Pihak Pendakwaan Panggil Saksi Keempat


Wartawan Malaysiakini 
    LANGSUNG | Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Seperti biasa Malaysiakini membawakan liputan secara langsung perbicaraan kes berprofil tinggi ini
Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 jutaNajib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
1 tuduhan salah guna kuasa 3 tuduhan pecah amanah 3 tuduhan pengubahan wang haram  LANGSUNG
12.10 tengah hari: Farhan mengesahkan dia mengarahkan pegawai serbuan Bank Negara Azizul Adzani Abdul Rahman menyerbu Ambank Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Farhan, 32, pegawai penyiasat di Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara pada masa itu berkata, dia memberi arahan kepada Azizul berkaitan salah laku disyaki berlaku bawah Bahagian 4 Amlatfa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soal balas utama oleh timbalan pendakwa raya (DPP).

Sebelum itu, Azizul yang juga pegawai penyiasat di bahagian sama, memberi keterangan bahawa dia menerima arahan dari Farhan untuk menyerbu bank komersial dan merampas dokumen bank berkaitan akaun Najib, SRC International dan anak syarikatnya Gandingan Mentari.

11.59 pagi: Pihak pendakwaan memanggil saksi keempat, iaitu pegawai penyiasat Bank Negara Farhan Sharifuddin.

11.08 pagi: Najib masuk semula ke kandang tertuduh. Prosiding bersambung dengan soal balas Harvinderjit terhadap Mohammad Nizam.

10.59 pagi: Tertuduh, bekas perdana menteri, Najib Razak mengambil tempat di bahagian galeri awam sementara prosiding berehat selama lima minit

Sebelum itu, peguam Najib Harvinderjit Singh menyoal balas saksi ketiga pihak pendakwaan Mohammad Nizam Yahya berkaitan dokumen yang dirampas dari Affin Bank pada 6 Julai 2015.

Dokumen-dokumen itu berkaitan tiga akaun semasa SRC International di cawangan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Azizul Adzani Abdul Ghafar 10.20 pagi: Saksi pendakwaan kedua, Pengurus Bank Negara Malaysia, Azizul Adzani Abdul Ghafar memberi keterangan beliau memasukkan sebab kesalahan yang disyaki di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa) berdasarkan transaksi yang disenaraikan dalam dokumen yang disita di Ambank Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Semasa pemeriksaan balah oleh Timbalan Pendakwaraya (DPP) Suhaimi Ibrahim, pegawai penyiasat Bank Negara itu berkata sifat kesalahan yang disyaki dilihat dalam dokumen bank Najib, SRC International dan Gandingan Mentari yang dirampas membuatkan dirinya menyatakan kesalahan yang disyaki itu di bawah peruntukan Seksyen 4 (1) Amlatfa.

Pada keterangan terdahulu, pegawai BNM berusia 41 tahun itu memberitahu mahkamah perintah awal yang diberikan kepadanya sebelum serbuan pihaknya terhadap Ambank Raja Chulan adalah bertujuan mengumpul dokumen mengenai kesalahan yang disyaki di bawah Bahagian 4 Amlatfa.

Keterangan Azizul hari ini bagi menjawab pemeriksaan balas oleh peguam Najib Harvinderjit Singh yang menyoal mengenai percanggahan antara kesalahan yang disyaki pada Bahagian 4 dalam arahan awal dan kesalahan Seksyen 4 (1) yang dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat sehari selepas serbuan berkenaan.

9.45 pagi: Perbicaraan kes bermula dan bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh dan duduk. Beliau dilihat meletakkan buku yang dibacanya sebelum ini

9.32 pagi: Najib Razak masuk ke bilik mahkamah dan duduk di tempat duduk galeri awam. Sementara menunggu prosiding bermula, MP Pekan dilihat membaca buku.

Turut masuk ke bilik mahkamah peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pembelaan. Beliau mengambil tempat duduk di bahagian hadapan.

Terdahulu di bilik lain Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, bekas perdana menteri hadir pendengaran kes berlainan mengenai tiga pertuduhan pengubahan wang haram RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd.

9.25 pagi: Peguam Negara Tommy Thomas masuk ke Mahkamah Tinggi Jenayah 3 Kuala Lumpur bersama anggota pasukan pendakwaan lain
9.05 pagi: Najib Razak tiba di bangunan mahkamah Kuala Lumpur. Najib menaiki kereta Proton Perdana berplat nombor TN 50. Sejurus turun dari kenderaannya, penyokong bekas perdana menteri yang majoritinya wanita berdoa terhadap pemimpin mereka.

Najib yang bersut coklat juga menadah tangan dan turut sama berdoa sebelum meninggalkan perkarangan lobi dan menuju ketingkat atas.

8:45 pagi: Seramai 40 Penyokong Najib dari Pekan Pahang tiba diperkarangan dan mereka memaklumkan sampi dari Pahang pada jam 5 pagi tadi.

Anggota parlimen Pekan itu berdepan tiga tuduhan pecah amanah dan satu salah guna kuasa membabitkan dana RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd

Ahli politik berusia 65 tahun itu - yang pernah menjadi menteri kewangan sebelum ini - turut dihadapkan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dana yang sama.
Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 jutaNajib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
1 tuduhan salah guna kuasa 3 tuduhan pecah amanah 3 tuduhan pengubahan wang haram Kes Najib akan dibicarakan dihadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Perbicaraan hari ini akan bermula dengan pasukan peguambela Najib menyoal balas saksi ketiga pendakwaan, penganalisis Jabatan Perisikan Kewangan Bank Negara, Mohammad Nizam Yahya

Pada hari ketiga perbicaraan semalam, Nizam, 39, memberi keterangan beliau telah mernyita dokumen berkaitan tiga akaun semasa anak syarikat SRC International, Ihsan Perdana Sdn Bhd di Affin Bank Berhad di Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 6 Julai 2015.

Katanya, dokumen yang disita itu terdiri daripada borang pembukaan akaun, borang spesimen tandatangan, senarai pihak yang berkuasa menurunkan tandatangan, penyata berkaitan pembukaan akaun tersebut serta borang Customer Due Dilligence (CDD) bagi ketiga-tiga akaun itu.

Semalam, saksi pendakwaan kedua, pegawai penyiasat Bank Negara, Azizul Adzani Abdul Ghafar pula memberitahu mahkamah bahawa antara RM40 juta dan RM5 juta telah ditransaksi dalam akaun milik Najib, SRC International dan unitnya Gandingan Mentari Sdn Bhd antara 24 Disember 2014, dan 13 Februari 2015.

Azizul, 41, berkata hal ini diteliti pada dokumen mengenai akaun Najib dan kedua-dua syarikat yang dirampasnya dari cawangan Ambank di Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Serbuan terhadap kedua bank itu dibuat selepas empat hari akhbar perniagaan The Wall Street Journal melaporkan para penyiasat percaya sekurang-kurangnya AS$700 juta telah mengalir ke dalam akaun bank Najib.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/pihak-pendakwaan-panggil-saksi-keempat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Pendakwaan Akan Buktikan Kes Terhadap Najib

Pihak Pendakwaan Akan Buktikan Kes Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 219 hits
Foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Pihak pendakwaan akan membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapatkan bagi dirinya suapan sebanyak RM42 juta Dalam pernyataan...
Pihak Pendakwaan Minta Dokumen Tambahan Diteliti Terlebih Dahulu

Pihak Pendakwaan Minta Dokumen Tambahan Diteliti Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 161 hits
KUALA LUMPUR Prosiding hari kedua perbicaraan berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd pagi ini bermula dengan pihak pendakwaan membantah permohonan peguam Datuk Seri Najib Razak supaya saksi pertama pendakwaan mengemukakan tiga dokumen...
Inkues Adib Mahkamah Koroner Tetap Keputusan Panggil Semula Dua Saksi Esok

Inkues Adib Mahkamah Koroner Tetap Keputusan Panggil Semula Dua Saksi Esok

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 388 hits
SHAH ALAM 22 April Keputusan berhubung permohonan memanggil semula dua individu iaitu saksi ke 24 dan ke 27 dalam prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang dibuat pegawai pengendali ditentukan esok Koroner Rof...
Kes Najib Pendakwaan Bantah Saksi Pertama Kemuka Dokumen Tambahan

Kes Najib Pendakwaan Bantah Saksi Pertama Kemuka Dokumen Tambahan

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 283 hits
Pihak pembelaan bagi kes Najib Razak berhubung dana SRC International memohon saksi pertama kemukakan 3 dokumen tambahan dalam perbicaraan kes itu KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak atas 7 ...
Saksi Kebakaran Di Masjid Al Aqsa Dedah Sesuatu Mengejutkan

Saksi Kebakaran Di Masjid Al Aqsa Dedah Sesuatu Mengejutkan

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 486 hits
SAKSI Kebakaran Di Masjid Al Aqsa Dedah Sesuatu Masjlid Al Aqsa di Baitulmuqaddis Saiful Nang menunjukkan insiden kebakaran Masjid Al Aqsa KECOH mengenai insiden kebakaran di kawasan kompleks Masjid Al Aqsa Baitulmuqaddis malahan kejadian h...
Adib Mungkin Diserang Hampir Mustahil Dilanggar Saksi

Adib Mungkin Diserang Hampir Mustahil Dilanggar Saksi

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 246 hits
Prof Dr Shahrom Abd Wahid berkata Muhammad Adib berkemungkinan besar diserang oleh perusuh yang datang dari arah belakang atau berhampiran van EMRS Foto oleh Shafwan ZaidonSHAH ALAM 19 April Seorang saksi pakar memberitahu Mahkamah Koroner ...
Gadis 17 Tahun Meninggal Setelah Jadi Saksi Di Tps Dari Subuh Hingga Subuh Lagi

Gadis 17 Tahun Meninggal Setelah Jadi Saksi Di Tps Dari Subuh Hingga Subuh Lagi

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 233 hits
Seorang saksi salah satu partai di Kabupaten Takalar Sulawesi Selatan meninggal dunia setelah bertugas selama 24 jam lebih di Tempat Pemungutan Suara Keluarga korban hanya bisa menangis histeris tak kuasa menahan duka Rusmita gadis remaja a...
Saksi Dana Rm400 000 Najib Untuk Kebajikan Bukan Peribadi

Saksi Dana Rm400 000 Najib Untuk Kebajikan Bukan Peribadi

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 210 hits
Seorang daripada empat pemegang amanah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak di Pekan Pahang hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa cek bernilai RM400 000 yang diterima oleh organisasi itu pada 2015 daripada bekas perdana menter...
Saksi Diminta Kemuka Laporan Pengesahan Transaksi Cek

Saksi Diminta Kemuka Laporan Pengesahan Transaksi Cek

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 224 hits
Saksi boleh periksa sahkan data maklumat akaun betul atau tak KUALA LUMPUR Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibicarakan berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord