Ph Sedia Kerjasama Pelbagai Parti Asal Ikut Prinsip Perjuangan



Pakatan Harapan (PH) akan mengambil sikap terbuka yang merangkumi pelbagai paksi dalam soal kerjasama berbilang parti yang cuba dirintis bagi menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim melunakkan pendiriannya biarpun sebelum ini kelihatan menentang sebarang kerjasama terutama melibatkan Tun Mahathir.
Dalam sidang medianya petang tadi beliau menegaskan gabungan itu bertanggungjawab untuk menguatkan pembangkang sama ada berlaku proses mengambilalihan kerajaan secara bilangan majoriti mahu pun menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 secara mengejut.
“Sekarang kita dalam PH, ketiga-tiga parti komited. Sekretariat bermesyuarat minggu lalu, kita mesyuarat minggu depan. Jentera pilihan raya, jentera penerangan itu berterusan dan ada juga cadangan mengudang pembangkang lain. Hal itu tidak ada masalah tetapi kita akan jelaskan apa prinsip yang kita perjuangkan dan saya percaya sebahagian besar dari mereka (parti lain) terima.
“Tanggungjawab kita untuk perkuatkan pembangkang dan juga mengajak rakan-rakan yang sebahagiannya dalam Perikatan Nasional (PN) berdasarkan prinsip (perjuangan), soal setuju atau tidak itu hak mereka.
“Kita tidak boleh memaksa tetapi kita mengambil sikap terbuka, kita mahu kekuatan pembangkang sekarang atau kerajaan akan datang yang lebih mantap,” katanya dalam sidang media seusai program “Sepetang 2021 Bersama DS Anwar Ibrahim” anjuran Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, petang tadi.
Menjawab soalan wartawan mengenai beberapa kenyataan yang dilemparkan oleh pemimpin Pejuang termasuk Pengerusinya Tun Mahathir Mohamad yang mengeruhkan hubungan parti itu dan PH, Datuk Seri Anwar menjawab, kerjasama yang akan dibentuk adalah dengan parti bukannya individu pemimpin.
Katanya, sesiapa yang menerima dasar perjuangan PH boleh bersama gabungan berkenaan.
“Banyak kenyataan itu dari pemimpin Pejuang, Tun Mahathir kita kenal lama, tak apa lah. Biar sajalah. Tetapi yang penting bagi KEADILAN dan PH kita ambil sikap terbuka, sesiapa sahaja atau mana-mana parti yang terima dasar tatakelola baik, tolak korupsi, kronisme, salah guna kuasa untuk memperkaya kelompok dan keluarga, kalau terima ini semua kita rangkul
“Saya setuju bukan dengan orang atau dengan parti tetapi prinsipnya. Bukan prinsip saya ini, ini prinsip yang diterima pakai menjadi landasan Pakatan Rakyat sebelumnya dan PH kini,” katanya.
Menurut Presiden KEADILAN itu lagi, ada baiknya PH merangkul kekuatan yang lebih besar tetapi berdasarkan prinsip perjuangan. Katanya, politik negara ini tidak boleh lagi terbeban dengan pihak yang mengatakan Malaysia untuk Melayu, satu lagi tegas perangi rasuah, satu pihak lain berkata perlu bertolak ansur. Semuanya perlu disatukan dengan prinsip perjuangan yang tepat dan tegas.
Selain itu, gabungan pembangkang yang kuat, kata Anwar, amat penting apabila kerajaan PN dilihat semakin tidak stabil apabila sebilangan pemimin Umno hilang kepercayaan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan mengancam untuk meninggalkan kerajaan.
“(Untuk itu) kita bersedia untuk bekerjasama dengan semua kekuatan berasaskan prinsip dan nilai. Keadaan agak tidak menentu sekarang bila pemimpin Umno, termasuk Ahli Parlimen berkata mahu keluar dari PN atau tidak mahu lagi berkerja dengan Bersatu. Kerajaan bukan lagi rapuh (jika terjadi demikian) tetapi tumbang. Jadi kita mesti masukkan hal ini dalam pertimbangan,” katanya lagi.
Bagaimanapun, menurut Anwar lagi, PH tidak mengabaikan kemungkinan berlakunya PRU mengejut dan jenyera pilihan raya tetap dipersiapkan pada masa rundingan dengan pelbagai parti berlangsung.
“Kita buat kedua-duanya. Jentera pilihan raya dari KEADILAN, DAP dan Amanah telah mesyuarat dan mengatur strategi dan masa yang sama kita meneruskan usaha,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31140

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasca Covid Kerajaan Selangor Sedia Pelbagai Inisiatif Ekonomi

Pasca Covid Kerajaan Selangor Sedia Pelbagai Inisiatif Ekonomi

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 229 hits
Kerajaan Selangor pada 2021 akan meneruskan tradisi membela ekonomi rakyat dengan memperkenalkan lebih banyak kemudahan kemudahan ekonomi digital bagi memudahkan penduduk negeri itu memperbaiki taraf kehidupan sepanjang tempoh pasca Covid 1...
Anwar Sedia Kerjasama Semua Pihak Kongsi Agenda Sama

Anwar Sedia Kerjasama Semua Pihak Kongsi Agenda Sama

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 364 hits
Anwar PH sedia kerjasama semua pihak kongsi agenda sama Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja baik daripada pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan dengan syarat pihak berkenaan menerima prinsi...
Zahid Khianati Parti Jalin Kerjasama Anwar Dap

Zahid Khianati Parti Jalin Kerjasama Anwar Dap

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 374 hits
On Jan 8 2021 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengkhianati parti apabila membuat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggerakkan jajaran politik baharu melibatkan kerjasama UMNO PKR dan DAP Timbal...
Ph Perlu Teroka Kerjasama Berbilang Parti

Ph Perlu Teroka Kerjasama Berbilang Parti

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 262 hits
Perkembangan politik terbaharu yang memperlihatkan Pakatan Harapan di Perak dan Johor boleh bekerjasama meluluskan Belanjawan 2021 di kedua dua negeri berkenaan memungkinkan satu konsep kerjasama berbilang parti pada masa hadapan Ahli Parli...
Ph Terbuka Bekerjasama Dengan Parti Lain Tapi Harus Patuh Pada Prinsip Gabungan

Ph Terbuka Bekerjasama Dengan Parti Lain Tapi Harus Patuh Pada Prinsip Gabungan

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 274 hits
143 total views 143 views today SHAH ALAM Pakatan Harapan terbuka untuk bekerjasama dengan mana mana ahli politik termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad asalkan patuh kepada prinsip gabungan parti itu Pengerusi PH Datuk Seri...
Ph Sedia Kerjasama Semula Dengan Dr M Tapi Jangan Bawa Kebobrokan Lama Kata Anwar

Ph Sedia Kerjasama Semula Dengan Dr M Tapi Jangan Bawa Kebobrokan Lama Kata Anwar

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 237 hits
SHAH ALAM Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata sebarang kerjasama semula antara Pakatan Harapan dan Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dibelenggui agenda peribadi atau kebobrokan lama Itu saya serah pada PH siapapun boleh diundang tapi perl...
Hukum Ucapan Hari Natal Ikut Parti Politik

Hukum Ucapan Hari Natal Ikut Parti Politik

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 297 hits
Dr Abu Hafiz Salleh Hudin Hukum menyambut membuat ritual atau mengadakan apa apa lambang perhiasan yang difahami sebagai menyambut Krismas yang merupakan satu sambutan keagamaan oleh penganut agama Kristian atas kelahiran Jesus yang diangga...
Umno Patut Terbuka Jalin Kerjasama Dengan Sesiapa Asalkan Perjuangan Tak Tersasar Kata Puad

Umno Patut Terbuka Jalin Kerjasama Dengan Sesiapa Asalkan Perjuangan Tak Tersasar Kata Puad

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 236 hits
freemalaysiatoday com December 30 2020 9 00 AMPuad Zarkashi PETALING JAYA UMNO harus terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa asalkan tidak tersasar daripada perjuangan mempertahankan Perlembagaan Negara dan kontrak sosial kata Ahli Majlis ...
Umno Perlu Tolak Kerjasama Dengan Parti Perkauman Biadab

Umno Perlu Tolak Kerjasama Dengan Parti Perkauman Biadab

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 260 hits
Keputusan ada pada parti Melayu Islam bukan parti lemah seperti MCABANGI Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia menggesa parti politik Melayu Islam termasuk UMNO untuk mengutamakan kesatuan dan kuasa wewenang umat Islam Menegaskan perkara itu Seti...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti