Ph Tidak Letak Calon Di Prk Slim Takut Ke


PRK Slim: PH tak tanding, beri ruang kepada kem Mahathir – Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu bersetuju memberi ruang kepada kumpulan Bersatu yang memihak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan datang.
Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang memutuskan untuk tidak bertanding dan membuka ruang kepada Bersatu ‘Blackout’ untuk berbuat demikian.
Ketika dihubungi, Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa PH tidak akan bertanding pada PRK yang dijadual pada 29 Ogos ini.
“PH bersetuju tidak bertanding. Akan memberi ruang kepada Bersatu Tun (Bersatu Blackout) bertanding,” katanya kepada Malaysiakini ketika membalas teks mesej menerusi WhatsApp.
Beliau turut memberitahu bahawa adalah terpulang kepada parti berkenaan untuk menentukan calon yang bakal bertanding.
Sebelum ini, pada 24 Julai, Senator Marzuki Yahya juga daripada kem Dr Mahathir menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRK Slim.
Beliau mendakwa ini selepas seorang ahli Majlis Presiden PH memberitahu bahawa gabungan pembangkang tidak akan bertanding pada PRK itu nanti.
Susulan itu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata bahawa mereka akan berbincang dengan kem Dr Mahathir berhubung calon PRK Slim.
PRK Slim mencuri tumpuan kerana ia akan menjadi medan pertama melibatkan Perikatan Nasional dan PH, yang tidak bertanding pada pilihan raya kecil Chini.
Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya dari BN, Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dun Slim diadakan pada 29 Ogos, hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.
Pada PRU ke-14, lalu Khusairi memenangi kerusi DUN Slim dengan menewaskan calon Bersatu, Mohd Amran Ibrahim dan Muhammad Zulfadli Zainal dari PAS.
Allahyarham memperoleh 8,327 undi dengan majoriti 2,183 undi.
Hanya Mahathir boleh jawab
Sementara itu, ketika ditanya sama ada calon Bersatu ‘Blackout’ akan menggunakan tiket PH pada PRK itu atau sebaliknya, Saifuddin berkata dia tidak mempunyai jawapan.
“Tidak ada idea. Hanya Tun (Dr Mahathir) boleh jawab,” katanya lagi.
Untuk rekod, Marzuki sebelum ini berkata bahawa Bersatu ‘Blackout’ tidak akan menggunakan logo PH pada PRK tersebut.
“Kami tidak akan bertanding menggunakan logo PH. Sama ada kami guna lambang baru atau lambang yang diberikan oleh SPR,” katanya.
Bersatu ‘Blackout’ adalah kumpulan bekas anggota parti yang menyokong Dr Mahathir selepas tidak bersetuju keputusan presiden parti itu, Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar daripada PH pada penghujung Feb lalu.
Krisis selama seminggu itu menyaksikan presidennya, Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri selepas Mahathir membuat keputusan meletakkan jawatannya.
Pada Mei lalu, Mahathir dan beberapa pemimpin yang menyokongnya termasuk Marzuki yang merupakan setiausaha agung Bersatu digugurkan keahlian mereka. FMT
The post PH tidak letak calon di PRK Slim, takut ke? appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/31/ph-tidak-letak-calon-di-prk-slim-takut-ke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Slim Umno Akan Letak Calon Yakin Pas Dan Bersatu Bagi Laluan

Prk Slim Umno Akan Letak Calon Yakin Pas Dan Bersatu Bagi Laluan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 344 hits
Umno yakin rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional akan memberi laluan kepada BN untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata kerusi berkenaan secara tradisinya milik Umno d...
Prk Slim Undi 29 Ogos Penamaan Calon 15 Ogos

Prk Slim Undi 29 Ogos Penamaan Calon 15 Ogos

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 341 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N58 Slim Perak diadakan pada 29 Ogos Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom turut mengumumkan hari penamaan calon pada 15 Ogos manakala tarikh mengundi awal pada 25...
Prk Slim Parti Politik Perlu Lebih Berani Ketengah Calon Muda

Prk Slim Parti Politik Perlu Lebih Berani Ketengah Calon Muda

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 293 hits
Parti politik perlu lebih berani mengetengahkan orang muda sebagai calon dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian ber...
Pkr Tak Jadi Letak Calon Di Dun Slim

Pkr Tak Jadi Letak Calon Di Dun Slim

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 299 hits
Parti Keadilan Rakyat Perak mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim pada 29 Ogos ini Timbalan Pengerusinya Datuk MA Tinagaran berkata keputusan tersebut dibuat setelah m...
Calon Prk Slim River Adalah

Calon Prk Slim River Adalah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 642 hits
Calon PRK Slim River Adalah Pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz dilihat sebagai individu yang kemungkinan akan dicalonkan BN dalam pilihan raya kecil DUN Slim akan datang Sumber dalam Umno memberitahu Zaidi adalah yan...
Calon Prk Dun Slim Ph Masih Berbincang Dengan Tun Mahathir

Calon Prk Dun Slim Ph Masih Berbincang Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 489 hits
BernamaAnwar menyatakan bahawa rundingan masih berjalan Gambar failPORT DICKSON Pakatan Harapan menafikan telah menyerahkan kepada kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sli...
Bersatu Blackout Akan Tanding Dalam Prk Slim

Bersatu Blackout Akan Tanding Dalam Prk Slim

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 490 hits
Diterbitkan Hari ini 5 01 pmKumpulan daripada kem Dr Mahathir Mohamad berkata akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim Senator Marzuki Yahya berkata kem mereka akan meletakkan calon menentang Perikatan Nasional Katanya seorang ahli...
Prk Dun Slim Bersatu Mahathir Vs Umno Pas Bersatu Muhyiddin

Prk Dun Slim Bersatu Mahathir Vs Umno Pas Bersatu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 503 hits
Kumpulan daripada kem Dr Mahathir Mohamad berkata akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim Senator Marzuki Yahya berkata kem mereka akan meletakkan calon menentang Perikatan Nasional Ahli Majlis Presiden PH pula memberitahu bahawa ...
Prk Slim Pn Perak Pastikan Tiada Pertembungan

Prk Slim Pn Perak Pastikan Tiada Pertembungan

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 341 hits
IPOH Perikatan Nasional Perak akan memastikan tiada isu pertindihan calon dalam Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Slim pada Ogos akan datang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu be...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Firdaus Cerita Gunting Rambut

Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap