Ph Sedia Kerjasama Tidak Letak Syarat Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang



ROMPIN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan BN memilih Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri kerana blok politik itu sedia bekerjasama tanpa meletakkan sebarang syarat supaya kerajaan negeri ditubuhkan segera demi kestabilan rakyat
Beliau berkata, Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor menghubunginya selepas keputusan muktamad Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tergantung selepas tiada blok politik memperoleh majoriti mudah, yang berlaku buat pertama kali di negeri ini.
Selain PH, Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, turut dihubungi oleh Perikatan Nasional (PN) untuk berbincang mengenai pembentukan kerajaan negeri, namun PN yang diwakili Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan beberapa syarat bagi tujuan itu.
Antara syarat itu adalah Wan Rosdy diberi jawatan menteri penuh bertaraf Senator, manakala jawatan Menteri Besar dan Yang Dipertua DUN diberi kepada PN, sementara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dibahagi secara sama rata dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan juga diberikan kepada PN.
Bagaimanapun, Wan Rosdy berkata PN kemudiannya menawarkan jawatan Menteri Besar kepada BN selepas dimaklumkan PH tidak meletakkan sebarang syarat dalam pembentukan kerajaan negeri.
"Saya kira-kira dan lihat ini bukan hendak berbincang tetapi sudah ditetap dan ditentukan... kalau saya setuju dengan permintaan mereka. Di DUN Pahang ada 42 kerusi, kalau saya setuju mereka akan ada 22 undi di DUN yang boleh menyebabkan saya tersingkir pada bila-bila masa.
Jadi (jika ia berlaku) apa akan berlaku pada kerajaan negeri? Kita hendak tubuhkan kerajaan negeri kerana nak teruskan agenda untuk bekerja, teruskan kestabilan dan kemakmuran. Banyak agenda hendak dilakukan, bukan untuk politiking," katanya semasa berucap pada Ceramah Umum PRU15 DUN Tioman dan Pasar Besar Rompin di sini pada Rabu.
Buat kali pertama di Pahang, BN dan PH berkongsi pentas pada ceramah pilihan raya apabila turut sama pada program itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Amirudin.
"Keputusan untuk bersama PH bukan keputusan saya seorang. Saya bawa dalam perbincangan dengan rakan-rakan ADUN, dalam Badan Perhubungan UMNO... saya ceritakan apa yang berlaku dan kami ADUN dan BN Pahang sebulat suara bersetuju nak bersama dengan PH," katanya.
Sementara itu, Mohamad dalam ceramahnya mengingatkan semua pengundi DUN Tioman untuk mengundi calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain selepas PH mengambil ketetapan supaya calon mereka Mohd Fadzli Mohd Ramly memberi laluan kepada calon tersebut, mengambil kira perkembangan di Pahang dan Persekutuan yang menyaksikan kerjasama antara BN dan PH.
Beliau juga mengakui pada awal kerjasama itu, ditanya oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimana beliau akan berceramah dengan UMNO selepas 44 tahun 'menghentam' mereka.
"Saya pun tidak tahu bagaimana nak bermula. Kita dalam politik boleh berubah kawan dan rakan, tetapi tidak akan mengubah matlamat dan dasar yang kita pegang. Kita akan ambil kritikan pembangkang, teguran rakyat untuk membina negara yang lebih baik dengan menjunjung Perlembagaan yang ada," katanya.
Mengulas mengenai keputusan untuk memberi laluan kepada calon BN bagi pilihan raya itu, Mohamad berkata pihaknya tidak menerima sebarang tentangan daripada pimpinan negeri berhubung keputusan itu.
"Setakat ini tiada (tentangan), rungutan itu perkara biasa Insya-ALLAH kita boleh uruskan ini keputusan parti bila keputusan dibuat semua kena patuh kalau ada yang tak berpuas hati saya ingat itu sementara," katanya.
Ketika ditanya mengenai jika kerjasama sedemikian akan diteruskan di peringkat Pilihan Raya Negeri (PRN) beberapa negeri akan datang, Mohamad berkata ia akan diputuskan berdasarkan perkembangan semasa.
PRU5 DUN Tioman akan diadakan pada 7 Disember ini, setelah ditangguhkan ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lepas, dipercayai akibat serangan jantung.
Pilihan raya itu akan menyaksikan saingan lima penjuru antara Mohd Johari, Mohd Fadzli, Nor Idayu Hashim (PN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas). #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/12/wan-rosdy-pakatan-harapan-ph-sedia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbincangan Bentuk Kerajaan Negeri Pahang Babitkan Ph Bn Dilihat Positif

