Ph Tidak Perlu Panik Dengan Kerjasama Umno Pas



Melihat kepada reaksi kebanyakan pemimpin PH berhubung kerjasama rasmi yang termetrai antara UMNO dan Pas, dapat dirasa seperti ada nada panik daripada mereka.
Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad mempersoalkan hubungan itu dengan mengatakan apakah Pas sudah menganggap UMNO sudah Islam berikutan pernah mengkafirkan parti Melayu itu sebelum ini?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melihat kerjasama dua parti Melayu itu sebagai bertujuan memerangi bukan Melayu, meskipun kemudian mengubah perkataan memerangi itu kepada menyasarkan berikutan kecaman pelbagai pihak yang kurang senang dengan reaksinya yang dianggap keterlaluan.Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut terkejut bagaimana Pas boleh bekerjasama dengan UMNO yang merupakan sebuah parti yang disifatkannya sudah rosak.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad melihat kerjasama UMNO dan Pas ibarat kerjasama antara “perompak dan penipu”Liew Chin Tong, Ketua Strategik DAP mengibaratkan kerjasama UMNO – Pas seperti strategi “bumi hangus” yang mana percantuman dua parti Melayu itu bersama bantuan MCA dan MIC bersamanya adalah bertujuan menghapuskan semuanya untuk menang dalam apa jua keadaan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, kerjasama UMNO dan Pas akan memecah-belahkan rakyat serta menjadikan negara ini seperti Taliban jika gabungan itu berjaya memperolehi kuasa mentadbir negara.Beberapa pemimpin PH lain yang mengulas kerjasama itu juga turut memberi reaksi dengan nada yang hampir serupa.Hanya Anwar Ibrahim yang kelihatan tidak panik dengan mengatakan bukan semua orang Melayu menyokong UMNO atau Pas, selain menegaskan kerjasama itu mesti dilawan dengan pemulihan ekonomi serta kepedulian yang lebih tinggi terhadap nasib rakyat.
Mengapa PH perlu panik dan memberi reaksi yang agak keterlaluan berhubung kerjasama UMNO – Pas itu.

Bukankah sebelum PRU14 lalu, PH juga mengecam Pas kerana memilih bersendirian bersama kuasa ketiga Gagasan Sejahteranya lantaran beranggapan jika parti itu bekerjasama secara langsung dengan UMNO yang menyebabkan hanya pertandingan satu lawan satu yang berlaku, maka BN akan lebih mudah dikalahkan?Tetapi, dengan kesatuan kuasa rakyat yang mahukan perubahan, melalui pertandingan tiga penjuru pun UMNO tetap tumbang juga akhirnya.
Bermakna, bukan saja PH boleh menang sama ada berlaku pertandingan satu lawan satu atau tiga penjuru, yang penting kerjasama UMNO dan Pas sekarang ini adalah merupakan keinginan PH sendiri.
Kenapakah setelah memperolehi kuasa sebagai kerajaan, PH tiba-tiba panik dan tidak setuju dengan kerjasama UMNO dan Pas itu?Tidakkah dengan pertandingan dua penjuru yang akan berlaku nanti, ditambah dengan kedudukan PH sebagai kerajaan kini, UMNO dan Pas yang sudah bersatu akan lebih mudah lagi untuk dihanguskan dalam pilihanraya akan datang?
Cabaran besar bagi PH sebenarnya bukanlah kerana wujudnya kerjasama UMNO dengan Pas atau berapa banyak parti yang bergabung untuk berlawan dengannya, tetapi sejauh manakah PH mampu menjadi kerajaan yang lebih baik, menunaikan janji dan memberi kesejahteraan kepada rakyat secara keseluruhannya. Peringatan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 yang mahu PH segera memberi penekanan kepada aspek pemulihan ekonomi dan kepedulian kepada rakyat adalah sesuatu yang tepat dan tidak harus dipandang ringan oleh semua. Jika rakyat selesa dengan kerajaan yang ada dan semua isu dapat ditangani dengan baik, tiada sebab sama sekali untuk mereka menukar kerajaan apabila pilihanraya diadakan.
Mudah kata, berbaki tempoh 4 tahun dua bulan sebelum pilihanraya umum akan datang, wujudnya kerjasama UMNO dan Pas ini haruslah dijadikan cermin oleh PH untuk mereka tampil lebih baik, lebih bergaya dan menepati janji-janji yang pernah dibuatnya sebelum ini.
Jangan panik dan segeralah bangun untuk buat kerja dengan lebih baik demi rakyat. Bersikap panik dan menyerang kerjasama itu hanya menunjukkan PH tidak sedia menjadi lebih baik atau tidak ingin menunaikan segala janji-janji kepada rakyat. Kalau Tun Mahathir boleh bekerjasama dengan DAP dan kembali mencari Anwar yang pernah dipecat dan dipenjarakannya, apa hairannya Pas dan UMNO boleh berbaik juga? (Shahbudindotcom 09/03/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/ph-tidak-perlu-panik-dengan-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Umno Pas Boleh Gugat K Jaan Negeri Perak Kedah

Kerjasama Umno Pas Boleh Gugat K Jaan Negeri Perak Kedah

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 391 hits
MALAYSIAKINI PAS memberi bayangan bahawa kerajaan negeri Perak yang ditadbir Pakatan Harapan hari ini boleh bertukar tangan sekiranya parti itu menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Barisan Nasional Portal Utusan Malaysia memetik Ke...
Kerjasama Umno Pas Tidak Gugat Ph Kata Ahli Akademik

Kerjasama Umno Pas Tidak Gugat Ph Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 464 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli akademik berpendapat Pakatan Harapan tidak terjejas dengan kerjasama Umno Pas memandangkan PH yang pada masa ini memegang kuasa Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddi...
Kerjasama Pas Umno Tidak Guna Simbol Baru

Kerjasama Pas Umno Tidak Guna Simbol Baru

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Umno dan PAS hari ini mengumumkan kerjasama secara rasmi yang akan memfokuskan aspek penyatuan ummah kata Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau berkata kerjasama itu bukan gabungan Umno dan PAS sebagai parti ba...
N Abduh Melaporkan Mesyuarat Khas Kerjasama Umno Pas

N Abduh Melaporkan Mesyuarat Khas Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 393 hits
HARI ini adalah hari bersejarah buat negara kita Malaysia Selepas hampir 70 tahun buat kali kedua dalam sejarah pahit manis perjuangan politik negara Umno dan PAS hari ini berjaya duduk semeja bagi membincangkan secara lebih serius usaha ke...
Kerjasama Umno Pas Ibarat Perompak Dengan Penipu Khalid Samad

Kerjasama Umno Pas Ibarat Perompak Dengan Penipu Khalid Samad

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 685 hits
PAN menyifatkan penggabungan antara Umno dengan Pas adalah gabungan antara perompak dengan penipu dan bakal menjadi gabungan yang mantap Dalam temubual secara langsung di Jom Channel malam tadi Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad berkata U...
Kerjasama Umno Pas Untuk Menghalalkan Jenayah Yang Dilakukan Najib Tun M

Kerjasama Umno Pas Untuk Menghalalkan Jenayah Yang Dilakukan Najib Tun M

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas yang dimeterai semalam sebagai usaha mengembalikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang didakwa dilakukan bekas ...
5 Mac 2019 Termeterai Kerjasama Antara Umno Pas Secara Rasmi

5 Mac 2019 Termeterai Kerjasama Antara Umno Pas Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 488 hits
ISMAIL SABRI YAAKOB NAIB PRESIDEN UMNO ASSALAMUALAIKUM WBT6 Mac 2019 29 JamdilAkhir 1440HSeperti yang semua tahu 5 Mac 2018 merupakan tarikh sejarah negara apabila termeterai satu kerjasama dua kuasa Islam Melayu antara UMNO dan PAS Dua par...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya