
 Peluk pasangan dari belakang.
 Pegang tangan dia dengan penuh kasih sayang.
 Picit hidung, gosok pipi dia zahirkan kemesraan.
 Cium dahi dia dengan cinta setiap kali pergi dan pulang dari kerja.
 Doa kebaikan dihadapan dia, biarkan dia dengar setiap doa kita.
 Ketika pegang tangan, tatap wajah dia dan katakan kepada dia kita terlalu sayangkan dia, sayang hingga ke syurga.
 Cuba lakukan yang lebih dari biasa.
 Jika sebelum ini isteri kejutkan kita solat Subuh. Apa kata esok kita pula yang kejutkan isteri dan keluarga solat Subuh.
 Jika sebelum ini isteri setiap hari basuh dan jemur pakaian. Apa kata esok kita pula buatkan. Malam ini masukkan ke dalam mesin, esok selepas subuh jemurkan.
 Jika sebelum ini tak pernah picit urut kaki isteri, cuba selepas solat nanti minta isteri hulurkan kaki, picit-picitkan kaki dia.
 Sebelum ini tak pernah makan bersuap, minum air satu gelas. Cuba makan malam nanti suapkan pasangan, minum satu gelas yang sama dan tempat yang sama.
 Jika sebelum ini dah lama tak ajak isteri makan tengah hari cuba esok ajak isteri makan di luar, pilih tempat yang dia sukai.
 Cipta masa untuk bawa isteri dan keluarga jalan-jalan. Pusing kampung, pusing taman pun dah cukup melegakan.| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |