Piagam Hanya Mou Terlalu Awal Untuk Kerajaan Campuran


N Faizal Ghazali Diterbitkan Hari ini 10:12 pagi

Hubungan kerjasama antara Umno dan PAS yang dimeterai melalui Piagam Muafakat Nasional baru-baru ini umpama kerjasama persefahaman (MOU) yang masih awal dan hanya bersifat kerjasama longgar, kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah.

Justeru katanya, terlalu awal untuk kedua-dua parti itu menubuhkan kerajaan campuran di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

"Kita tak sampai pada tahap itu lagi, Muafakat Nasional ini lebih kepada MOU, kita meletakkan satu tanda secara rasmi memandangkan sebelum ini kita jalinkan kerjasama tidak rasmi seperti dalam beberapa pilihan raya kecil.

"Jadi apabila kita tandatangani Piagam Muafakat Nasional ini kita rasmikan kerjasama itu, ia lebih kepada garis panduan macam mana hubungan PAS dan Umno.

“Apa yang boleh dibuat dan tak boleh buat," katanya kepada media selepas menghadiri majlis solat hajat dan ceramah motivasi pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardhiah, Panchor di Kota Bharu, semalam.

Terdahulu, selepas memeterai piagam tersebut, Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberitahu parti itu mempunyai rancangan untuk memasukkan Umno menjadi sebahagian pentadbiran kerajaan Terengganu dan Kelantan di bawah pemerintahan PAS.

Meskipun merasakan ia masih berada dalam peringkat awal, Abdul Hadi tidak menolak rancangan tersebut kerana menganggap Umno kini sebahagian daripada keluarga PAS.

Sementara itu Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menegaskan keperluan untuk kedua-dua parti mewujudkan kerajaan campuran itu perlu dibincangan oleh pimpinan tertinggi di peringkat pusat.

"Saya melihat apa yang dihasratkan (perancangan bawa masuk Umno dalam pentadbiran Kelantan dan Terengganu) lebih kepada rancangan jangka masa panjang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, bukan untuk sehari dua ini.

"Kalau betul mahu kerjasama macam masuk BN, ia perlu dibincangkan di peringkat PAS Pusat terlebih dahulu sebelum mendapatkan mandat daripada muktamar pula selepas itu. Kita mempunyai langkah tertentu," jelasnya.

Tambah beliau, Jawatankuasa Khas Merangka Pelan Tindakan dan Strategi yang ditubuhkan kedua-dua parti akan saling berbincang dan memberi cadangan kepada parti masing-masing.

"Sebenarnya, mesyuarat jawatankuasa muafakat ini hanya dilakukan di peringkat pusat antara kedua-dua parti, manakala peringkat negeri pula lebih kepada pelaksana kerana kita tiada kuasa untuk menentu.

"Jadi apa yang diputuskan di peringkat pusat selepas kedua-dua jawatankuasa ini bersidang, mereka akan kemukakan cadangan. PAS dan Umno kemudiaannya akan melihat cadangan itu dan jika setuju barulah diturunkan kepada negeri," kata Mohd Amar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/09/piagam-hanya-mou-terlalu-awal-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlalu Awal Untuk Tubuh Rci Kadar Kemiskinan Anwar

Terlalu Awal Untuk Tubuh Rci Kadar Kemiskinan Anwar

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 351 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berpendapat bahawa adalah terlalu awal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kadar kemiskinan di negara Menurutnya Unit Perancangan Ekonomi dan pakar pakar bidang ekonomi perlu diberikan ruang unt...
Apa Yang Dijangkakan Dari Sebuah Kerajaan Ph Dan Piagam Umno Pas

Apa Yang Dijangkakan Dari Sebuah Kerajaan Ph Dan Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 428 hits
Sebuah kerajaan lama dan sebuah kerajaan baru akan masuk ke era perbandingan Perubahan pendekatan dan perlaksanaan berbias kepada kroni masing Semua itu menjadi penilaian kepada rakyat dan menjadi bebanan dan tekanan kepada kerajaan terutam...
Kerajaan Campuran Bukan Fokus Utama Umno Pas Buat Masa Sekarang

Kerajaan Campuran Bukan Fokus Utama Umno Pas Buat Masa Sekarang

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 290 hits
Umno PAS yang menandatangani Piagam Muafakat Nasional Sabtu lalu belum membincangkan idea kemungkinan pembentukan kerajaan campuran di negeri negeri ditadbir kedua dua parti itu buat masa sekarang Kedua dua parti itu juga memutuskan berpend...
Tu Diaaaa Hanya Kerajaan Kedah Bermasalah

Tu Diaaaa Hanya Kerajaan Kedah Bermasalah

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 317 hits
KEDAH BERMASALAH BESAAAQ BN DAH 60 TAHUN MEMERINTAH NEGARA TAPI RAKYAT MASIH DA IF LA NI ORANG YANG DARI UMNO YANG BAGI MELAYU DA IF SUDAH TIDAK ADA DALAM UMNO ERTINYA UMNO DAH PUTIH LA NI DEPA YANG BAGI MELAYU DA IF SEMUA DAH LARI KELUAR U...
Kerajaan Campuran Bn Pas Di Perlis Perlu Keputusan Pimpinan Tertinggi Kata Mb

Kerajaan Campuran Bn Pas Di Perlis Perlu Keputusan Pimpinan Tertinggi Kata Mb

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 349 hits
Menteri Besar Perlis Azlan Man KANGAR Menteri Besar Perlis Azlan Man berkata kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional menyambut baik sebarang cadangan mewujudkan kerajaan campuran dengan PAS tetapi ia perlu diputuskan kepimpinan tert...
Kerajaan Campuran Umno Pas

Kerajaan Campuran Umno Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 446 hits
Maknanya sudah ada Perlis Kelantan Terengganu dan Pahang Setakat ini untuk merampas kembali Melaka Negeri Sembilan Perak dan Kedah amat cerah Tidak mustahil pula Johor dan Selangor MB Perlis sambut baik kerajaan campuran Umno PASPerlis meny...
Awal 2020 Itb Akan Uji Coba Komersil Avtur Nabati Di Kilang Cilacap

Awal 2020 Itb Akan Uji Coba Komersil Avtur Nabati Di Kilang Cilacap

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 312 hits
Subagyo menyebut sejauh ini avtur nabati sendiri belum dikomersialkan baik di Pertamina maupun di lingkungan laboratorium ITB Namun sejumlah pilot projek pembuatan bahan avtur nabati sudah dikantongi oleh pihaknya
Lebih Baik Umumkan Saja Kerajaan Sukar Menangkap Jho Low

Lebih Baik Umumkan Saja Kerajaan Sukar Menangkap Jho Low

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 432 hits
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador meminta orang ramai yakin bahawa Polis Diraja Malaysia memang sudah tahu lokasi sebenar Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho ketika ini Macam mana kita bersabar menunggu waktu berbuka puasa begitula...
Dia Cakap Pelat Perkataan Pelik Pelik Buat Saya Rindu Awal Scha Rindu Momen Lara Masih Kecil

Dia Cakap Pelat Perkataan Pelik Pelik Buat Saya Rindu Awal Scha Rindu Momen Lara Masih Kecil

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 428 hits
Gelagat si comel Lara Alana buah hati kesayangan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari ini sememangnya dinantikan oleh semua pengikut di instagramnya Apa sahaja aktiviti yang dilakukan Lara sentiasa di intai malah menjadi ikutan peminatnya Berkong...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing