Pier 12 Seafood Tavern Makanan Lazat Suasana Santai
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Baru² ni aku berkesempatan menikmati makan malam di Pier 12 Seafood Tavern.
Seriously perkara yg buat aku rasa best ialah restoran ni betul² berada dekat dengan KL Tower.
Bagi aku tempat ni memang strategic, cantik dan tenang
Thanks to Tourism Malaysia Sentral sebab bawak menikmati hidangan kat sini
Malam tu kami dihidangkan makanan by course dimana start dari appetizers sehingga ke Pencuci Mulut
Senarai Menu yg Dihidangkan
1. Mulligatawny Soup
Rasa yang segar dan sedap, rasa seperti kari Dahl cuma ianya ada katulan ayam dan dihidangkan dengan nasi. Serius dia buat rasa selera tu naik
2. Pier 12 Garlic Prawns
Rasa udang dia best segar lagi² bila perahkan dengan lemon dan calit dia punya kuah (sos) fuhh satu pinggan tak cukup kalau ikut nafsu
3. Salt and pepper soft Shell Crab
Ketam lembut goreng tepung, sedap sebab boleh makan sekor ketam tu dan rasanya isi ketam tu manis... sedap sedap sedap.
4. Classic Caesar Salad
Bagi yang nak diet tapi masih lagi inginkan hidangan yg lazat, menu ni wajib cuba, nampak mcm salad biasa ..tapi dia punya rasa serius sedap.. dressing dia memang special...sedap
5. Rendang Lamb Shank
Kambing dia serius sangat lembut, rasa rendang memang sedap, lagi² ada nasi fuhhhh memang terbaik, memang kena dengan tekak orang Malaysia (highly recommended). Dihidangkan atas daun pisang tu yg buat rasa lagi berselera
6. Grass Fed Grill Beef Rib Eye
(highly recommended)
Perfectly cook medium rare memang sedap and very well seasoned. Peminat daging memang kena cuba hidangan ni sangat sedap wei, masa potong daging tu isi dalam nya berjus fuhhh serius sedap.
7. Tandoori Flavoured Halibut Fish Fillet
Isi ikan yang sangat lembut rasa manis² ikan tu campur dengan perahan lemon... memang best, bagi yg biasa makan fish and chips tu mmg kena cuba menu ni...sedap
8. Grilled Stuffed Chicken Breast
Yang buat hidangan ni special ialah bahan yg disumbat dalam isi ayam tu, serius dia bagi rasa yg menyelerakan, disajikan dengan kentang bakar dan sos khas...perghhh untuk aku hidangan ni aku paling suka..sedap giler wei
Dan Untuk Pencuci Mulut
9. Tiramisu
Cara yang paling terbaik untuk akhiri hidangan yang lazat ialah bersama Pencuci Mulut yang super sedap. Rasa Tiramisu dia buatkan pengalaman makan malam kat sini sempurna
Pier 12 Seafood Tavern
Lot 12, Old MalayaLorong Raja Chulan50200 Kuala LumpurMalaysia
Waktu Operasi
Ahad - Khamis : 5pm - 2amJumaat & Sabtu : 5pm - 3am
Hubungi
+60320785548
Social Media
Facebook : Pier12 Seafood Tavern
Instagram: @Pier12 Seafood Tavern
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://fareezvanfillers.blogspot.com/2019/08/pier-12-seafood-tavern-makanan-lazat.html