Kerjasama Umno Pas Boleh Gugat K Jaan Negeri Perak Kedah


MALAYSIAKINI


    PAS memberi bayangan bahawa kerajaan negeri Perak yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) hari ini boleh bertukar tangan sekiranya parti itu menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

Portal Utusan Malaysia memetik Ketua Pemuda PAS Perak, Akmal Kamarudin sebagai berkata sekiranya dua Adun Umno tidak keluar parti sudah pasti kerajaan negeri sudah ditadbir oleh gabungan tersebut.

Umno dan PAS kini memiliki 28 kerusi DUN berbanding dengan PH yang mempunyai 30 kerusi.

Satu lagi kerusi menjadi milik Bebas.

Pada pilihan raya ke-14 lalu, Umno memenangi 27 kerusi manakala PAS pula mempunyai tiga kerusi.

Walau bagaimanapun, tiga hari kemudian, bekas exco kerajaan negeri Perak yang juga Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin dan Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi mengesahkan mereka menyokong Ahmad Faizal Azumu, sebagai menteri besar Perak.

Kedua-dua mereka kemudian meninggalkan Umno dengan Zainol Fadzi menyertai Bersatu dan Nolee Ashilin menjadi wakil Bebas
“Pada awalnya PAS tidak membuat apa-apa keputusan untuk bergabung dengan BN sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), berdasarkan kepada pengalaman lalu sewaktu Datuk Muhammad Asri memimpin, selain PAS telah melawan BN sekian lama dalam memperjuangkan prinsip Islam.

“Setelah PRU14 berlalu, PAS telah melihat ahli BN melalui kehidupan sebagai wakil rakyat pembangkang yang cemerlang, seperti mana PAS telah lalui sebelum ini,” kata Akmal.

Kerajaan Negeri Perak hari ini ditadbir oleh PH yang mempunyai sebanyak 30 kerusi. Daripada jumlah itu, Amanah mempunyai 6 kerusi, Bersatu (2), PKR (4) dan DAP (18).

Semalam, selepas lebih dua setengah jam bermusyawarah, PAS dan Umno bersetuju bahawa kedua-dua parti rasmi 'bersanding' di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Hal itu dinyatakan pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan, yang mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Sekarang ni kita dah kenduri kahwin dah ni, dah rasmi dah. Sebab tu kita buat macam ni, (secara) rasminya... merasmikan jawatankuasa induk.

"Kita ni dah bersanding dah ni..." katanya.

Bagaimanapun kata Mohamad, langkah tersebut bukanlah bermaksud PAS dan Umno akan digabungkan dan tidak akan ada simbol baru bagi mereka.

Sementara itu, satu lagi kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan iaitu Kedah mungkin tergugat jika Adun PAS dan Umno bergabung dan mengusulkan undi tidak percaya ke atas menteri besar Mukhriz Mahathir
PH memenangi 18 kerusi DUN pada pilihan raya umum lalu - Amanah (3), Bersatu (5), PKR (8) dan DAP (2) - manakala Umno memiliki tiga kerusi dan PAS (15)

Kedah tumbang kepada PH pada PRU14 tahun lalu

Bagaimanapun sekiranya berlaku kebuntuan, speaker DUN Ahmad Kassim, yang juga anggota PKR, dibenarkan untuk mengundi.

Menariknya, 21 wakil rakyat menyokong pelantikan Ahmad sebagai speaker pada Julai lalu. Ini bermakna tiga daripada 18 Adun pembangkang calon PH itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/kerjasama-umno-pas-boleh-gugat-kjaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Campuran Pas Umno Di Empat Buah Negeri Perak Kedah Dalam Pemerhatian Viralhancing

Kerajaan Campuran Pas Umno Di Empat Buah Negeri Perak Kedah Dalam Pemerhatian Viralhancing

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 585 hits
JASIN UMNO bercadang untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional dan PAS ketika ini Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada PAS baru baru dan masih pa...
Menarik Jika Pas Umno Bentuk Kerajaan Di Perak Dan Kedah

Menarik Jika Pas Umno Bentuk Kerajaan Di Perak Dan Kedah

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 344 hits
MALAYSIA DATELINE Hatta di Kelantan dan Terengganu mereka tidak bergabung Hanya ada kerajaan Pas di Terengganu dan Kelantan manakala di Pahang dan Perlis kerajaan BN kata Menteri Wilayah Persekutuan itu AMANAH tidak ada masalah jika bnear P...
Kerjasama Umno Pas Tidak Gugat Ph Kata Ahli Akademik

Kerjasama Umno Pas Tidak Gugat Ph Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 434 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli akademik berpendapat Pakatan Harapan tidak terjejas dengan kerjasama Umno Pas memandangkan PH yang pada masa ini memegang kuasa Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddi...
Kerjasama Pas Dan Umno Bukan Lagi Taboo

Kerjasama Pas Dan Umno Bukan Lagi Taboo

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 286 hits
1 Pusat Penyelidikan PAS yakin bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO bukan lagi taboo atau pantang larang yang cuba dihindarkan dari menjadi perbincangan dalam kalangan Umat Melayu khususnya ahli ahli PAS dan UMNO Sebaliknya kerjasama antara...
Jawatankuasa Kerjasama Umno Pas Akan Ditubuhkan

Jawatankuasa Kerjasama Umno Pas Akan Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 291 hits
Peringkat tertinggi parti setuju jalin kerjasama secara formal SEMENYIH UMNO dan PAS bersetuju menjalinkan kerjasama secara formal dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih nanti Timbala...
Kerjasama Pas Umno Akan Diperkukuh Demi Politik Baharu

Kerjasama Pas Umno Akan Diperkukuh Demi Politik Baharu

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 286 hits
By 3 Mac 2019 Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hassan bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan barisan Kepimpinan Barisan Nasional menjulang calon BN PRK N 24 Semenyih Zakaria H...
Dr M Akui Kerjasama Umno Pas Menangkan Bn Di Semenyih

Dr M Akui Kerjasama Umno Pas Menangkan Bn Di Semenyih

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 425 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui kerjasama antara Umno dan PAS telah membawa kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil Semenyih Kali terakhir kami menang pada pilihan raya umum ke 14 adalah kerana PAS dan Umno terbahagi dan o...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11