Pil Uri Wanita Bersalin Popular Di Usa


LAURA CURTIS mencuci uri wanita bersalin di kediamannya di Lindon, Utah pada 13 September lalu.

LINDON, Utah - Seorang wanita, Laura Curtis menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kapsul uri wanita bersalin sebagai makanan tambahan.

Amalan memakan uri sendiri semakin mendapat tempat di negeri Utah, Amerika Syarikat(AS). Ia ekoran organ itu dipercayai memiliki pelbagai khasiat sekali gus baik untuk ibu yang menyusu bayi mereka.

Jurucakap sebuah hospital di Utah memberitahu, dianggarkan antara 5 hingga 10 peratus ibu yang bersalin di fasiliti berkenaan akan meminta agar uri mereka disimpan.

"Amalan ini semakin popular, permintaan untuk uri kini bertambah," kata pengurus jururawat Hospital Universiti, Bernice Tenort.

Dalam pada itu, di kediamannya di sini, Curtis akan terlebih dahulu membuang gumpalan darah dan keganjilan lain pada uri sebelum mengukus organ itu selama 12 minit.

Uri tersebut kemudian dikisar menjadi serbuk sebelum diisi ke dalam kapsul ubat.

"Selain memakai sarung tangan, saya akan memastikan setiap peralatan dicuci dengan cecair pembunuh kuman sebelum melakukan kerja ini," kata Curtis.

Menurutnya, uri yang hendak digunakan perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dihantar kepadanya dalam tempoh 48 jam selepas bersalin.

"Doktor juga perlu mengesahkan organ tersebut tidak dicemari kuman hepatitis atau HIV.

"Ramai pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan saya sehingga mendorong saya memasak 18 hingga 20 uri sebulan untuk dijadikan kapsul," tambah wanita itu.

Menurutnya, permintaan untuk kapsul uri itu meningkat 200 peratus sejak perniagaan tersebut diasaskan pada tahun 2011.

Dalam pada itu, seorang ibu berusia 28 tahun, Amy Coffield memberitahu, pil uri tersebut telah membantu menyelamatkan nyawanya.

"Selepas melahirkan bayi pertama, saya meroyan dan tidak ingin hidup.

"Namun, selepas mengambil pil uri sendiri ini. saya kembali ceria dan dapat melaksanakan tugas sebagai seorang ibu dan isteri," tambahnya. kosmo





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://gabancomel.blogspot.com/2018/10/pil-uri-wanita-bersalin-popular-di-usa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Urut Nak Naikkan Uri Tapi Alami Pendarahan Teruk Terpaksa Bersalin Caeser Nyawa Bayi Hampir Melayang

Urut Nak Naikkan Uri Tapi Alami Pendarahan Teruk Terpaksa Bersalin Caeser Nyawa Bayi Hampir Melayang

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 661 hits
Wahai ibu janganlah terlalu mudah untuk percaya dengan petua petua karut Jangan pertaruhkan nyawa dan keselamatan bayi Tidak semua perkara boleh dipulihkan dengan urutan Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua Uri bawah atau placenta ...
Wanita Hamil Alami Anemia Cenderung Murung Lepas Bersalin Makanan Ini Mampu Naikkan Hb

Wanita Hamil Alami Anemia Cenderung Murung Lepas Bersalin Makanan Ini Mampu Naikkan Hb

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 327 hits
Anemia ialah suatu keadaan di mana ada kekurangan kandungan sel darah merah di dalam darah Apabila berlaku ia boleh mengakibatkan si pesakit kelihatan pucat dan mudah rasa penat Atas sebab inilah para wanita hamil perlu sentiasa menjaga par...
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit Diserbu Khalwat Oleh Pihak Berkuasa Agama Sebijik Macam Samseng

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit Diserbu Khalwat Oleh Pihak Berkuasa Agama Sebijik Macam Samseng

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 514 hits
Pada 6 Oktober yang lalu Menteri Hal Ehwal Agama Islam Datuk Mujahid Yusof Rawa dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi ketukan pintu atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain...
Emas Adalah Aurat Penjudo Wanita Ini

Emas Adalah Aurat Penjudo Wanita Ini

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 429 hits
Tidak Gentar apabila digugurkan dari perlawanan judo Wanita di dalam gambar ini merupakan pasukan penjudo wanita Indonesia dimana bezanya wanita ini menutup aurat dan mempertahankan aurat dari membuka aurat Sesungguhnya emas itu adalah aura...
Bila Lelaki Dipaksa Teman Wanita Rakam Gambar Untuk Instagram

Bila Lelaki Dipaksa Teman Wanita Rakam Gambar Untuk Instagram

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 711 hits
Asalkan si dia merasa gembira seorang lelaki sanggup menunaikan apa sahaja permintaan teman wanitanya termasuk melakukan perkara pelik yang tidak pernah dibuat orang Hari ini kami nak kongsikan dengan anda beberapa keping foto gelagat lucu ...
20 Sikap Lelaki Buat Wanita Kecewa

20 Sikap Lelaki Buat Wanita Kecewa

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 429 hits
Alangkah indahnya apabila perasaan cinta mula berputik Mendambakan lelaki yang memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kesetiaan berbaur kerinduan erti kecintaan yang mendalam dan bernilai Tapi Tahukah anda kaum lelaki ada beberapa perka...
8 Fakta Akal Wanita Yang Lelaki Wajib Faham

8 Fakta Akal Wanita Yang Lelaki Wajib Faham

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 614 hits
Untuk Sebarang Pertayaan dan Tempahan Call Whatsapp 018402456Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan kepada mereka berkahwin awal atau kahwin muda ini Antara kelebihan dan kebaikan kahwin muda boleh diringkaskan seperti dibawah ini
Wahai Wanita Sayangilah Dirimu

Wahai Wanita Sayangilah Dirimu

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 990 hits
SAYANGILAH WANITA Jika kita sayangkan wanita wanita beriman dari ibu isteri kita dari kemurkaan neraka Allah swt ayuh kita belajar bab aurat dan sebarkan pada semua yang tersayang Aurat wanita Wanita Selalu Lupa Tiga Perkara 1 Lengan adalah...
Lelaki Thai Kongsi Rahsia Cara Mengayat Wanita Rusia Terus Ikut Balik Rumah

Lelaki Thai Kongsi Rahsia Cara Mengayat Wanita Rusia Terus Ikut Balik Rumah

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 1138 hits
Cara romantis seorang lelaki gua Thailand memujuk seorang pelancong wanita Rusia sehingga bersetuju ikut balik ke gua tempat tinggalnya telah menarik perhatian global Kisah Jatuphum Losiri atau lebih dikenali sebagai The Cave Man menjadi se...
Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi 7 Perusahaan Sosial Ayuh Malaysia Mula Operasi September

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory