Cara buat gambar guna Ai? Umum diketahui bahawa teknologi AI atau Artificial Intelligence kini menjadi tumpuan dan rebutan para pengguna internet di seluruh dunia. Kehebatan AI dalam membantu memudahkan tugas manusia yang sebelum ini memerlukan lebih banyak masa, membuat ramai orang terpegun dengan kebolehannya menyelesaikan kerja dalam tempoh yang lebih pantas.Tidak hanya dalam bentuk tulisan, AI turut mampu menghasilkan hasil dalam bentuk imej.
Buka pelayar web dan pergi ke laman web https://www.bing.com/creator.
Klik ikon Chat dan tulis arahan anda, sebagai contoh “buat gambar” atau “hasilkan foto”.
Berikan deskripsi yang terperinci tentang gambar yang anda ingi cipta, termasuk gaya, ciri-ciri visual, ekspresi wajah, latang belakang dan butiran lain
Klik “Create” dan tunggu hasil gambar yang dihasilkan oleh Bing Image Creator.
Anda juga boleh mengakses Image Creator terus melalui laman web di Bing.com/Create. Platform ini menggunakan model DALL-E 3 dari OpenAi untuk menghasilkan gambar berdasarkan deksripsi teks yang diberikan.
Buka laman web DALL-E (versi yang lebih mudah untuk pengguna) di https://dall-e.com/.
Buat akaun baru atau log masuk menggunakan akaun yang sedia ada.
Di halaman utama, masukkan teks yang anda ingin gunakan sebagai sumber ilham untuk imej anda. Anda boleh menambahkan butiran lanjut untuk menghasilkan imej yang lebih spesifik
Pilih “Jana Imej” untuk memulakan proses penghasilan imej.
Anda akan melihat beberapa imej yang dihasilkan oleh AI berdasarkan teks yang anda masukkan. Anda boleh memilih imej yang paling dekat dengan apa yang anda inginkan.
Jika imej yang dihasilkan tidak memenuhi keperluan anda, anda boleh mengedit teks atau menambah butiran lanjut untuk memperbaiki hasil imej.
Anda boleh memuat turun imej yang dihasilkan dengan mengklik butang “Muat Turun” yang disediakan.
Perlu diingat bahawa DALL-E masih dalam peringkat pembangunan, dan hasil imej yang dihasilkan mungkin berbeza daripada yang anda jangkakan. Namun, teknologi ini mempunyai potensi besar untuk menghasilkan imej yang lebih realistik dan inovatif.
Cara Buat Gambar Guna Ai Beserta Kelebihan Platform Terkini 29
Mula-mula, pasang Python dan Stable Diffusion di komputer.
Buka Stable Diffusion melalui web atau baris arahan.
Untuk dapat gambar, masukkan arahan (teks ringkas berkenaan gambar yang hendak dihasilkan) ke antara muka Stable Diffusion.
Setelah arahan dimasukkan, Stable Diffusion akan hasilkan beberapa gambar dengan AI.
Pilih gambar yang hasil paling sesuai dengan keinginan.
Sekiranya gambar tidak memuaskan, edit arahan untuk perbaiki hasilnya.
Muat turun gambar yang dihasilkan dengan klik butang “Muat Turun”.
Soalan FAQs Berkenaan Cara Buat Gambar Guna Ai
Apakah model AI yang digunakan untuk mencipta gambar?
Antara model AI yang popular digunakan adalah DALL-E, Midjourney, Stable Diffusion, dan Imagen. Kebanyakan menggunakan teknik latent diffusion.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |