Dah Makan Ka Bang Dia Jawab Dah Cari Kotak Nak Jual Esok
AGENDA DAILY	 																 											

Dua beranak yang sedang mencari kotak  kertas pada waktu malam untuk dijual keesokannya bagi membeli makanan. -  Gambar Facebook Mohamad Firdaus Fazli 						
									 							 											Kisah dua beranak yang sedang mencari kotak kertas untuk dijual  keesokannya di Jitra, Kedah menyentuh perasaan seorang pengguna laman  sosial untuk berkongsi kesedihan dan kepayahan hidup.
Usahawan Mohamad Firdaus Fazil baru-baru ini melalui Taman Suria di  Jitra dan terserempak dengan dua beranak itu sedang menyelongkar tong  sampah di Taman Suria, Jitra,
“Semalam lalu dekat tong sampah Taman Suria, Jitra Kedah Darul Aman.  Ternampak abang dan anak dia tengah cari kotak untuk dijual. Aku duduk  tepi tong sampah pun rasa kuat bau busuk tong sampah.
“Ni depa dok tepi cari kotak2 yang barangkali boleh jual. Saya  berenti tanya, dah makan ka abg? Dia jawab dah makan, cari kotak nak  jual esok.
“Saya tanya anak berapa orang, dia jawab lima. Saya hulurkan duit, dia jawab tak nak,” kongsinya dalam Facebook beliau.
Firdaus bagaimanapun terus mendesak supaya lelaki itu mengambil wang  berkenaan untuk membeli makanan kepada keluarganya di rumah.
“Saya cakap, kalau abang tak nak, abang ambik duit ni untuk anak  abang. Beli makan untuk malam ni dan seterusnya. Mungkin malam ni kedai  dah tutup, beli esok barang keperluan apa tak cukup kat rumah.
“Anak dia ambik duit. Saya tengok wajah dia nampak bergenang air  mata. Dia kata “moga Allah murahkan rezeki adik”. Saya tak mau ambik  duit kalau tak keja, nanti orang mengata saya. Saya kata tak apa abang,  ambik ja untuk anak abang.
“Jam 8 malam depa cari kotak lagi nak jual. Allah. Sebak rasanya.  Masa ni jalan pun sunyi dah sebab orang tak keluar dah,” katanya.
Menurut Firdaus pertemuan itu menginsafkannya kerana dalam keadaan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ada yang kais pagi makan pagi  kais petang makan petang.
“Mungkin depa berlapar tak makan lagi. Sapa tahu. Kita mungkin  kenyang. Tapi PKP Kita kena ingat ada insan kais pagi makan pagi, kais  petang makan petang. Memang ada yang susah dan gaji hari ja. Ya Allah,  murahkan rezeki aku untuk bantu mereka yang susah,” kata Firdaus  mengakhiri tulisannya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/dah-makan-ka-bang-dia-jawab-dah-cari.html