Perbincangan Bentuk Kerajaan Negeri Pahang Babitkan Ph Bn Dilihat Positif

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 182 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Perbincangan bagi membentuk kerajaan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Pahang kini menunjukkan tanda positif kata Setiausaha PH Pahang Rizal Jamin Dalam satu kenyataan hari ini Rizal berkata Pengeru...
Pasca Pru15 Ph Sokong Bn Bentuk Kerajaan Negeri Pahang

Pasca Pru15 Ph Sokong Bn Bentuk Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 249 hits
Pakatan Harapan Pahang sebulat suara bersetuju memberi sokongan secara rasmi kepada Barisan Nasional dalam membentuk kerajaan negeri SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http
Pasca Pru15 Rakyat Resah Mahu Kerajaan Negeri Pahang Dibentuk Segera

Pasca Pru15 Rakyat Resah Mahu Kerajaan Negeri Pahang Dibentuk Segera

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 222 hits
Dewan Undangan Negeri Pahang masih dalam keadaan tergantung ketika ini selepas tiada gabungan parti politik berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Ketika rundingan masih dijalankan rata rata pengundi dan rakyat Pahang
Bn Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri Lapan Adun Ph Sokong

Bn Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri Lapan Adun Ph Sokong

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 230 hits
KUANTAN Barisan Nasional Pahang hampir pasti mengekalkan kerajaan negeri apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan menyatakan sokongan untuk menubuhkan kerajaan negeri Menurut sumber DAP perkara itu sudah diputuskan pimpinan ...
Pn Bn Masih Bincang Bentuk Kerajaan Negeri Pahang

Pn Bn Masih Bincang Bentuk Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 174 hits
agendaily com22 11 2022Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU 15 lalu Adakah UMNO Pahang akan menggadai prinsip perjuangan parti itu sebagaimana dilakukan UMNO Perak yang tunduk dan duduk di baw...
Tuan Ibrahim Wan Rosdy Mula Bincang Pembentukan Kerajaan Negeri Pahang

Tuan Ibrahim Wan Rosdy Mula Bincang Pembentukan Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 389 hits
KUANTAN Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung pembentukan Kerajaan Negeri Pahang Perkara itu disahkan oleh Pengerusi...
Ph Secara Rasmi Umumkan Quot Sokong Quot Bn Untuk Tubuhkan Kerajaan Negeri Pahang

Ph Secara Rasmi Umumkan Quot Sokong Quot Bn Untuk Tubuhkan Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 194 hits
nbsp KUANTAN Pakatan Harapan Pahang secara rasmi mengumumkan menyokong Barisan Nasional untuk menubuh Kerajaan Negeri Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan media petang ini memaklumkan keputusan itu dicapai hasil ...
Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama Ph Demi Kestabilan Politik Selari Pusat

Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama Ph Demi Kestabilan Politik Selari Pusat

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 176 hits
PEKAN Barisan Nasional Pahang mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan kerana gabungan itu dilihat berupaya membawa kestabilan selain mencerminkan kemajmukan yang menjadi kekuatan negeri berkenaan Menyifa...
Rafizi Hanya Kerjasama Ph Gps Dapat Bentuk Kerajaan Stabil

Rafizi Hanya Kerjasama Ph Gps Dapat Bentuk Kerajaan Stabil

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 252 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli tidak menjangkakan mana mana gabungan akan mendapat mandat yang jelas untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15 Bagaimanapun beliau menjangkakan Pakatan Harapan da...
Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat

Anda Siapa Chatgpt

Lexus Paints The Curtain For A Technological Shift With Its 2026 Es Model

Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

Tiga Jenis Daun Ketum

Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Jjcm Cendol Retro Batu Kikir Matahari Heights Senawang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

Perlekeh Pengajian Bidang Seni Nadia Brian Desak Dma Islam Mohon Maaf

No Reflection On Anwar If Nurul Izzah Loses Bid For Pkr No 2 Says Saifuddin