Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa


Assalamualaikum. Hi korang

Puasa sudah pun bermula. Hari Raya kian tiba, dan ini bermakna tidak lama lagi kita boleh menikmati segala juadah enak lagi menyelerakan yang dihidangkan sempena lebaran. Setiap tahun rakyat Malaysia pasti menanti-nantikan ketibaan Syawal kerana ia memberi peluang kepada kita untuk saling merapatkan hubungan persaudaraan sambil menikmati beraneka juadah yang disediakan. 

Sempena Hari Raya, Philips Malaysia baru-baru ini telah bekerjasama dengan Chef Marina Mustafa untuk sesi memasak ‘Raya Bersama Chef Marina Mustafa’, yang memaparkan kepelbagaian serta kemudahan penggunaan rangkaian peralatan dapur Philips. Semasa sesi berkenaan, Chef Marina telah menyediakan beberapa hidangan wajib Hari Raya seperti Rendang Tok, Lodeh, Ayam Percik, Lontong Daun Pisang dan Seri Kaya Bakar, semuanya dalam masa kurang sejam, membuktikan sesungguhnya masa dapat dijimatkan dengan bantuan Philips. 
Masakan Raya yang disediakan oleh Chef Marina Mustafa menggunakan Multicooker Philips All-In-One dan Philips XXL Airfryer
Turut menyertai Chef Marina dalam acara berkenaan ialah, Naib Presiden dan Pengurus Besar Philips Asia Pasifik, Nicholas John Lee, Pengurus Negara Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel dan Ketua Pemasaran Philips Malaysia, Wendy Ho serta ahli kumpulan Facebook tempatan, Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Dari Kiri: Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Besar Philips Malaysia; Nicholas John Lee, Naib Presiden dan Pengurus Besar untuk Philips ASEAN Pacific, Chef Marina Mustafa dan Wendy Ho, Pengarah Pemasaran Philips Malaysia Sdn. Bhd.
“Kami amat gembira melihat kehadiran begitu ramai ahli MAHN. Kami gembira kerana dapat memberi peluang kepada mereka untuk belajar kerana kami tahu mereka menggemari makanan yang dimasak di rumah dan mereka ialah tukang masak yang kreatif. Kami gembira kerana Chef Marina Mustafa yang terkenal dengan resepi Malaysianya, sudi berkongsi resepi Raya kegemarannya bersama-sama kami. Philips telah bekerjasama dengan Chef Marina dalam beberapa projek sebelum ini dan beliau sentiasa mengekalkan ketulenan masakannya tanpa menjejaskan rasa, sementara memanfaatkan kemudahan peralatan dapur moden. Sesetengah resepi tradisional ini mengambil masa yang lama untuk dimasak dan rendang daging kesukaan rakyat tempatan contohnya mengambil masa antara empat hingga lima jam untuk dimasak secara konvensional bagi mendapatkan rasa dan teksturnya yang optimum. Dengan Philips, anda boleh menyediakan juadah Raya dengan lebih mudah dan pada masa sama mengekalkan keenakan rasanya, memberikan anda lebih banyak masa untuk beramah-mesra dengan keluarga serta tetamu,” kata Pengurus Negara Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel. 
Para tetamu dari Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Bagi Chef Marina Mustafa pula, beliau gembira kerana berpeluang berkongsi ilmu pengetahuan. “Saya suka memasak dan ia adalah perkara yang paling saya minati dalam hidup saya. Saya berasa terharu kerana diberi peluang untuk berkongsi juadah Hari Raya kegemaran saya dengan semua orang dalam acara ini. Kita tahu bahawa menyedia juadah Hari Raya boleh memakan masa yang lama dan saya gembira kerana berpeluang untuk berkongsi pengalaman, bagaimana saya membahagikan masa antara memasak dan meluangkan masa bersama-sama keluarga serta tetamu. Memandangkan saya menyediakan banyak juadah di Hari Raya, Philips Premium All-In-One Multi Cooker dan Airfryer XXL sememangnya banyak membantu memudahkan saya menyediakan semua juadah berkenaan dalam masa yang sama,” jelas beliau


Philips Premium All-In-One Multicooker (HD2145/62)
Masak secara perlahan, masak menggunakan tekanan dan masak pelbagai hidangan di dalam satu alat dengan Philips Premium All-In-One Multicooker. Dengan keajaiban teknik memasak menggunakan tekanan, anda boleh menyediakan hidangan yang sempurna dalam hanya beberapa minit, malah potongan daging yang liat juga boleh menjadi empuk dalam hanya beberapa minit. Dilengkapi dengan 9 mod masakan menggunakan tekanan, Philips Premium All-In-One Multicooker dapat membantu anda menyediakan juadah enak dengan cepat, memberi kelegaan apabila anda kesuntukan masa. Pada Hari Raya ini, anda boleh menyediakan rendang daging kegemaran anda dalam tempoh kurang sejam, membolehkan anda meluangkan lebih banyak masa bersama-sama yang tersayang. 

Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99)
Sebuah alat yang wajib dimiliki untuk menyediakan hidangan enak lagi berkhasiat di rumah semasa musim perayaan ini. Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) yang merupakan Airfryer terbaru keluaran Philips, sememangnya memudahkan anda memasak untuk ahli keluarga anda. Saiznya yang lebih besar sesuai untuk menyediakan hidangan yang cukup untuk semua orang apabila anda menganjurkan rumah terbuka dan menjamu sanak saudara di Hari Raya ini. Masak semuanya serentak bagi memenuhi selera semua orang! Dengan kapasiti Airfryer terbesar setakat ini, ia berupaya memasak empat ketul paha ayam penuh untuk resepi Ayam Percik anda sekali gus


Philips Premium All-In-One Multicooker (HD2145/62) boleh didapati pada harga runcit yang disyorkan RM999 dan Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga runcit yang disyorkkan RM1,499. Kedua-dua produk berkenaan boleh dapat di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk di Kuala Lumpur dan kedai rakan jualan serta pengedar di seluruh negara, serta kedai dalam talian rasmi Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/. 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, sila layari www.philips.com.my
MENU & RESEPI
>> RESEPI AYAM PERCIK CHEF MARINA <<
>> RESEPI LODEH CHEF MARINA <<
>> RESEPI RENDANG TOK CHEF MARINA <<
>> RESEPI LONTONG DAUN PISANG CHEF MARINA <<
>> RESEPI KUIH SERI KAYA BAKAR CHEF MARINA <<


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suesopian.com/2019/05/philips-raya-bersama-chef-marina-mustafa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Lontong Daun Pisang Chef Marina

Resepi Lontong Daun Pisang Chef Marina

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 368 hits
Assalamualaikum Hi korang RESEPI LONTONG DAUN PISANG CHEF MARINABAHAN BAHAN4 cawan beras5 keping daun pisang sepanjang 2 setiap keping10 lidi 2 panjang2 sk garam6 cawan airCARA MEMASAK 1 Basuh beras dan masukkan kedalam penapis 2 Layukan se...
Jakel Ceriakan Golongan Oku Dan Asnaf Buka Jualan Baju Raya Secara Atas Talian

Jakel Ceriakan Golongan Oku Dan Asnaf Buka Jualan Baju Raya Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama...
Tak Lama Nak Raya Ini Rutin Kecantikan Puteri Diana Setiap Hari Bolehlah Cuba

Tak Lama Nak Raya Ini Rutin Kecantikan Puteri Diana Setiap Hari Bolehlah Cuba

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 647 hits
Tak Lama Nak Raya Ini Rutin Kecantikan Puteri Diana Setiap Hari Bolehlah CubaPuteri Diana
Daihatsu Branding Stasiun Mrt Cipete Raya Jakarta

Daihatsu Branding Stasiun Mrt Cipete Raya Jakarta

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 280 hits
Daihatsu hadir di salah satu stasiun MRT di Jakarta yakni Stasiun Cipete Raya Suasana ala Daihatsu bisa ditemukan di 87 area stasiun MRT Cipete Raya pada beberapa fasilitas stasiun seperti lift eskalator dan tiang pilar
Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di Jakelstore My

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di Jakelstore My

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 869 hits
Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore my Assalammualaikum semua Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang tersedia di hujung jari Jakel Textile juga tidak ketinggalan melancarkan laman sesawang
Beli Baju Raya Di Jakel Melalui Online

Beli Baju Raya Di Jakel Melalui Online

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1276 hits
Eyza ni dari dulu lagi akan beli kain untuk buat baju kurung ke kebaya ke dekat Jakel Textile Dari Jakel di Bangunan lama sampai la Jakel dah pindah ke JAKEL MALL Eyza sukakan fabrik corak dan warna yang ada kat Jakel ni Harga pun sangat la...
Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu Dan Anak

Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 453 hits
Dengan Bismillah Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu dan Anak dengan 11 pilihan warna kesukaan ramai sudah pun berada di pasaran dan tanpa perlu tangguh tangguh lagi dah boleh anda dapatkan segera di sini Nak diingatkan s...
Seronoknya Raya Bersama Jakel Shah Alam

Seronoknya Raya Bersama Jakel Shah Alam

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 450 hits
Seronoknya Raya Bersama Jakel Shah Alam Pagi ni di Jakel Shah Alam untuk sesi Meet Greet Bersama Duta Raya Jakel 2019 Tahun ni Jakel perkenalkan duta baru iaitu Abam Bocey Jakel sentiasa menjadi destinasi gedung untuk membeli belah baju ray...
Mary Kay Promo Raya 2019 Discount Up To 20

Mary Kay Promo Raya 2019 Discount Up To 20

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 662 hits
Salam dan selamat sejahtera Nak letak gambar promo item untuk Mary Kay bagi bulan Mei ni So siapa yg nak diskaun kindly whatsapp ros dekat link ini yer Ok pilih mana yg berkenan di hati Mary Kay tgh buat Pink Sale nih cecepat rebut peluang ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment