tahan dan berbaloi. SoC Mediatek MT8168 dengan RAM 2GB dengan pilihan storan samada 32GB atau 64GB, kamera depan dan belakang 2MP, stereo speaker, USB Type-C dan banyak lagi. Amazon HD 8 Plus pula hadir dengan tambahan sokongan Qi Wireless Charging.
Berita baik, pembangunan komuniti buat Amazon Fire HD 8 ini juga agak aktif di XDA Forum. Sudah ada TWRP tersedia untuk tablet ini dan juga sudah ada beberapa custom ROM untuk anda cuba. Tapi ini tablet untuk anak anda, jadi terus dari kotak ia sudah memadai untuk fungsinya. Ia juga tidak menyokong kad sim, hanya Wi-Fi.
“Alexa, ajar anak saya sekolah”
Harga : RM479 (32GB), RM579 (64GB) (dapatkannya di sini)
4. Lenovo Tab M7
Lenovo Tab M7
Lama tidak mengikuti perkembangan peranti Android daripada Lenovo. Lenovo dahulunya dikenali sebagai jaguh peranti bajet kini agak sepi di arus perdana. Mungkin mereka boleh ‘comeback‘ di musim Covid19 ini.
Lenovo Tab M7 adalah sebuah tablet Android dengan SoC MediaTek MT8765B. Cuma hadir dengan satu pilihan, RAM 2GB dan storan 32GB. Cuma menggunakan USB Mikro tetapi bateri yang agak besar bersaiz 3590mAh.
Lenovo Tab M7 bersaiz skrin 7 inci dan ia juga mempunya varian yang menyokong kad sim.
Harga : RM409 (dapatkannya di sini)
The post Pilihan Gajet Bawah RM500 Untuk PDPR appeared first on OMG! Hackers?.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/pilihan-gajet-bawah-rm500-untuk-pdpr/