Kerajaan Campuran Bukan Fokus Utama Umno Pas Buat Masa Sekarang




Umno-PAS yang menandatangani Piagam Muafakat Nasional Sabtu lalu belum membincangkan idea kemungkinan pembentukan kerajaan campuran di negeri-negeri ditadbir kedua-dua parti itu buat masa sekarang.
Kedua-dua parti itu juga memutuskan berpendirian tidak akan bertindak sebagai pembangkang sebaliknya akan berperanan “kawan kerajaan”.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, “belum fikir sampai gitu (ke tahap itu). Kita tidak ada masalah. Kita boleh jadi kawan kerajaan.”
“Kawan kerajaan. Statusnya bukan sebagai ‘backbencher’, tetapi tidak lagi menjadi pembangkang,” kata beliau kepada FMT ketika ditanya sama ada Umno-PAS akan membincangkan pembentukan kerajaan campuran dalam waktu terdekat.
Kata beliau, pendekatan itu akan digunakan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis.
Semalam, Menteri Besar Perlis Azlan Man berkata kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) menyambut baik sebarang cadangan mewujudkan kerajaan campuran dengan PAS tetapi ia perlu diputuskan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.
“Kita masih lagi boleh mengajak PAS untuk menyertai kerajaan kita (negeri). Tak perlu pun ada Exco melepas dan meletak jawatan yang telah dipegang. Masih ada ruang untuk dua wakil daripada PAS sertai kerajaan,” kata beliau.
Beliau berkata cadangan itu memerlukan hala tuju yang bersifat dasar yang diputuskan di peringkat kepimpinan parti tertinggi antara Umno dan PAS.
Sabtu lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata pihaknya kemungkinan akan mengajak Umno menyertai kerajaan di Kelantan dan Terengganu selepas kedua-dua parti itu menandatangani piagam kerjasama.
Kerajaan negeri Pahang diketuai oleh BN.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa ketika ditanya sama ada sudah perbincangan mengenai kemungkinan kerajaan campuran antara Umno dan PAS khususnya di Perlis berkata, “belum lagi.”
Katanya, Umno akan mengadakan siri jelajah negeri bagi memperkasakan “taawun dulu”.
Takiyuddin menambah, Umno dan PAS telah memutuskan untuk mengelakkan pertembungan kedua-dua parti.
“Kami sudah memutuskan tidak ada pertembungan Umno dan PAS,” katanya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/17/kerajaan-campuran-bukan-fokus-utama-umno-pas-buat-masa-sekarang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Campuran Umno Pas

Kerajaan Campuran Umno Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 496 hits
Maknanya sudah ada Perlis Kelantan Terengganu dan Pahang Setakat ini untuk merampas kembali Melaka Negeri Sembilan Perak dan Kedah amat cerah Tidak mustahil pula Johor dan Selangor MB Perlis sambut baik kerajaan campuran Umno PASPerlis meny...
K Jaan Campuran Umno Pas Perlu Dipercepat Bagi Hilangkan Keraguan

K Jaan Campuran Umno Pas Perlu Dipercepat Bagi Hilangkan Keraguan

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 349 hits
N Faizal Ghazali Selepas memeterai Piagam Muafakat Nasional Umno dan PAS dilihat perlu percepatkan kerajaan campuran di negeri negeri yang dikuasai mereka kata penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusof berpendapat idea kerajaan campuran o...
Apa Yang Dijangkakan Dari Sebuah Kerajaan Ph Dan Piagam Umno Pas

Apa Yang Dijangkakan Dari Sebuah Kerajaan Ph Dan Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 473 hits
Sebuah kerajaan lama dan sebuah kerajaan baru akan masuk ke era perbandingan Perubahan pendekatan dan perlaksanaan berbias kepada kroni masing Semua itu menjadi penilaian kepada rakyat dan menjadi bebanan dan tekanan kepada kerajaan terutam...
Kerajaan Campuran Bn Pas Di Perlis Perlu Keputusan Pimpinan Tertinggi Kata Mb

Kerajaan Campuran Bn Pas Di Perlis Perlu Keputusan Pimpinan Tertinggi Kata Mb

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 381 hits
Menteri Besar Perlis Azlan Man KANGAR Menteri Besar Perlis Azlan Man berkata kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional menyambut baik sebarang cadangan mewujudkan kerajaan campuran dengan PAS tetapi ia perlu diputuskan kepimpinan tert...
Ahli Pas Kini Gelisah Dengan K Jaan Campuran Bersama Umno

Ahli Pas Kini Gelisah Dengan K Jaan Campuran Bersama Umno

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 403 hits
Senator Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata ahli ahli PAS kini mulai resah dan gelisah dengan timbulnya cadangan untuk membentuk kerajaan campuran dengan Umno Kamarul berkata keadaan itu berlaku tidak sampai seminggu selepas kedua d...
Ego Pas Ego Umno Akan Hancurkan Penyatuan Ummah

Ego Pas Ego Umno Akan Hancurkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 491 hits
Penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO di ingatkan jangan lupa falsafah perjuangan dalam konteks kebersamaan supaya sejajar dengan piagam yang di meterai bersama Kedua kedua parti itu mempunyai rekod bermusuhan sepanjang zaman yang tidak dilup...
Kenapa Lagi Persefahaman Politik Umno Pas Tidak Disokong Sepenuhnya Oleh Melayu Lain

Kenapa Lagi Persefahaman Politik Umno Pas Tidak Disokong Sepenuhnya Oleh Melayu Lain

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 346 hits
Kenapa sebahagian pemimpin PAS dan UMNO tidak kelihatan Pertambahan sokongan yang diharapkan tidak menjadi sebaliknya ada akar umbi PAS lari ke AMANAH Apa fatwa Hadi tentang ini Mereka tidak Islamic Kesilapan Mahathir kerana terlalu baik de...
Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 457 hits
OLEH ALIFF FIKRI AZIZDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sesiapa yang mendakwa kerjasama tersebut hanya tentang Melayu dan Islam jelas tersasar Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 15 Sept Gabungan Umno PAS memerlukan sokongan seluruh ra...
Najib Would Have Fully Approved Of The Pas Umno Alliance

Najib Would Have Fully Approved Of The Pas Umno Alliance

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 409 hits
MP SPEAKS Barisan Nasional Adviser Najib Abdul Razak would have fully approved of the PAS Umno Alliance as his global kleptocracy is continuing to make waves paving the way to make PAS and Umno one family Imagine getting an Islamist party t...
Telefilem Wasiat Ayah

Duta Riang Villa Vila Dengan Konsep Tradisional Melayu Dan Rustik

The Decline Of Malaysian Hockey

Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia

Lirik Doa Mudah Urusan Ustaz Bazli Unic

It S Finally Confirmed That Huawei Pura 80 Series Is Powered By Their Strongest Chipset Kirin 9020


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

Quick Mongolian Beef Mince Recipe Easy

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa