Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
kembali lagi kita dengan entri bertemakan raya yang masih belum habis. kali ini aku nak kongsi gambar photoshoot raya 2025 x halal academy. photoshoot ini dijalankan pada 26 mac 2025. disebabkan aku tak ada masa nak shorting gambar dan tak ada masa nak menulis, entri ini jadi tertangguh. sikit lagi nak sebulan. harap belum basi.
Photoshoot Raya 2025
aku rasa macam setiap tahun ada photoshoot raya. tapi tak wujud dalam blog pula. sedih lah macam ni. dekat blog cuma ada raya 2020 sahaja. aku ingat tahun lepas aku memang tak ada update apa - apa sebab aku tak sihat. bayangkanlah, photoshoot dekat taman jepun shah alam. aku demam
kaknoi paksa aku makan ubat sebab nak aku ada. selalu gambar ramai - ramai aku skip HAHAHA. tahniah kaknoi. tapi tu lah. mana entah gambar aku? WEYH, aku baru minta dekat kawan - kawan yang lain kalau diorang ada gambar. ada pun ~ tengok bawah
raya 2024
Raya 2024 Hilang? raya 2024 ni aku demam dan aku pregnant. pagi tu aku bawa mekap, teruja nak photoshoot. sekali dah petang tak larat. kaknoi kata, "awak makan ubat sekarang lepastu rehat dalam bilik studio." ada lah weyh gambar 2024.
disebabkan aku demam, aku tak peduli pun semua orang. aku cuma berjemur bawah matahari sebab sedang alami kesejukan di tengahari rembang. kelakar kan? semua orang suruh aku duduk bawah pondok kerana kesiankan aku. tapi tak mampu.
lepas je shoot video, aku balik dan tidur
Koleksi Gambar Raya 2025 x Halal Academygeng waniter
aku dan kak dian
kak dian tenaga pengajar di halal academy dan ada kerja - kerja lain juga. kak dian garang tau. aku suka bila dia bercakap. tak kisah lah dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris. rasa tersusun dan kemas. aku paling takut kalau kak dian sedang mengajar dan aku adalah orang yang berada disisinya sebagai pembantu. HAHAHAHA. macam duduk dalam kelas dengan lecturer ya bila kena panggil nama; berdebar lain macam. risau ~
aku dan kak syu
kak syu ni tak payah diperkenalkan lagi. sekarang kak syu dah official tenaga pengajar di halal academy. taip jela syuhada / kak syue / kak syu dekat ruangan carian tu. mesti ada macam - macam entri keluar.
kak syu ni suka melayan orang. dia tak kisah pun orang guna handphone dia. ajak ngopi. lepak - borak - gosip. senang ngam dengan sesiapa.
aku dan aida
ni aida. aida praktikal dekat sini. masa aida mula - mula masuk sini aku jarang tengok aida. bila dia dah lama sikit dekat sini, baru aku rajin menengok dia, dengar dia bercakap dan lain - lain. comel juga aida ni. dia peramah dan lemah lembut.
aku dan fathihah
fathihah ni kira macam kak syu lah aku rasa. tak perlu diperkenalkan. sebab banyak je gambar dia dalam blog aku. memandangkan fathihah pun dah kerja lama dekat sini. aku dan fathihah dari department yang sama. apa - apa pun memang buat kerja dengan dia.
aku dan adila
adila dulu praktikal dekat halal academy. tahun berapa aku tak ingat. dia masuk dan praktikal sama tahun dengan afiq kalau tak silap. selepas itu, afiq diserap masuk sini manakala adila tidak. ketika adila praktikal, aku banyak bagi kerja dekat dia. hahahahha.
masa aku cuti bersalin 3 bulan, adila yang banyak ambil alih tugas aku sebagai admin. kiranya sekarang adila dah pro berbanding aku. dia buat kerja pun laju. duduk pun sebelah - sebelah. senang nak gosip.
aku dan mira
ni mira. aku suka eja nama dia 'm.i.r.a' tapi dia suka eja nama dia 'm.y.r.a'. aku tak biasa lagi nak eja nama dia macam tu. lagipun nama penuh yang dia guna tak ada 'y'. HAHAHH tak puas hati pula, padahal nama dia bukan nama aku pun kan? semenjak mira ada dekat sini, banyak video wujud untuk staf. aktif semua pergi shoot. aku terkecuali lah. aku admin je. bab halal aku ke laut sikit.
aku dan kak niza
ni HR di halal academy. kalau jual produk/ item dekat dia laku tau. hahahha. kak niza suka 'support' aka membeli/ suka makan. jadi kalau staf ada barang baik, boleh try promote dekat kak niza. laju dia beli. hahahahha.
aku dan afiqah
afiqah ni pun sama. dulu praktikal dekat sini dan sekarang dia staf tetap. aku tak tahu lah afiqah selalu kena buli atau afiqah yang membuli. dulu - dulu dia selalu kena buli kot? sekarang dia buli orang. hahahaha. bab makan memang jatuh kepada afiqah. kalau pergi hotel makan buffet, afiqah adalah orang yang paling sesuai.
aku dan aina
aku dan aina tak ada apa - apa nak diceritakan. aku dan dia boleh dikatakan duduk di bawah department yang sama aku rasa. dulu aina pun praktikal dekat sini selepas itu diserap masuk. kemudian dia jadi staf tetap. tak lama selepas tu aina bekerja di tempat lain yang lebih baik. sekarang aina kembali bekerja disini cuma aku tak pasti fulltime atau partime. hehehhee
aku dan afifah
aku dan afifah pun tak ada apa nak diceritakan. afifah duduk agak jauh dari aku namun suara afifah memang selalu kedengaran. kalau tak dengar suara afifah, maksudnya dia banyak kerja lah tu. aku jarang borak dengan afifah, cuma bila perlu je.
pemenang kuiz kak dian
niat kak dian nak memberi duit raya pada staf. namun disebabkan hal yang tak diingini, kak dian sediakan kuiz. bagi sesiapa yang berjaya jawab soalan dari kak dian akan dapat duit raya/ hadiah. inilah muka pemenang. aku memang tak menang sebab aku tak jawab apa - apa dan tak nak jawab. aku noob. hahahahhaha. lagipun, aku tak retiiiiiiiii lah nanti semua orang pandang aku. hahahahahah bodoh betul.
kak niza berjaya jawab kuiz dan terima hadiah paling mahal dari kak dian. item dari H&M tak silap. dah lupa ~
halal academy muka serious
muka serious ni macam tak berapa nak jadi sebab uncle senyum. aduuduuu. tak apa lah asalkan uncle bahagia. hehehee.
tahun ni dah masuk 8 tahun aku dekat sini. aku masuk halal academy dari tahun 2017. tapi masih tak faham berkaitan halal. bukan tak faham, cuma 'halal' tu tak sesuai dengan otak aku. hahahaha gitulah aku rasa
semoga tahun depan aku masih dengan syarikat yang sama dan photoshoot dengan orang sama.
selamat hari raya
tontok video dekat bawah tau. kitorang pun tak terlepas join trend terkini. hehehhee
@halal_academy Okay tak macam ni sayang? @Hael Husaini @Nadeera #meriahlainmacam #raya2025 #trending ♬ original sound - Halal Academy
@halal_academy Selamat Hari Raya semuaaa! Maaf zahir & batin. Terima kasih kerana sudi bersama mendengar, menonton & mengikuti segmen-segmen yang kami bawakan. Semoga perkongsian kami membawa manfaat kepada anda semua 😄 Maaf salah silap andai kata tekasar bahasa atau mengguris hati penonton diluar sana. Kosong-kosong ya 🫶🏻 Tulus ikhlas daripada, Halal Academy #shrmzb #raya2025 #halalacademy ♬ original sound - Halal Academy
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2025/04/photoshoot-raya-2025-x-halal-academy.html