Ph Wajib Buat Ketetapan Tolak Sokongan Pembangkang Yang Mahu Mahathir Berkhidmat Lebih Lama





Kebelakangan ini terdapat kecenderungan yang kian ketara daripada pelbagai pihak dalam pembangkang untuk memberi sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad agar meneruskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.

Pas adalah antara yang tidak henti-henti berbuat demikian, sedangkan sebelum PRU14 lalu merekalah yang paling kuat menghina, mencemuh dan memperlekehkan Tun Mahathir.

Antara cemuhan, perlekehan dan penghinaan Pas kepada Tun Mahathir ialah dengan mengatakan beliau sudah nyanyuk, pemimpin kitar semula, seharusnya lebih banyak duduk di atas sejadah serta hanya layak menjadi doktor di klinik 1Malaysia.

Namun, sebaik PH menang PRU14 dan Najib Razak yang diidolakannya sudah hilang kuasa, Pas segera berubah nada dengan tanpa malu-malu memberi sokongan agar Tun Mahathir terus menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal iaitu sampai ke tahun 2023.

Sedarkah Pas ketika itu Tun Mahathir sudah berusia 98 tahun?

Tindakan Pas memberi sokongan kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak lebih umpama menghadiahkan sebotol madu yang telah dicampur dengan racun berbisa.

Pas kini secara rasmi sudah mengikat kerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PH dalam PRU15 akan datang.

Kedua-dua parti bukan saja mula berkempen bersama, malah sedang merangka piagam dan pembahagian kerusi untuk merealisasikan kerjasama itu.

Pokoknya, Pas melalui kerjasama dengan UMNO adalah bertujuan untuk mengalahkan PH agar parti Islam caca-marba campur dengan parti assabiyah itu pula dapat mentadbir negara selepas ini.

Boleh jadi jika Najib Razak tidak masuk penjara menjelang PRU15 akan datang, Pas akan terus memberi sokongan semula kepada bekas Perdana Menteri itu untuk menjejaki langkah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Untuk mencapai hasrat itu, Pas tentu saja kena menghadiahkan madu beracun kepada Tun Mahathir dengan harapan agar janji peralihan kuasa kepada Anwar tidak ditunaikan dan seterusnya menyebabkan PH bergolak, malah mungkin berpecah.

Hanya dengan berlakunya perpecahan PH sajalah peluang terbuka untuk gabungan Pas dan UMNO memenangi pilihanraya seterusnya.

Sebaliknya, jika peralihan kuasa kepada Anwar berjalan dengan teratur sebagaimana yang sudah dijanjikan, peluang mereka untuk menang PRU15 akan datang akan bertukar menjadi senipis kulit bawang saja.

Ini kerana dengan peralihan kuasa yang teratur akan membuatkan PH terus berpadu, selain imej Islamik Anwar dalam mentadbir negara dengan sendirinya akan membuat pendekatan Islam caca-marba yang dibawa oleh Pas tidak lagi relevan di mata pengundi.

Yang peliknya, ada pula pihak dalam PH sendiri - setakat ini Azmin Ali - yang tampil memberi sokongan terhadap hadiah madu beracun Pas kepada Tun Mahathir itu.

Alahai, naifnya Timbalan Presiden PKR ini. Hanya kerana beliau sedang bergelut untuk menyelamatkan diri daripada skandal video seks sejenis yang sudah tersebar luas serta amat-amat berharap Tun Mahathir dapat menyelamatkannya daripada pendakwaan di mahkamah atas perlakuan perbuatan menyalahi undang-undang, sanggup akhirnya bersekongkol dengan pembangkang.

Apakah Azmin sedar tindakannya memberi sokongan kepada cadangan Pas itu adalah suatu pengkhianatan kepada PH?

Apakah Azmin bukan saja tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8, tetapi sebenarnya juga mahu gabungan Pas dan UMNO memenangi pilihanraya akan datang?

Untuk itu, sebelum pelbagai pihak lain dalam pembangkang satu demi satu tampil mahu menghadiahkan madu beracun yang sama, Majlis Presiden PH seharusnya segera membuat ketetapan menolak sokongan daripada pembangkang kepada Tun Mahathir.

Sokongan pembangkang 100% tidak ikhlas. Mereka adalah musuh kepada PH. Sokongan mereka hanya untuk menjadikan PH berpecah dan seterusnya lemah serta membolehkan mereka mengambil alih kerajaan.

Lagi pula, sokongan sedia ada dalam PH sudah memadai untuk kerajaan ini berjalan dengan baik tanpa ancaman.

Sesuai dengan Tun Mahathir sekali lagi mengulangi janji akan tetap melakukan penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar di pertengahan penggal - meskipun setakat ini tiada tarikh ditetapkan - Majlis Presiden PH seharusnya sekali lagi juga mesti memperakui ikrar beliau itu sambil membuat ketetapan menolak sebarang sokongan daripada pembangkang yang mahu Perdana Menteri berkhidmat dengan lebih lama.

Tun Mahathir sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun di bawah BN  sebelum ini dan tempoh dua tahun untuk beliau menjadi Perdana Menteri di bawah PH adalah cukup memadai.

Jangan kita menjadi rakyat yang tidak bertimbangrasa dan mahu menderanya untuk bekerja dengan lebih lama atau sehingga beliau berumur 98 tahun usianya. (Shahbudindotcom 01/08/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/ph-wajib-buat-ketetapan-tolak-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Dr Mahathir Berkhidmat Satu Penggal Demi Negara Kata Naib Presiden Pkr

Biar Dr Mahathir Berkhidmat Satu Penggal Demi Negara Kata Naib Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 321 hits
Biar Dr Mahathir berkhidmat satu penggal demi negara kata naib presiden PKR Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada
Bayi Tolak Susu Sebab Keliru Trik Mudah Nak Kembalikan Bayi Ke Payudaya Ibu Wajib Tahu

Bayi Tolak Susu Sebab Keliru Trik Mudah Nak Kembalikan Bayi Ke Payudaya Ibu Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 456 hits
Bila mama perkenalkan puting biasa bayi mula keliru dan sudahnya bayi anda menolak ketika menyusu Rumit jadinya bila berdepan dengan masalah ini Buat seketika sebaiknya cuba tenangkan bayi terlebih dahulu Beri dia masa dan paling penting ke...
Tolak Tambak Laut Pulau Pinang Keutamaan Pembangkang Najib Razak

Tolak Tambak Laut Pulau Pinang Keutamaan Pembangkang Najib Razak

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 565 hits
Isu projek tambak laut di perairan selatan bagi membentuk tiga buah pulau buatan di Pulau Pinang akan terus dibangkitkan pembangkang pada sidang Dewan Rakyat akan datang Datuk Seri Najib Razak berkata isu itu akan menjadi keutamaan ahli Par...
Budak Balaci Dan Penyokong Anwar Perlu Lebih Hormat Hargai Dan Sopan Dengan Mahathir Selepas Ini

Budak Balaci Dan Penyokong Anwar Perlu Lebih Hormat Hargai Dan Sopan Dengan Mahathir Selepas Ini

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 337 hits
Jangan biadab desak dan tulis yang melampau lampau ke atas Tun Belajar dari peristiwa seperti telur di hujung tanduk File sudah di atas meja Kena belajar sayangkan negara mengatasi kepentingan diri dan puak Jangan sampai perlu Tun batuk dan...
Sokongan Terhadap Dr Mahathir Meningkat Kata Merdeka Centre

Sokongan Terhadap Dr Mahathir Meningkat Kata Merdeka Centre

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Tahap sokongan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meningkat kepada 62 peratus pada Jun lalu berbanding 55 peratus pada Mei kata badan kaji selidik Merdeka Centre Selain itu kaji selidik yang dilakukan Merdeka Cent...
Eur Usd Penurunan Harga Untuk Menolak Harga Ke Tahap Yang Lebih Rendah Tidak Lama Lagi

Eur Usd Penurunan Harga Untuk Menolak Harga Ke Tahap Yang Lebih Rendah Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 410 hits
4 8 Murrey Math Level bertindak sebagai sokongan semalam tetapi kenaikan harga tidak ditekan di atas 6 8 MM Level Pasaran mengukuh di bawah Super Trend Lines yang membawa kepada tahap yang lebih banyak bukti bahawa aliran penurunan harga ti...
Mula Mula Macam Ada Kekurangan Tapi Lama Lama Rasa Hidup Bermakna 4 Tahun Tanpa Tv Buat Anak Lebih Fokus

Mula Mula Macam Ada Kekurangan Tapi Lama Lama Rasa Hidup Bermakna 4 Tahun Tanpa Tv Buat Anak Lebih Fokus

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 655 hits
Menonton televisyen bersama keluarga sudah menjadi aktiviti wajib di malam hari Begitu juga di hujung minggu Malah aktiviti menonton ini seakan menjadi pengerat kasih sayang di antara ahli keluarga Namun bukan semua beranggapan seperti ini ...
Gps Lebih Baik Pas Sarawak Jawab Sindiran Dap

Gps Lebih Baik Pas Sarawak Jawab Sindiran Dap

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 338 hits
Ketua Penerangan PAS Sarawak Zharudin Narudin KUCHING Seorang pemimpin PAS negeri berkata Gabungan Parti Sarawak yang baru baru ini didakwa merupakan anggota ke 3 gabungan cemar antara Umno dan PAS oleh Pakatan Harapan Sarawak adalah lebih ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord