Pihak Cari Sd Nak Tumbang Kerajaan Sama Bahaya Dengan Covid 19 Hadi


agendadaily.com5/7/2021
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan individu gila kuasa yang mencari akuan sumpah (SD) dan berusaha menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam pelbagai cara sekarang ini, sama bahayanya dengan penularan pandemik Covid-19.

Tanpa mengaitkan dengan mana-mana individu atau parti, beliau berkata pihak berkaitan melakukan pelbagai pendekatan termasuk mendapatkan SD Ahli Parlimen, mengemukakan undi percaya dan undi tidak percaya.

“Pandemik politiking gila untuk berkuasa semula masih menjalar penularan wabaknya, sehingga tidak mempedulikan wabak Covid-19 yang mengancam nyawa rakyat.

“Setelah mereka gagal melalui pendekatan meniru langkah Perikatan Nasional (PN, mengambil akuan sumpah (SD) Ahli Parlimen, mereka mengemukakan undi percaya dan undi tidak percaya yang gagal juga, di samping berusaha menubuhkan jajaran baharu, sehinggalah terkini mengheret semua pihak berpolitiking.

“Raja-Raja Melayu sepatutnya tidak diheret berpolitiking kerana Baginda masih banyak tugas-tugas yang lebih penting daripada melayan kehendak mereka yang berpenyakit politiking itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Agenda Daily sebelum ini melaporkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini giat mendapatkan SD Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri (PM), menerusi jajaran baharu politik UMNO-PKR-DAP-AMANAH.

Malah semalam, Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris tampil membuat pengakuan terbuka menandatangani SD menamakan Anwar sebagai PM baharu dengan alasan ingin mencuba kerajaan baharu yang mungkin lebih baik daripada PN.

Sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim juga mendedahkan seorang Ahli Parlimen UMNO dari Pahang menandatangani SD itu pada 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Zahid serta seorang individu kenamaan.

Mengulas lanjut, Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata wabak politiking yang dialami agak berbeza, tetapi virusnya merebak dengan sangat meluas, bermula apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi pilihan raya dengan janji dan manifesto yang sebahagian besarnya adalah bohong dan menipu, tumbang.

Beliau berkata kerajaan PH mendapat dukungan media sosial upahan tanpa sempadan yang menyebarkan pelbagai penipuan, berita palsu dan sebagainya sehingga berjaya mencapai kemenangan dan menubuhkan kerajaan yang membawa pendekatan liberal dan tidak sesuai dengan masyarakat negara ini.

“Kemuncaknya, mereka berani mencabar kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja juga dicaabar. Komunis yang ganas dan lebih ganas daripada penjajah pula disanjung oleh mereka. Begitu juga kalangan puak LGBT dan seumpamanya mula bebas menuntut hak dan ada pula kelompok dalam kerajaan PH yang mendukungnya.

“Akhirnya, kerajaan PH tumbang secara demokrasi apabila adanya keinsafan dalam kalangan sebahagian Ahli Parlimen yang kembali ke pangkal jalan bagi menyelamatkan negara,” katanya.

Hadi turut menyindir pihak tertentu yang telah hilang kuasa tetapi membuat kenyataan seolah-olah masih berada di atas takhta.

“Ada pula mereka yang masih tidak sedar dirinya sudah jadi pembangkang dan bukan lagi kerajaan, dengan berlagak membuat kenyataan seolah-olah masih berada di atas takhta,” katanya.

Hadi berkata kedua-dua pandemik gila kuasa dan Covid-19 itu menyusahkan rakyat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/pihak-cari-sd-nak-tumbang-kerajaan-sama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Kerajaan Allah Boleh Hapus Covid 19 Kata Hadi

Hanya Kerajaan Allah Boleh Hapus Covid 19 Kata Hadi

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 349 hits
Hanya kerajaan Allah boleh hapus Covid 19 kata Hadi Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengulangi pandemik Covid 19 adalah ujian kepada manusia dan hanya kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna boleh menghapuskan virus itu walaupun p...
Kenapa Umno Nak Jatuhkan Kerajaan Sendiri Soal Shahidan

Kenapa Umno Nak Jatuhkan Kerajaan Sendiri Soal Shahidan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 365 hits
agendadaily com4 7 2021Datuk Seri Shahidan Kassim tidak faham kenapa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melanggar peraturan parti dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim membaya...
Dah Makan Ka Bang Dia Jawab Dah Cari Kotak Nak Jual Esok

Dah Makan Ka Bang Dia Jawab Dah Cari Kotak Nak Jual Esok

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 294 hits
AGENDA DAILY Dua beranak yang sedang mencari kotak kertas pada waktu malam untuk dijual keesokannya bagi membeli makanan Gambar Facebook Mohamad Firdaus Fazli Kisah dua beranak yang sedang mencari kotak kertas untuk dijual keesokannya di Ji...
Covid Momokan Kerajaan Gagal Siapa Sebenarnya Gagal

Covid Momokan Kerajaan Gagal Siapa Sebenarnya Gagal

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 350 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menyifatkan momokan kerajaan gagal untuk bermain politik adalah suatu perkara yang tidak sihat Katanya beliau mengetahui siapa yang mewujudkan dan tujuannya adalah untuk menghakis kepercayaan ...
Pencuri Boneka Pocong Untuk Kampanye Peringatan Bahaya Covid 19 Di Lamongan Ditangkap

Pencuri Boneka Pocong Untuk Kampanye Peringatan Bahaya Covid 19 Di Lamongan Ditangkap

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 304 hits
Aksi pencurian boneka pocong sebagai sarana kampanye bahaya Covid 19 ini pun berhasil diungkap oleh Polres Lamongan Empat pelaku diamankan Dua pelaku masing masing berusia dewasa berinisial BA dan MA sedangkan AFC dan FK terhitung masih di ...
Kes Covid 8 868 Paling Tinggi Menteri Agama Nak Buka Masjid

Kes Covid 8 868 Paling Tinggi Menteri Agama Nak Buka Masjid

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 462 hits
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT By Syed Akbar Ali
Nak Buka Parlimen Kes Mencanak Naik Hebat Covid Kat Malaysia Nih

Nak Buka Parlimen Kes Mencanak Naik Hebat Covid Kat Malaysia Nih

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 408 hits
MOHD MUKHLISLagi pecah rekod tuan tuan asal berbunyi parlimen buka kes tiba2 naik Dahlah tu positif rate 9 46 Paling tinggi setakat ini Muhyidin ini sama ada dua aje either dia ini clueless memang tak tahu apa ataupun dia sengaja buat cluel...
Wapres Minta Ulama Bantu Jelaskan Ke Masyarakat Soal Bahaya Dan Kabar Hoaks Covid 19

Wapres Minta Ulama Bantu Jelaskan Ke Masyarakat Soal Bahaya Dan Kabar Hoaks Covid 19

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 327 hits
Menurut dia menjaga hati bersih penting sebagai bagian dari upaya membangun sumber daya manusia unggul
Lebai Walaun Dah Mula Mainkan Isu Dap Tanda Kerajaan Tebuk Atap Nak Bungkus

Lebai Walaun Dah Mula Mainkan Isu Dap Tanda Kerajaan Tebuk Atap Nak Bungkus

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 335 hits
IBRAHIM MAT ISANak alihkan isu kecaman ramai rakyat terhadap dan mereka cipta semula api perkauman Sampai ke mufti pun dah jadi macam walaun asyik meratib DAP DAP DAP Oii tangani pandemik tu bagi cantik bangang punya penyokong parti bulan
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini