Pil Perancang Fungsi Cara Penggunaan Dan Kelebihan


Pasangan suami isteri pasti menanti-nantikan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga. Namun, atas sebab tertentu, sesetengah pasangan mengambil keputusan untuk merancang keluarga.
Adakah anda juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan pil perancang namun tidak tahu cara untuk gunakannya?
Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Apa Itu Pil Perancang? Juga dikenali sebagai pil kontraseptif oral, pil perancang merupakan salah satu alternatif bagi pasangan yang ingin menjarakkan kehamilan.
Pil ini boleh didapati dalam dua jenis dan mengandungi hormon wanita sama ada :
Kombinasi estrogen dan progesteron Progesteron Bagaimana Pil Pencegah Kehamilan Berfungsi? Sekiranya pil ini dimakan secara konsisten dan tepat dengan caranya, ia boleh menukar keseimbangan hormon badan dan seterusnya mencegah kehamilan.
Pil ini bertindak dengan :
Mencegah ovulasi iaitu pengeluaran telur dengan merencatkan proses kematangan telur. Menghalang sperma daripada mempersenyawakan telur Mengubah ketebalan dinding sel rahim serta menghalang proses implantasi. Kelebihan Pil Pencegah Kehamilan Memetik My Health, pil ini boleh memberikan beberapa manfaat kepada wanita antaranya :
Mempunyai tahap keberkesanan sehingga 99% jika diambil dengan cara yang betul. Untuk wanita yang merancang untuk hamil, mereka hanya perlu berhenti mengambil pil ini dan mereka akan subur seperti sedia kala. Boleh memberikan manfaat lain seperti melancarkan peredaran haid dan mengurangkan pertumbuhan jerawat. Cara Penggunaan dan Panduan Sebelum menggunakannya, pastikan anda membaca label dengan teliti dan fahami cara pengambilan pil serta arahan spesifik sekiranya terlupa mengambil pil atau muntah.
Hal ini kerana terdapat banyak jenama pil ini di pasaran dan setiap satu mungkin mengandungi jumlah dan jenis hormon estrogen dan progesteron yang berbeza.
Secara umumnya, pil perancang ini digunakan dengan mengambil satu tablet secara oral pada masa yang sama setiap hari.
Perhatikan jumlah pil dalam pek sama ada 21 atau 28 pil.
Pek 21 pil – mengandungi 21 pil aktif yang perlu diambil selama 3 minggu dan diikuti dengan satu minggu tanpa pil. Pek 28 pil – mengandungi 21 pil aktif dan perlu diambil selama 3 minggu. Ia diikuti dengan satu minggu pil tidak aktif. Anda juga boleh ikuti tips ini sebelum amalkan pil pencegah kehamilan :
Semak sisip bungkusan yang disertakan sebelum mengambil pil atau jika anda tidak pasti cara penggunaannya. Tentukan masa yang tetap dan ambil pil tersebut pada masa yang sama setiap hari. Pil yang terlupa atau tertinggal boleh menyebabkan kehamilan. Semakin banyak pil anda yang tertinggal, semakin besar kemungkinan anda boleh hamil. Kebanyakan pek ubat turut dicatatkan bersama nombor urutan mengikut hari dan minggu. Sekiranya anda lupa, ikuti arahan yang dinyatakan kepada sisip bungkusan. Siapa Yang Tidak Patut Mengambil Pil Ini? Kebanyakan wanita boleh mengambil pil perancang ini sekiranya :
Memiliki kesihatan baik Tidak mengalami berat badan berlebihan Tidak merokok Tidak mempunyai masalah perubatan Namun, beberapa penyakit tertentu boleh menyebabkan peningkatkan risiko atau masalah kesihatan lain akibat pengambilan pil pencegah kehamilan ini.
Oleh itu, kesesuaian pengambilan pil ini juga bergantung kepada tahap kesihatan wanita tersebut.
Wanita yang mengalami masalah kesihatan tidak sesuai untuk mengambil pil ini antaranya :
Mempunyai penyakit hepatitis Menghidap kanser payu dara Ubat Yang Boleh Pengaruhi Kesan Pil Pencegah Kehamilan
Sesetengah ubat-ubatan seperti di bawah boleh mempengaruhi kesan pil perancang :
ubat tubercolosis (rifampicin) ubatan bagi rawatan epilepsi atau sawan (barbiturates, carbamazepine, phenytoin, primidone, topiramate) antibiotik ubat migrain Individu yang sedang mengambil ubat-ubatan yang dinyatakan ini mungkin perlu menggunakan kaedah kontraseptif tambahan ketika mengambil pil perancang.
Anda juga perlu maklumkan kepada pakar perubatan sekiranya pernah atau sedang alami masalah berikut :
Pernah mengalami strok atau serangan jantung Pembekuan darah di paru-paru, mata atau kaki. Sakit dada Menghidap atau disyaki mengalami kanser uterus, serviks, vagina atau payudara Penyakit jaundis iaitu kawasan putih mata atau kulit menjadi kuning semasa hamil atau semasa menggunakan pil pencegah kehamilan. Tumor hati Sedang hamil atau disyaki hamil Kesan Sampingan Wanita boleh alami kesan sampingan yang biasa akibat penggunaan pil ini antaranya :
Pendarahan vagina yang sementara. Jika ia berlaku melebihi satu kitara, sila berjumpa dengan doktor. Gangguan pada penglihatan bagi pengguna kanta lekap Bengkak badan atau edema Melasma atau tompok hitam pada kulit terutamanya di wajah Kesan sampingan lain seperti muntah, loya, sakit kepala, pening, keguguran rambut dan jangkitan pada vagina. Sekiranya kesan sampingan yang dialami menggangu anda, segeralah berjumpa dengan doktor.
Kesimpulannya, pil pencegah kehamilan dapat membantu pasangan merancang keluarga secara berkesan.
Namun, ia boleh memberikan kesan sampingan kepada wanita dan mungkin tidak sesuai digunakan bagi wanita dengan masalah kesihatan tertentu.
Anda boleh berbincang dengan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mendapatkan solusi pencegah kehamilan terbaik.
Sumber : myhealth.moh.gov.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pil-perancang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pil-perancang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Gambar Guna Ai Beserta Kelebihan Platform Terkini

Cara Buat Gambar Guna Ai Beserta Kelebihan Platform Terkini

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 266 hits
Umum diketahui bahawa teknologi AI atau Artificial Intelligence kini menjadi tumpuan dan rebutan para pengguna internet di seluruh dunia Kehebatan AI dalam membantu memudahkan tugas manusia yang sebelum ini memerlukan lebih banyak masa memb...
Kelas Antenatal 2024 Cara Daftar Kelebihan Untuk Bakal Ibu

Kelas Antenatal 2024 Cara Daftar Kelebihan Untuk Bakal Ibu

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 373 hits
Buat bakal bakal ibu di luar sana sangat disyorkan untuk anda daftar dan hadiri Kelas Antenatal Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Kelas Antenatal yang diadakan di seluruh Malaysia bagi tahun 2024 Baca ju...
Cara Bupati Dico Dirikan Perpustakaan Koleksi 40 000 Lebih Buku Dinilai Tingkatkan Kualitas Literasi Warga

Cara Bupati Dico Dirikan Perpustakaan Koleksi 40 000 Lebih Buku Dinilai Tingkatkan Kualitas Literasi Warga

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 176 hits
Perpusda Kendal berhasil memecahkan Rekor MURI sebagai Gedung perpustakaan terluas dengan 4 060 Meter persegi
Cara Kerja Ac Memahami Mekanisme Sistem Air Conditioner

Cara Kerja Ac Memahami Mekanisme Sistem Air Conditioner

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 276 hits
AC telah menjadi bagian integral dari kehidupan kita sehari hari memberikan kenyamanan dengan mengatur suhu dan tingkat kelembapan dalam ruangan Fungsi perangkat ini didasarkan pada prinsip termodinamika dan dinamika fluida Cara Kerja AC In...
Berat Tak Mahu Naik Masa Hamil Ni Cara Sihat Naikkan Berat Mama

Berat Tak Mahu Naik Masa Hamil Ni Cara Sihat Naikkan Berat Mama

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 151 hits
Setiap kali hendak membuat pemeriksaan bulanan ibu hamil pasti risau kenaikan dan atau penurunan berat badan waktu hamil Bimbang dimarahi doktor jika berat tidak naik Ini yang disyorkan oleh pakar otak Dr Rizal Abu Bakar untuk naikkan berat...
Cara Masak Guna Air Fryer Masa Dan Tahap Kepanasannya

Cara Masak Guna Air Fryer Masa Dan Tahap Kepanasannya

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 227 hits
Cara Masak Guna Air Fryer Masa Dan Kepanasannya Dah lama saya masak guna air fryer terutama untuk panaskan lauk pauk dalam jumlah yang sedikit dan masakan yang simple simple Tapi tak tahu pulak ada cara masak tempoh masa yang sesuai dan kep...
Cara Untuk Tinggi Dengan Cepat Dan Berkesan Tanpa Ubat

Cara Untuk Tinggi Dengan Cepat Dan Berkesan Tanpa Ubat

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 227 hits
Bagaimanakah cara untuk tinggi yang boleh anda lakukan dengan selamat Sesetengah orang terlalu obses untuk jadi lebih tinggi dari ketinggiannya kerana tubuh yang tinggi membuatkan seseorang itu kelihatan lebih berwibawa anggun serta berketr...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023