Akhirnya Hadi Awang Yang Berjaya Heret Najib Ke Mahkamah



Bila jerat sudah mengena, ramai yang tido tak lena.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari,
Ku sangka ianya politik matang, rupanya ada udang di sebalik mi.

Perkara paling mungkin akan berlaku serta sukar dielakkan dalam kes saman Presiden Pas, Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clate Rewcastle-Brown ialah perlunya kehadiran Najib Razak sebagai saksi di mahkamah London.

Oleh kerana nama beliau telah dikaitkan secara langsung, bukan saja dalam isu RM90 juta yang didakwa diberikan kepada Pas, tetapi juga berkaitan RM200 juta yang dikatakan diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, keperluan Najib untuk hadir memberi keterangan tidak boleh lagi dipandang remeh.

Apatah lagi buat pertamanya kalinya, Najib semalam juga menafikan pernah memberikan wang RM90 juta itu kepada Pas.

Memandangkan kenyataan itu dibuat secara terbuka ditempat umum, maka ia perlu disahkan sekali lagi dengan Najib sendiri mesti tampil sebagai saksi di dalam mahkamah.

Jika tidak, penafian Najib itu tidak boleh diterima dan hanyalah umpama perbualan dalam sembang-sembang di kedai kopi saja.

Dengan yang demikian, untuk menentukan Najib benar-benar tidak pernah memberikan wang, sama ada dalam jumlah RM90 juta atau RM200 juta, beliau perlu mengesahkannya di mahkamah.

Dalam hal berkaitan, bukan saja peguam Clare ingin menyoal Najib dengan lebih detail, malahan tentunya peguam Hadi juga ingin berbuat perkara yang sama.

Najib pula, dalam keinginan untuk memastikan Hadi menang kes samannya terhadap Clare itu, sudah pasti sukar untuk menolak daripada menjadi saksi kerana keengganan untuk hadir secara tidak langsung memperlihatkannya tidak mahu membantu Presiden Pas itu.

Hadi sendiri tentunya amat kecewa jika Najib enggan hadir untuk memberi keterangan dan membantunya dalam perbicaraan itu.

Dah jadi kawan, adatnya tentulah Najib dan Hadi boleh saling bantu-membantu.

Apabila hadir di mahkamah London, Najib pasti bukan saja akan ditanya mengenai wang RM90 juta, tetapi juga berkenaan RM200 juta dan kaitannya dengan 1MDB.

Ini kerana sebagaimana yang didakwa sebelum ini, kesemua wang yang dikatakan pemberian Najib itu adalah dipercayai bersumberkan daripada dana 1MDB yang diselewengkan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam pendedahannya melalui akuan bersumpahnya sebelum ini, walaupun tidak menyebut jumlahnya, mengatakan Najib telah memberikan wang yang bersumberkan daripada 1MDB kepada Nasharuddin untuk disalurkan kepada pemimpin-pemimpin Pas.

Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pula, di sebalik tidak menyebut nama sesiapa, tetapi secara terbuka mendedahkan angka RM200 juta itu serta nama sebuah bank, Affin Bank sebagai tempat di mana wang tersebut disalurkan.

Jika Rafizi dan Husam pun ada maklumat sedemikian rupa, apakah tidak mungkin peguam Clare mempunyai lebih maklumat lagi?

Maka, mampukah Najib menafikannya dalam mahkamah nanti?

Apa yang menariknya di sini, kalau sebelum ini Najib berjaya menolak beberapa saman untuk menghadapkannya ke mahkamah berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang pernah diterimanya, bahkan soalan di Parlimen juga berjaya dielaknya, beliau kini sudah tiada pilihan lain lagi.

Najib kini terpaksa hadir ke mahkamah London dan seterusnya merelakan dirinya disoal oleh peguam di sana.

Akhirnya, meskipun Clare yang kena saman, dalam masa yang sama, Presiden Pas itu juga telah berjaya mengheret Perdana Menteri ke mahkamah - suatu perkara yang selama ini sedaya-upaya cuba dielakkan oleh Najib.

Tahniah buat Hadi Awang. (ShahbudinHusin 05/11/2017)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2017/11/akhirnya-hadi-awang-yang-berjaya-heret.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Amaran Pas Tentang Icerd

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Amaran Pas Tentang Icerd

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 721 hits
Maka PAS memberi amaran yang sekeras kerasnya Jangan menyalahgunakan parlimen kerana kemenangan Pakatan Harapan ketahuilah bahawa mudah saja bagi PAS untuk mengerah berjuta rakyat ke jalanraya sekiranya parlimen disalahguna untuk mengiktraf...
Contohi Kerajaan Bn Tangani Icerd Hadi Awang

Contohi Kerajaan Bn Tangani Icerd Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 464 hits
PAS menyarankan kerajaan mencontohi langkah bijaksana ditunjukkan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani isu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awa...
Najib Pembohong Awang Selamat Utusan Mesti Minta Maaf

Najib Pembohong Awang Selamat Utusan Mesti Minta Maaf

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 415 hits
Bekas ahli majlis tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini mencadangkan ahli Umno memboikot akhbar Utusan Malaysia sekiranya Pengerusi Eksekutif akhbar berkenaan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir enggan meminta maaf kepada Datuk Seri N...
Mahkamah Persekutuan Kaji Status 039 Pegawai Awam 039 Najib

Mahkamah Persekutuan Kaji Status 039 Pegawai Awam 039 Najib

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 338 hits
Mahkamah Persekutuan kaji status 039 pegawai awam 039 Najib Dikemas kini 19 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 5 Nov
Sweetnya Kenal Menerusi Drama Elly Dan Epit Hadi Dan Dayana Akhirnya Ikat Tali Pertunangan

Sweetnya Kenal Menerusi Drama Elly Dan Epit Hadi Dan Dayana Akhirnya Ikat Tali Pertunangan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 1092 hits
Bagi mereka yang selalu suka menonton kartun dan drama drama bersiri di Astro Ceria pasti anda pernah tonton drama komedi Elly Epit Drama tersebut telah berlangsung pada 2011 dan 2013 dan dibintangi oleh pelakon cilik Afeiq Shazwan Sweet Qi...
Akhirnya Boy Tiger Berjaya Dicekup Polis Ini Bagaimana Polis Dapat Tangkap Harimau Lelaki Ini

Akhirnya Boy Tiger Berjaya Dicekup Polis Ini Bagaimana Polis Dapat Tangkap Harimau Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 369 hits
Akhirnya Boy Tiger Berjaya Dicekup Polis Ini Bagaimana Polis Dapat Tangkap Harimau Lelaki IniAkhirnya Boy Tiger Berjaya Dicekup Polis Ini Bagaimana Polis Dapat Tangkap Harimau Lelaki Ini
Enggan Duduk Dikandang Tertuduh Najib Boleh Kena Perintah Menghina Mahkamah

Enggan Duduk Dikandang Tertuduh Najib Boleh Kena Perintah Menghina Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 332 hits
Najib Razak tidak mahu duduk di kandang orang kena tuduh OKT ketika kes beliau dibacakan di mahkamah Foto The Malaysian TimesKeengganan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk masuk ke kandang tertuduh pada prosiding sebutan kes ...
Kit Siang Tiada Hak Bercakap Mengenai Orang Islam Hadi Awang

Kit Siang Tiada Hak Bercakap Mengenai Orang Islam Hadi Awang

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 485 hits
MARANG Dia tak berhak bercakap mengenai orang Islam Itu reaksi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menempelak Lim Kit Siang berikutan pemimpin veteran DAP itu mempersoalkan tindakannya menentang cadangan meratifikasi Konvensyen An...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu