Pil Minda Tak Jadikn Anda Einstein Dr Amalina Turut Komen Tentang Kismis Sila Baca


Memang ada ibu bapa yang terpengaruh dan memberi amalan makan pil minda untuk anak mereka pandai dan bijak sana.
Namun begitu, amalan berkenaan dikatakan tidak akan menjadikan seseorang itu bijak seperti ahli fizik Albert Einstein.
Itulah antara kata-kata doktor popular, Dr Nur Amalina Che Bakri selepas dimaklumkan tentang penjualan pil minda yang didakwa berlaku dalam kalangan guru di sekolah sejak kebelakangan ini.
Pil minda adalah produk suplemen berkaitan minda kanak-kanak dan didakwa dapat membantu meningkatkan kecerdasan minda anak-anak dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran.
GURU JUAL PIL MINDA
Bagi Dr Amalina, para guru yang menjual pil minda kepada pelajar adalah amat tak beretika dan perbuatan berkenaan perlu dilaporkan kepada pihak bertanggungjawab.
Susulan itu, Dr Amalina menggesa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk mengambil serius perkara ini.
Ini respon balas dari Dr Amalina:
“Saya dimaklumkan terdapat ramai guru menjual ‘pil minda’ di sekolah…. malangnya… @maszlee sila ambil perhatian. Terima kasih,”
“Tolong jangan manipulasi pelajar anda dengan membeli produk sedemikian,”
Komen dari Dr Amalina mengenai perkara itu menjadi tular di Twitter dan mula diperkatakan orang ramai sejak Jumaat lalu.
Dr Amalina diketahui amat lantang bersuara terutama dalam isu lambakan produk kecantikan dan kesihatan di negara ini.
AMALINA TAK AMBIL SUPLEMEN
Kata Dr Amalina tentang pil itu lagi, beliau sendiri tidak pernah mengamalkan makan suplemen seperti itu semasa di bangku sekolah.
Ini komennya lagi:
“Saya sendiri tak pernah ambil pil minda dan Alhamdulillah saya berjaya dalam akademik,”
PERNAH DITAWARKAN PROMOSI KISMIS MINDA
Dr Amalina yang kini bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di United Kingdom (UK) mendedahkan pernah ditawarkan bayaran tinggi untuk mempromosikan produk kismis minda tetapi beliau menolak tawaran tersebut.
“Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, saya juga didekati beberapa syarikat Islamik untuk bekerjasama menghasilkan ‘kismis minda’ (saya ditawarkan wang yang banyak).
“Dan saya kata tidak kerana saya tidak pernah mengambil produk sedemikian,”
IBU BAPA JANGAN TERPEDAYA
Pada masa sama, Dr Amalina turut menasihati ibu bapa supaya tidak terperdaya dengan keberkesanan produk tersebut.
“Ibu bapa dan pelajar yang dikasihi, usaha keras adalah kunci (kejayaan), diet sihat seimbang amat penting, pengambilan ‘pil minda’ tidak akan menjadikan anda seorang ‘Einstein’,”
KISMIS BAGUS TAK?
Ditanya mengenai kismis yang didakwa mampu merangsang daya ingatan, Dr Amalina berkata orang ramai digalakkan untuk makan kismis segar.
“Ambil kismis segar, bukan yang sudah diproses dan dibotolkan,”
Sumber: TWITTER DR AMALINA
Sedikit mengenai kismis.. Kismis adalah anggur yang dikeringkan dan kaya dengan sumber tenaga, vitamin, elektrolit serta mineral semula jadi. Lebih menarik, ia mempunyai jumlah serat, vitamin, mineral dan antioksidan jauh lebih tinggi berbanding anggur segar.
Walaupun kering, ia mengekalkan rasa manis semula jadi dan setiap 100 gram kismis hanya mempunyai 249 kalori, sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan dan mengawal berat badan.
Sama seperti anggur, kismis mengandungi sejenis bahan fitokimia dipanggil resveratrol iaitu sejenis antioksidan yang memiliki sifat antiradang dan antikanser selain mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.
Kajian mendapati resveratrol mampu melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat selain membantu menjaga kesihatan jantung, melindungi dari masalah kemerosotan fungsi saraf, strok, Alzheimer dan jangkitan kulat atau virus.
Kismis yang dihasilkan daripada anggur berwarna merah dan ungu memiliki kandungan antioksidan lebih tinggi. Pada masa sama, kandungan seratnya yang tinggi membantu memenuhi keperluan serat dalam diet setiap hari seterusnya boleh membantu menurunkan berat badan dan melindungi daripada masalah sembelit.
Setiap hari kira-kira 20 hingga 35 gram serat diperlukan untuk memastikan tubuh berfungsi pada tahap optimum dan ia boleh diperoleh melalui kismis.
Pakar Pemakanan Klinikal Pusat Perubatan Tropicana Tan Yen Sing berkata, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015, menunjukkan 17.5 peratus penduduk di negara ini menghidap diabetes.
Katanya, ia adalah angka yang tinggi dan menjadi petunjuk kepada gaya hidup tidak sihat di negara ini.
“Di Malaysia, dalam kalangan pesakit diabetes, 59 peratus daripadanya kini berada pada tahap terakhir masalah buah pinggang yang diakibatkan oleh penyakit itu.
“Serat penting dalam memastikan kandungan gula dalam darah stabil dan kismis adalah sejenis makanan yang tinggi dengan serat.
“Kismis juga baik untuk kesihatan jantung dan jika kita lihat pada fakta kesihatan di seluruh dunia, penyakit jantung antara penyebab utama kemat!an.
“Seramai 17.5 juta orang mennggal dnia akibat penyakit kardiovaskular pada 2005 iaitu 30 peratus daripada punca kemat!an seluruh dunia,” katanya pada acara berkenaan.
Acara itu selari dalam usaha menggalakkan pemakanan sihat dan menunjukkan demonstrasi penggunaan kismis khususnya California Raisins dalam pemakanan dan menu setiap hari.
Tan berkata, kajian juga menunjukkan peningkatan pengambilan buahan dan sayuran lebih daripada lima sajian setiap hari mempunyai kaitan rapat dengan penurunan sebanyak 17 peratus bagi penyakit jantung koronari.
Katanya, khasiat daripada makanan berkualiti adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit kronik dan menjadi lebih sihat.
“Kismis, meskipun kecil, tidak harus dipandang ringan atas manfaat kesihatannya. Ia adalah hidangan yang sihat dengan gula semula jadi dan juga pengganti gula untuk kebanyakan resipi dalam pelbagai hidangan.
“Lebih menarik, kandungan antioksidan yang tinggi dalam kismis boleh membantu diri lebih awet muda dan menjaga penglihatan, menjaga kesihatan perut, saluran kencing dan melawan masalah gusi serta gigi,” katanya.
Kebaikan kismis
1. Bebas daripada toksin gluten dan boleh dimakan sebagai alternatif bagi mereka yang tidak boleh bertoleransi terhadap gluten.
2. Kaya dengan kalsium, zat besi, mangan, magnesium, fluoride dan zink.
3. Mengandungi elektrolit dan potasium yang mampu menurunkan kesan sodium, menurunkan tekanan darah dan mengelak strok serta masalah jantung.
4. Memiliki vitamin B kompleks.
5. Boleh dinikmati sebagai snek tanpa merosakkan kesihatan.
6. Boleh dimakan bersama apa saja hidangan termasuk salad, pencuci mulut dan dicampurkan dalam masakan.
7. Menjadi pengganti gula dalam penyediaan bakeri dan coklat.
8. Popular di negara Iran, India, Pakistan dan selatan Asia dalam hidangan pencuci mulut.
9. Tiada lemak, sodium dan kolesterol.
10. Mengandungi fruktos iaitu gula semula jadi yang mudah dihadam untuk memberi tenaga yang cepat.
11. Kaya dengan serat dan menjadi sumber tenaga berpanjangan.
The post “Pil Minda Tak Jadikn Anda Einstein” – Dr Amalina Turut Komen Tentang Kismis.. Sila Baca appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/pil-minda-tak-jadikn-anda-einstein-dr-amalina-turut-komen-tentang-kismis-sila-baca/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Amalina Che Bakri Selar Pil Minda Tidak Jadikan Anda Einstein

Dr Amalina Che Bakri Selar Pil Minda Tidak Jadikan Anda Einstein

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 653 hits
Dr Amalina Che Bakri Buat ibubapa dan para pelajar kerja keras adalah kunci diet sihat yang seimbang juga penting dan memakan pil minda tidak akan jadikan anda seorang Einstein KUALA LUMPUR Berikutan trend penjualan pil minda yang didakwa b...
Dr Amalina Tinggalkan Twitter Kecewa Dengan Rakyat Malaysia Belum Sedia Ubah Minda

Dr Amalina Tinggalkan Twitter Kecewa Dengan Rakyat Malaysia Belum Sedia Ubah Minda

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 401 hits
DOKTOR kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di perantauan Dr Nur Amalina Che Bakri mengejutkan pengikutnya di Twitter apabila membuat keputusan untuk berehat seketika daripada dunia media sosial Dr Amalina memberi alasan bahawa beliau ma...
Ini Komen Kamal Adli Tentang Isu Free Hair Emma Maembong

Ini Komen Kamal Adli Tentang Isu Free Hair Emma Maembong

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 1332 hits
Alamak dah tak pakai tudung ke sedihnya itulah antara luahan kecewa peminat Emma Maembong setelah melihat foto pelakon berkenaan dengan abang Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Rata rata kecewa melihat sisi lain Emma Maembong dan tidak sangka ...
Kini Selesa Tutup Aurat Dan Mahu Kekal Istiqomah Komen Netizen Tentang Penampilan Terkini Sarah

Kini Selesa Tutup Aurat Dan Mahu Kekal Istiqomah Komen Netizen Tentang Penampilan Terkini Sarah

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 428 hits
Bukan senang bagi seseorang yang baru berhijab itu untuk menyesuaikan diri dengan fasa baru penampilan sebagai seorang wanita Muslimah Ia mungkin mengambil masa dan ketika itu pelbagai perasaan yang bermain dalam fikiran Begitu juga yang di...
Resipi Mufin Kismis Madu

Resipi Mufin Kismis Madu

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 319 hits
Bahan Bahan 250 gm tepung gandum200 gm mentega150 gm gula aising100 gm kismis2 sudu kecil madu1 2 sudu kecil serbuk penaik1 sudu kecil esen vanila2 biji telurSedikit garamMangkuk mufinCara Menyediakan 1 Pukul mentega telur esen vanila madu ...
Kismis Tok Guru

Kismis Tok Guru

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 966 hits
Kismis Tok Guru mengandungi kismis import yang terpilih dan bermutu tinggi Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya Kismis mengandungi kalsium zat besi k...
Anak Anak Tak Hanya Ingat Tentang Lagu Apa Yang Kau Dendangkan

Anak Anak Tak Hanya Ingat Tentang Lagu Apa Yang Kau Dendangkan

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 271 hits
Anak anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan atau kisah apa yang kau ceritakan Mereka akan ingat semua yang melukakan And kids dont deserve to be hurt To many more little Balqis out there I hope you re doing fine Dan aku a...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya