Pihak Ingin Tuntut Harta Najib Rosmah Boleh Ke Mahkamah 14 Dis


MALAYSIAKINI


Pihak ketiga berkepentingan yang ingin menuntut harta berupa ratusan beg tangan pelbagai jenama termasuk wang tunai, jam tangan serta 27 buah kereta yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta 16 pihak lain, boleh hadir di Mahkamah Tinggi ketika pengurusan kes itu pada 14 Dis ini.
Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin ketika dihubungi Bernama berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bagi kehadiran mana-mana pihak ketiga yang ingin menuntut harta sitaan kes itu, namun ditangguhkan ke tarikh baharu berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Pihak kami telah dimaklumkan oleh mahkamah mengenai tarikh baharu pengurusan kes itu semalam," katanya yang turut memaklumkan warta notis kepada pihak ketiga dikeluarkan sekali lagi oleh mahkamah selepas pendakwaan meminda notis usul berhubung pelucutan hak berkenaan.
Permohonan pengeluaran notis untuk pihak ketiga itu dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak ketiga hadir di mahkamah secara sendiri atau melalui peguam bagi memberikan tunjuk sebab mengapa harta berkenaan tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.
Pihak pendakwaan sebelum ini menfailkan notis usul bagi memohon untuk melucut hak terhadap harta-harta tersebut dan menamakan Najib; Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak Mohd Najib dan Nooryana Najwa Mohd Najib; Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib); Mohd Kyizzad Mesran; Senijauhar Sdn Bhd; Aiman Ruslan; Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta; Yayasan Mustika Kasih; Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho); Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isterinya Lim Hwee Bin; Kee Kok Thiam; Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.
Antara barangan yang disita itu ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, US$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines Peso 740 dan Ringgit Malaysia 21,150 (wang baharu) yang disita pada 17 Mei 2018 oleh pihak polis.
Barangan lain yang disita pada tarikh sama ialah empat utas jam tangan pelbagai jenama, empat buah beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 buah beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta 40 buah beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.
Sebanyak 27 buah kereta jenama Nissan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain sebidang tanah di Tanjung Bungah Pulau Pinang. Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/pihak-ingin-tuntut-harta-najib-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tetapkan Tarikh 11 November Bagi Pihak Ketiga Tuntut Harta Najib 17 Yang Lain

Mahkamah Tetapkan Tarikh 11 November Bagi Pihak Ketiga Tuntut Harta Najib 17 Yang Lain

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Pengurusan kes bagi kehadiran pihak ke 3 berkepentingan yang ingin menuntut harta berupa ratusan beg tangan pelbagai jenama termasuk wang tunai jam tangan serta 27 buah kereta yang dirampas daripada bekas perdana menteri Najib ...
Apa Kaitan Nama Yang Disebut Ini Dengan Rosmah Najib Dan Harta Najib Rosmah

Apa Kaitan Nama Yang Disebut Ini Dengan Rosmah Najib Dan Harta Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 307 hits
Bagaimana milik sendiri yang begitu berharga boleh berada di premise orang lain
Boleh Tak Najib Berehat Berhenti Cakap Selama 3 6 12 18 Bulan

Boleh Tak Najib Berehat Berhenti Cakap Selama 3 6 12 18 Bulan

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 326 hits
Sebagai mantan PM wajar dan elok berhenti bercakap untuk tempoh tertentu Kami rakyat tak sempat untuk menilai jasa dan budinya sepanjang jadi PM yang lalu ada ke tiada Zamannya terlalu beridea sudah berlalu Sehebat mana pun sekarang adalah ...
Najib Peruntukan Jasa Naik Empat Kali Ganda Tak Boleh Di Terima

Najib Peruntukan Jasa Naik Empat Kali Ganda Tak Boleh Di Terima

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Ahli ahli Parlimen Barisan Nasional menyifatkan kenaikan peruntukan enpat kali ganda bagi agensi Jabatan Hal Ehwal Khas berbanding zaman BN adalah sukar diterima orang ramai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Datuk Seri...
Mahkamah Tinggi Tetapkan Perbicaraan 1mdb Najib Akan Di Sambung Pada 14 Disember Ini

Mahkamah Tinggi Tetapkan Perbicaraan 1mdb Najib Akan Di Sambung Pada 14 Disember Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ni menetapkan 4 hari mulai 14 Dis ini untuk meneruskan perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak yang terjejas akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat Timbalan Pendakwa Raya Ahmad...
Permohonan Najib Untuk Mencelah Semakan Kehakiman Azilah Didengar 8 Dis

Permohonan Najib Untuk Mencelah Semakan Kehakiman Azilah Didengar 8 Dis

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 318 hits
213 total views 213 views today PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan menetapkan 8 Dis depan untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas pegawai polis Unit Tindakan Khas Azilah Hadri ...
Ku Li Boleh Le Cakap Pandai Dia Bukan Ada Kes Mahkamah

Ku Li Boleh Le Cakap Pandai Dia Bukan Ada Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 430 hits
Ku Li sering bercakap di media Kenapa tidak di Majlis Tertinggi dan malah boleh menggesa Najib dan Zahid berundur kerana merekalah antara yang mencorak GOHEAD GOSTAN sokong dan tidak sokong BERSATU
Mahathir Sudah Boleh Pencen Najib Terus Relevan

Mahathir Sudah Boleh Pencen Najib Terus Relevan

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 412 hits
Mahathir sudah boleh tutup buku pencen jaga cucu no case Najib terus relevan popular mendapat perhatian dunia ada puluhan kes bicara belum selesai Najib pun sekarang sebok bantu nak cukupkan nombor bang non
Nak Dengar Rintihan Rakyat Boleh Baca Fb Saya Atau Pm8 Najib

Nak Dengar Rintihan Rakyat Boleh Baca Fb Saya Atau Pm8 Najib

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 345 hits
Nak dengar rintihan rakyat boleh baca FB saya atau PM8 NajibSemalam Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan tampil mempertahankan tindakan kerajaan menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas yang dikatanya bukan unit propaganda tetapi u...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip

Pgzeus88 13 July Pgzeus88 Top 66 By Zack

Lionth 10 Lionth Top 5 By Amelie

Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord