Urut Nak Naikkan Uri Tapi Alami Pendarahan Teruk Terpaksa Bersalin Caeser Nyawa Bayi Hampir Melayang


Wahai ibu, janganlah terlalu mudah untuk percaya dengan petua-petua karut. Jangan pertaruhkan nyawa dan keselamatan bayi. Tidak semua perkara boleh dipulihkan dengan urutan. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua.
Uri bawah atau placenta previa adalah salah satu komplikasi yang sering dihadapi para ibu hamil. Mempunyai beberapa tahap, ia adalah satu keadaan yang tidak dapat diubati. Ibu yang mengalami placenta previa berada dalam kategori kehamilan berisiko tinggi.
Benar urutan boleh memberikan kesan terapi yang bagus tapi bagi ibu yang mengalami plasenta previa, ia bukanlah idea yang baik. Berusaha dan berikhtiarlah namun jangan sampai memudaratkan dan tidak mengendahkan nasihat doktor.
Kisah ibu muda yang mengalami plasenta previa dan mendapatkan urutan daripada bidan kampung yang dikongsi daripada Poliklinik Az-Zaara ini diharapkan membuka mata semua.
Saya nak balik kampung, nak suruh bidan kampung urut bagi uri naik.
Ada seorang ibu muda, yang pertama kali mengandung didapati mengalami Placenta Previa Type 3, dia disahkan tidak boleh bersalin secara normal kerana uri menghalang laluan bersalin. Sewaktu itu, dia 28 minggu mengandung.
 
NASIHAT DOKTOR TIDAK DIENDAHKAN
Surat rujukan ke hospital diberikan agar dia mendapat rawatan susulan di hospital dengan segera. Namun nasihat itu tidak dipedulikan.
Atas nasihat orang lain, ibu tersebut mengambil keputusan untuk berubat dengan cara kampung. Dia berjumpa dengan seorang bidan kampung tua, yang ‘berpengalaman’ dalam mengurut ibu mengandung dan ibu dalam pantang. Salah satu ‘kapakaran’ beliau adalah urut untuk menaikkan rahim.
Jadi selepas 2-3 kali urut, bidan tersebut menerangkan kepada si ibu bahawa urinya sudah naik dan tidak lagi menghalang laluan untuk bersalin. Jadi ibu tersebut sudah boleh bersalin secara normal. Bidan itu juga mencadangkan si ibu tersebut bersalin terus dengannya nanti apa bila sampai waktunya.
Gembira bukan kepalang ibu muda tersebut. Bersyukur dengan keputusannya untuk tidak meneruskan rawatan di hospital. Rasa seperti doanya telah dimakbulkan. Pulanglah si ibu dengan hati yang berbunga.
 PENDARAHAN TERUK HINGGA HAMPIR PENGSAN
Selang 2-3 minggu selepas itu, si ibu dapati ada darah yang keluar, namun rasa sakit untuk bersalin tidak ada, darah semakin lama semakin banyak keluar. Dia dan suami terus berjumpa dengan bidan tersebut. Setelah beberapa jam rawatan bidan tersebut, namun darah masih tidak berhenti. Si ibu semakin lemah, pucat dan hampir pengsan. Tidak puas hati dengan rawatan bidan tersebut, si suami mengambil keputusan untuk membawa isterinya yang hampir pengsan itu ke hospital.

Setibanya di hospital, dia dibawa ke zon kecemasan. Pakar sakit puan dihubungi. Rupa-rupanya si ibu telah mengalami pendarahan teruk akibat uri dibawah.
Sebenarnya uri tersebut tidak berganjak sedikit pun walaupun selepas diurut oleh bidan itu. Keadaan si ibu amat genting pada waktu itu, tekanan darah semakin menurun, jantungnya berdegup sangat kencang untuk menghantar darah yang tinggal sedikit ke organ-organ utamanya.
Dia juga sangat pucat dan mula meracau-racau. Ujian darah menunjukkan paras hemoglobin ibu tersebut sangat rendah iaitu hanya 5 berbanding yang normal adalah 12. Keadaannya pada waktu itu adalah sangat genting.
 
Doktor pakar mula berbincang dengan si suami. Tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa si ibu. Pembedahan segera perlu dilakukan walaupun bayi masih tidak cukup bulan untuk memberhentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa si ibu.
Jadi bagaimana dengan nyawa bayi? Pakar bedah sakit puan dan pakar kanak-kanak akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan kedua-duanya. Namun keutamaan sekarang adalah menyelamatkan nyawa ibu.
Setuju dengan saranan doktor pakar, pembedahan mula dilakukan. Syukur pada ilahi, pembedahan berjaya dilakukan, pendarahan dapat diberhentikan. Nyawa ibu berjaya diselamatkan.

Namun bayi yang dilahirkan sangat pra matang iaitu pada 32 minggu. Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk pemeriksaan lanjut. Akibat dari pembedahan secara tidak dirancang terpaksa dilakukan, bayi tidak mempunyai paru-paru yang matang dan sangat berisiko mendapat jangkitan kuman.
Selepas pembedahan dilakukan, si ibu menerima 8 bag darah untuk menstabilkan keadaannya.
 
Kisah ini disiarkan supaya menjadi iktibar kepada semua.
 INFO MENGENAI URI 
Uri tidak boleh naik semula walaupun di urut.
Uri akan naik sendiri tanpa perlu diurut jika sebelum 28 minggu.
Selepas 28 minggu, kedudukan uri tidak akan banyak berubah sehingga bersalin.
Jika didapati mengalami uri dibawah, pastikan ibu mendapat rawatan susulan di hospital dengan segera. Si ibu sangat berisiko mendapat pendarahan yang tidak boleh diberhentikan seperti yang berlaku pada ibu tadi.
Kes seperti ini, bayi perlu diberikan suntikan agar paru-paru baby lebih cepat matang sekiranya pembedahan awal perlu dilakukan.
Sama-sama kita doakan agar si ibu dan bayi tersebut selamat dan kes seperti ini tidak lagi berlaku.
Sumber: Poliklinik Az-Zaara
The post Urut Nak Naikkan Uri, Tapi Alami Pendarahan Teruk & Terpaksa Bersalin Caeser! Nyawa Bayi Hampir Melayang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/urut-nak-naikkan-uri-tapi-alami-pendarahan-teruk-terpaksa-bersalin-caeser-nyawa-bayi-hampir-melayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Hamil Alami Anemia Cenderung Murung Lepas Bersalin Makanan Ini Mampu Naikkan Hb

Wanita Hamil Alami Anemia Cenderung Murung Lepas Bersalin Makanan Ini Mampu Naikkan Hb

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 285 hits
Anemia ialah suatu keadaan di mana ada kekurangan kandungan sel darah merah di dalam darah Apabila berlaku ia boleh mengakibatkan si pesakit kelihatan pucat dan mudah rasa penat Atas sebab inilah para wanita hamil perlu sentiasa menjaga par...
Cara Mudah Nak Anak Buat Apa Yang Kita Suruh Tak Nampak Macam Arahan Tapi Anak Laju Nak Buat

Cara Mudah Nak Anak Buat Apa Yang Kita Suruh Tak Nampak Macam Arahan Tapi Anak Laju Nak Buat

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 343 hits
Banyak perkara yang kita perlukan kerjasama anak untuk buat Tapi anak susah nak buat malah tidak mengendahkannya Di mana silapnya Mungkin ada ibu bapa akan mengambil jalan mudah untuk menakut nakutkan anak supaya apa yang disuruh dilaksanak...
Bukan Tak Teringin Nak Bagi Aaisyah Adik Tapi Che Ta Risau Faktor Umurnya

Bukan Tak Teringin Nak Bagi Aaisyah Adik Tapi Che Ta Risau Faktor Umurnya

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 565 hits
Pelakon Rozita Che Wan mengakui ada keinginan untuk hamil selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana namun ada sedikit kebimbangan Menerusi entri di laman Instagram miliknya Che Ta menjelaskan usianya menjadi salah satu faktor yang membuatkan dia...
Momokan Ekonomi Negara Teruk Dan Hampir Muflis Terjawab Khairy

Momokan Ekonomi Negara Teruk Dan Hampir Muflis Terjawab Khairy

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR 24 Okt 8211 Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK 11 menyifatkan pembentangan kajian separuh penggal setebal 400 muka surat menunjukkan bahawa apa yang dimomokkan kepada rakyat seb...
Jangan Ambil Mudah Bila Disahkan Anemia Masa Hamil Bayi Boleh Terjejas Perkembangan Ibu Berisiko Alami Kemurungan

Jangan Ambil Mudah Bila Disahkan Anemia Masa Hamil Bayi Boleh Terjejas Perkembangan Ibu Berisiko Alami Kemurungan

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 317 hits
Penat dan keletihan yang keterlaluan semasa hamil susah untuk bernafas rasa pening dan sering kelihatan pucat mungkin tanda tanda ibu alami anemia Ibu dan keluarga tolong jangan pandang mudah kerana ia boleh memudaratkan bayi dalam kandunga...
Wajah Gadis Alami Masalah Kulit Teruk Selepas Berhenti Guna Produk Kecantikan Tempatan

Wajah Gadis Alami Masalah Kulit Teruk Selepas Berhenti Guna Produk Kecantikan Tempatan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 463 hits
Kuala Lumpur Gara gara berhenti menggunakan sejenis produk keluaran tempatan yang diguna olehnya sebelum ini seorang gadis cantik mendakwa telah mengalami masalah kulit yang teruk pada kulit wajahnya apabila kulitnya kini dipenuhi jerawat b...
Mental Aku Kuat Tapi Korang Dah Downkan Teruk Sangat Elyana Nyahaktifkan Instagram Kerana Komen Negatif Netizen

Mental Aku Kuat Tapi Korang Dah Downkan Teruk Sangat Elyana Nyahaktifkan Instagram Kerana Komen Negatif Netizen

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 723 hits
Mental aku kuat tapi korang dah downkan teruk sangat Elyana nyahaktifkan Instagram kerana komen negatif netizenSemalam Elyana meluahkan rasa kesalnya terhadap segelintir netizen yang tidak putus putus mengingatkannya tentang kematian dan be...
Dah Bersedia Nak Hamil Lagi Soalan Susah Nak Jawab Tapi 5 Checklist Ini Sangat Penting

Dah Bersedia Nak Hamil Lagi Soalan Susah Nak Jawab Tapi 5 Checklist Ini Sangat Penting

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 635 hits
Dah bersedia nak pregnant lagi Bila baby dah agak besar mesti rasa nak baby lagi Tu naluri biasa seorang ibu Tapi adakah kita dah bersedia untuk mengharungi 9 bulan proses kehamilan sekali lagi Ada yang masih lagi fobia sakit bersalin risau...
Janji Nak Hapus Ptptn Tapi Yuran Pengajian Naik Najib

Janji Nak Hapus Ptptn Tapi Yuran Pengajian Naik Najib

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 1417 hits
Oh naik yuran Dijanjikan hapus PTPTN yang dapat apa Sindiran dan kritikan kerana tak bayar PTPTN Dijanjikan pendidikan percuma yang dapat apa Yuran universiti dinaikkan Menteri sibuk dgn warna kasut dan stokin Penasihat pula ke London buat ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game