Pidato Bangsa Membaca Bangsa Berjaya



Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’
Tulis teks pidato anda itu selengkapnya.

Bismillahirrahmanirrahim
Seawal Nabi Adam A.S dicipta, saat itulah penerokaan ilmu  bermula. Dengan membaca segala petanda kebesaran Yang Maha Esa, maka terbinalah ketamadunan bangsa yang berjaya.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih diucapkan kepada nakhoda pimpinan majlis yang  bervisi, kombinasi kehakiman yang berintegriti,  penjaga masa yang setia dengan detik waktu di sisi, seterusnya sidang hadirin yang dikasihi.
Hadirin sekalian,
Sebagai anak muda yang memiliki visi futuris, saya menyahut lamaran berpidato pada hari ini dengan mengusulkan muduk, ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’. Sebelum melewati lebih jauh tutur bicara ini, saya definisikan frasa, ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’ bermaksud, individu daripada sesuatu bangsa yang membaca membawa citra kejayaan bangsanya, dan individu tersebut berjaya memberi impak yang positif kepada diri, keluarga, masyarakat dan nusa tercinta. Hal ini bertepatan dengan definisi membaca oleh Smith dan Johnson (1980:4) menganggap proses membaca sebagai satu proses komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea-idea antara penulis dan pembaca. Dengan kata lain, pertukaran ini membolehkan pembaca mengutip segala input bacaannya untuk melakukan sebarang perubahan dalam kehidupan. Justeru, saya mengajak rakan-rakan dan sidang pendengar sekalian untuk menghayati wacana ini agar kita menjadi sebahagian bangsa yang berjaya dan cemerlang.Amalan membaca boleh dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri seseorang. Hal ini demikian kerana perbezaan yang ketara antara individu yang suka membaca berbanding individu yang tidak suka membaca adalah melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki. Masyarakat yang suka membaca mampu melahirkan seorang manusia yang berguna dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Golongan ini juga merupakan salah satu golongan yang akan menjadi pemimpin di sesebuah negara kerana idea-idea bernas mereka dapat membangunkan negara tersebut.


Hadirin sekalian,
Hijab pidato ini saya buka menerusi indikator pertama amalan membaca melahirkan bangsa berilmu. Bangsa yang berilmu pastinya membibitkan bangsa yang berjaya. Agama Islam sendiri menggalakkan umatnya membaca sehingga terbukti kelahiran ramai tokoh ilmuan yang terunggul seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Razi, Al-Haitham, Al-Khindi, Ibnu Biruni dan pelbagai lagi. Kesemua tokoh tersebut memulakan penerokaan mereka daripada bacaan sama ada bacaan lisan mahupun bacaan alam sehingga mereka dapat menghasilkan penemuan baru. Ketika Barat berada di Zaman Kegelapan, perbezaan antara dunia Islam dan Barat boleh dikiaskan seperti langit dan bumi. Victor Robinson membuat perbandingan ini dalam The Story of Medicine (The New Home Library, New York, 1943) dengan berkata, ‘Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cordova membina 1,000 tempat mandi. Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari. Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di Cordova bertar. Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah. Tokoh-tokoh Eropah tidak tahu menandatangani nama sendiri sedangkan anak-anak di Cordova sudah ke sekolah. Tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah Kristian sedangkan ulama Islam di Cordova membina kutub khanah yang besar.’ Inilah buktinya bangsa yang suka membaca tercegat menjadi bangsa yang berjaya.

Rakan-rakan pelajar yang dikasihi,
Indikator saya yang kedua ialah amalan membaca melestarikan bangsa berilmu yang maju. Sejarah telah mencatatkan bahawa negara Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Jerman adalah antara negara dan bangsa yang maju kerana masyarakatnya sudah membina budaya literasi. Oleh sebab itu, amat wajarlah negara-negara tersebut maju dalam segala bidang, jauh mengalahkan negara-negara lain. Selain menguasai perekonomian dunia, negara-negara tersebut juga dikenali menguasai bidang teknologi. Geliat kehidupan masyarakatnya juga begitu dinamik, di samping memiliki tingkat kedispilinan yang tinggi. Dalam erti kata lain, budaya literasi memiliki peranan yang begitu penting dalam membangunkan kemajuan sesebuah masyarakat dan negara. Dengan membacalah kita menjadi tahu dan faham, sekali gus memperoleh wawasan mahupun pengetahuan baru tentang pelbagai perkara yang menyebabkan kita termotivasi untuk terus melakukan perubahan. Bukti tersebut dapat dilihat pada Jepun, sebuah negara yang hancur lebur dalam Perang Dunia Kedua akibat dibom atom oleh Tentera Sekutu pada 6 dan 9 Ogos 1945. Jepun kemudiannya berupaya bangkit dan mengutamakan pendidikan bangsanya, dengan mengirim mereka ke negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Hasilnya Jepun berjaya membangunkan kembali negaranya dari kehancuran. Tidak cukupkah semua ini sebagai bukti bahawa bangsa yang membaca akan lahir sebagai bangsa yang berjaya?


Hadirin sekalian,
Indikator saya yang ketiga ialah budaya membaca mendaulatkan bangsa menjadi peneroka pelbagai bidang. Kini, pelbagai teknologi mampu dibuat oleh masyarakat Jepun. Bahkan, Amerika Syarikat yang selama ini menjadi adikuasa di segala bidang, dalam banyak hal mulai mengakui kehebatan Jepun. Kejayaan Jepun menguasai ‘dunia’ tidak lain kerana budaya literasi yang telah disuburkan sejak awal. Tidak mungkin Jepun mampu menghasilkan ramai ilmuwan dengan penemuan-penemuan mutakhirnya dalam berbagai bidang, jika budaya literasi di Negara Matahari Terbit itu tidak terbina. Justeru, di Jepun kita tidak mungkin akan menemui ahli masyarakatnya yang buta huruf. Mereka bahkan dikenali sebagai masyarakat yang suka membaca, walau di mana-mana mereka berada. Bahkan, jumlah pengedaran akhbar-akhbar di Jepun mengatasi jumlah pengedaran akhbar di seluruh dunia. Menurut Cakram Fokus edisi April 2006, daripada 10 akhbar terbesar di dunia, dari urutan satu hingga lima dikuasai pengedaran akhbar-akhbar Jepun seperti Yomiuri Shimbun, The Asahi Shimbun dan Mainchi Shimbun. Tempat pertama dipegang oleh akhbar Yomiuri Shimbun dengan jumlah pengedaran 14 juta naskhah sehari.


Indikator saya yang keempat ialah amalan membaca mendaulatkan bangsa. Perang Salib telah menjadi satu lagi bukti bahawa amalan membaca telah berjaya mengangkat martabat bangsa. Hal tersebut  berlaku apabila tentera-tentera Salibiyah yang dipimpin oleh Richard The Lion Heart telah memperoleh inspirasi budaya ilmu dalam tamadun Islam. Banyak kitab ilmu telah dibawa balik dan diterjemah ke bahasa Latin. Akhirnya berkembanglah suatu lagi tamadun yang terbina atas amalan membaca. Begitu juga dengan rakyat Malaysia,  pada era penjajahan dianggap sebagai bangsa bodoh yang boleh dijajah. Namun, atas kesedaran untuk kembali bermaruah, bangsa Malaysia mula celik ilmu untuk berjuang memerdekakan negara. Hasil kesedaran terhadap budaya ilmu dan budaya membaca, kita telah berjaya mencapai kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Kini, setelah hampir 60 tahun kemerdekaan, Malaysia telah muncul sebagai salah sebuah Negara Dunia Ketiga yang cukup pantas  berkembang dan disegani di mata dunia. Demikianlah suatu dimensi  baru dalam budaya membaca untuk meletakkan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Jelaslah  bahawa, sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang berjaya mengangkat maruah bangsa ialah bangsa yang suka membaca.

Hadirin sekalian,
        Beralih kita kepada hujah saya yang terakhir di bawah lembayung kata bangsa membaca, teknologi terkuasa. Berbalik kepada era moden, amalan membaca telah menjadi penanda aras utama kepada  pencapaian luar biasa beberapa negara kuasa ekonomi dunia khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Kuasa ilmu telah mengangkat negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan untuk terus  bersaing dalam pasaran teknologi moden. Jepun amat dikenali dengan kekuatan membaca rakyatnya yang memang sukar ditandingi oleh kuasa-kuasa besar hatta Amerika Syarikat. Rakyat Jepun dikatakan secara purata mampu membaca 120 buah buku setahun. Sebut sahaja Toyota, Mazda, Mitshubitshi dan Honda membuktikan  bahawa teknologi automobil Jepun terhasil daripada sikap bangsanya yang suka membaca. Manakala dalam persaingan teknologi telefon  pintar, jika rakyat Amerika berbangga dengan jenama Apple, rakyat Korea selatan pula mampu berbangga dengan penghasilan telefon  pintar Samsung yang telah berjaya menawan pasaran dunia. Begitulah  petunjuk hebat hasil penjanaan ilmu kerana amalan membaca, teknologi terkuasa, bangsa berjaya.

Hadirin yang bervisi,
        Sebelum kata mengunci bicara, sebelum langkah mengundur pergi, ingin saya simpulkan pidato saya bahawa asas untuk membawa sebuah negara dan bangsa ke hadapan ialah rakyatnya perlu membudayakan amalan membaca. Sebagai bangsa yang masih  baharu, rakyat Malaysia masih jauh untuk bersaing dengan negara-negara maju, namun jikalau amalan membaca terus diperkasakan, insha-Allah kita juga akan menjadi bangsa yang berjaya.

Sekian terima kasih, srikandi bestari mohon permisi.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2018/11/pidato-bangsa-membaca-bangsa-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 738 hits
Sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa yang berjaya antara lain dicirikan oleh masyarakatnya yang memiliki budaya literasi Begitu juga sebaliknya Sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh memper...
Wanita Malaysia Ini Berjaya Mencipta Nama Dalam Senarai 30 Under 30 Us Amp Canada

Wanita Malaysia Ini Berjaya Mencipta Nama Dalam Senarai 30 Under 30 Us Amp Canada

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 243 hits
Kejayaan menempa nama senarai 30 Under 30 US amp Canada dalam kategori peruncitan dan e dagang sebagai seorang anak Malaysia pastinya amat membanggakan Kejayaan ini berjaya dicapai oleh Kimberly Ho hasil kreadibiliti produk untuk kanak kana...
Akhirnya Hadi Awang Yang Berjaya Heret Najib Ke Mahkamah

Akhirnya Hadi Awang Yang Berjaya Heret Najib Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 320 hits
Bila jerat sudah mengena ramai yang tido tak lena Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari Ku sangka ianya politik matang rupanya ada udang di sebalik mi Perkara paling mungkin akan berlaku serta sukar dielakkan dalam k...
Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat Rileks Media

Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 1887 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang beragama Isla...
Video Bas Membawa Tentera Israel Berjaya Diletupkan Tentera Hamas

Video Bas Membawa Tentera Israel Berjaya Diletupkan Tentera Hamas

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 289 hits
Briged el Qassam sayap tentera Hamas menunjukkan kemampuannya meledakkan bom menghancurkan bas yang membawa tentera Israel yang memaksa Israel menerima gencatan senjata dan menteri Pertahanannya meletakkan jawatan Berita yang ini tidak disu...
7 Sebab Orang Yang Minum Kopi Potensi Untuk Berjaya

7 Sebab Orang Yang Minum Kopi Potensi Untuk Berjaya

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 242 hits
Setiap pagi ramai yang memilih untuk memulakan hari dengan secawan kopi Boleh dikatakan kopi merupakan minuman wajib setiap hari Bagi mereka yang bekerja di pejabat pasti kopi menjadi pilihan dan sentiasa menjadi peneman Bagi pencinta kopi ...
Rahsia Cara Untuk Berjaya

Rahsia Cara Untuk Berjaya

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 397 hits
Apabila ditanya untuk menggambarkan penyesalan penting dalam kehidupan ramai mereka yang berjaya lebih 8 daripada 10 orang memberi tumpuan kepada tindakan yang mereka tidak ambil Dalam erti kata lain mereka memberi tumpuan kepada perkara pe...
Alif Satar Sebak Selepas Berjaya Tamat Kejohanan Ironman Langkawi Di Tempat 446

Alif Satar Sebak Selepas Berjaya Tamat Kejohanan Ironman Langkawi Di Tempat 446

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 283 hits
Alif Satar berasa puas berjaya menamatkan cubaan pertamanya dalam Kejohanan Ironman Langkawi 70 3 17 November 2018 Foto ihsan Instagram Alif SatarLANGKAWI 17 Nov Gembira terharu dan sebak itulah perasaan yang diluahkan selebriti Alif Satar ...
Nikmati Pakej Makan Malam Hi Tea Brunch Bersama Tersayang Di Hotel Berjaya Times Square Kl

Nikmati Pakej Makan Malam Hi Tea Brunch Bersama Tersayang Di Hotel Berjaya Times Square Kl

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 837 hits
Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur adalah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang terletak secara strategik di tengah tengah bandar Kuala Lumpur Mempunyai 650 suite yang dilengkapi dengan kemudian bertaraf antarabangsa restoran restora...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner