Ph Sajakah Perlu Minta Maaf Umno Tak Nak Minta Maaf Juga Ke




1 October 2024


Kalau mahu dibuat persamaan, UMNO sekarang ini tak ubah seperti lelaki yang mudah terangsang dan mudah pula klimaksnya.


Baru menang dua PRK – Nenggiri dan Mahkota – sudah bertebaran kenyataan mengatakan sokongan orang Melayu telah kembali semula kepada parti itu.


Lantaran seronok dengan andaian itu, seorang pemimpin UMNO Johor iaitu Timbalan Speaker Dewan Negara, Nur Jazlan Mohamad, belum pun sempat  lagi Adun Mahkota yang baru, Syed Hussein Syed Abdullah mengadakan kenduri kesyukuran atas kemenangannya, lantas mahu PH meminta maaf kepada parti itu.


Katanya, dengan kembalinya sokongan orang Melayu kepada UMNO kini, PH tiada pilihan lain selain perlu bergantung kepada sokongan parti itu untuk memastikannya kekal sebagai kerajaan.


Sehubungan itu, sarannya, PH harus meminta maaf secara terbuka kepada UMNO atas serangan selama berdekad lamanya kepada parti itu yang kini diketuai Ahmad Zahid Hamidi.


“PH kena sedar dan mungkin kena minta maaf kepada UMNO atas segala tohmahan, tuduhan dan persepsi yang telah mereka cipta sejak berpuluh tahun lalu hingga menyebabkan UMNO dipandang kotor oleh pengundi.


“Hari ini, suka atau tidak, PH amat memerlukan UMNO.


“Tanpa undi Melayu yang dibawa UMNO, PH boleh lupakan harapan untuk kekal berkuasa,” katanya lagi.


Kepada Nur Jazlan, pandang kiri kanan dululah sebelum mahu berkata-kata.


Apakah PH saja yang memerlukan UMNO dan UMNO langsung tidak memerlukan PH?


Apa nasib UMNO hari ini kalau selepas PRU15 lalu, sebagaimana dicadangkan oleh Agong ketika itu, PN sedia bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan?


Selain itu, apakah PH saja yang perlu meminta maaf kepada UMNO dan UMNO tidak perlu meminta maaf kepada PH?


Lupakah Nur Jazlan bahawa UMNO selama puluhan tahun juga lebih teruk mengecam dan menyerang PH, termasuk isu-isu peribadi Anwar Ibrahim ketika BN berkuasa sebelum ini?


Tak nak minta maaf juga ke?


Dalam pada itu, sebagai makluman Nur Jazlan, untuk mengatakan sokongan Melayu telah kembali kepada UMNO hanya semata-mata parti itu baru menang di Nenggiri dan Mahkota, ia masih jauh daripada realiti yang sebenar.


Baru dengar berita Fazura nak bercerai, ia belum membolehkan sesiapa pun untuk pergi ke kedai emas membeli cincin untuk meminang.


Untuk membuktikan sama ada UMNO benar-benar telah diterima semula oleh orang Melayu atau tidak, perlu ada beberapa PRK lagi sebagai ujian penentunya.


Kalah dah menang, misalnya enam atau tujuh PRK, barulah selepas itu boleh mendabik dada mengatakan sokongan orang Melayu telah kembali.


Tetapi, itu pun tidak semestinya tepat seratus-peratus juga sebab sebelum PRU14 dahulu, walaupun UMNO menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tetapi UMNO tetap hilang kuasa akhirnya.


Hakikatnya, banyak faktor perlu diambil kira dan dianalisa sebelum UMNO mahu mendabik dada mengatakan mereka kini telah berjaya mendakap kembali sokongan Melayu.


Jangan stim awal sangat, nanti klimaks pun cepat juga.


Namun, jika terbukti akhirnya sokongan Melayu benar-benar telah kembali kepada UMNO sebelum PRU16 nanti dan parti itu berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR, atas nama kepentingan Melayu, ia dengan sendirinya akan membuka jalan untuk Zahid Hamidi menuntut kerusi Perdana Menteri.pula.


Ertinya, PKR dan Anwar kena hati-hati juga. – ShahbudinHusin 01Oktober2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/10/01/janganlah-umno-cepat-klimaks.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/ph-sajakah-perlu-minta-maaf-umno-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Nak Melingkup Pun Itu Urusan Umno Mahathir Tidak Perlu Menyibuk

Umno Nak Melingkup Pun Itu Urusan Umno Mahathir Tidak Perlu Menyibuk

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 241 hits
Oleh Adam Malik Muhyiddin dan Bersatu gagal tapi Mahathir pura pura persoal perjuangan UMNO Itu lah Mahathir Mungkin akIbat malu parti BERSATU yang ditubuhkan untuk menggantikan UMNO telah gagal dan kini bergelar parti penyamun wang rakyat ...
Umno Tak Layak Dapat Permohonan Maaf Patut Syukur Dapat Talian Hayat

Umno Tak Layak Dapat Permohonan Maaf Patut Syukur Dapat Talian Hayat

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 185 hits
malaysiakini comSelepas disingkirkan daripada tampuk kuasa pada pilihan raya umum 2018 Umno mengalami prestasi terburuk dalam pilihan raya negara empat tahun kemudian tetapi masih berjaya kembali ke dalam pentadbiran selepas menjalin kerjas...
Isu Kes Lendir Nak Bising Semula

Isu Kes Lendir Nak Bising Semula

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 192 hits
MMMS Sebab kecoh balik bab banduan terhormat ini saya kongsikan semula post lama saya tentang kes jijik dan hina ini Benda ini kalau nak buka balik tubuh suruhanjaya di Raja boleh sahaja tapi akan ada implikasi besar sebab mana mana kes yan...
Hiburan Kucing Terlalu Aktif Sampai Nak Terbang Ketahui Apa Yang Membuatkan Si Comel Gembira

Hiburan Kucing Terlalu Aktif Sampai Nak Terbang Ketahui Apa Yang Membuatkan Si Comel Gembira

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 262 hits
Siapa yang bela kucing tu kami yakin mesti anda pernah berada dalam situasi di mana si comel anda dah sampai tahap tak terkawal betul tak Macam yang anda tahu kucing ni kan selalu sangat buat perkara perkara yang random Kadang kadang berlar...
Saya Nak Teruja Dengan Apple Intelligence Tapi Ini Buat Susah

Saya Nak Teruja Dengan Apple Intelligence Tapi Ini Buat Susah

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 400 hits
Kalau korang pernah tengok iklan untuk iPhone 16 tahun ni korang mesti perasan yang Apple Intelligence jadi tumpuan utama dalam sesi promosi Nampaknya Apple terlambat sikit dalam mengikuti perkembangan AI yang makin popular dan Apple Intell...
Dua Anak Merubah Hidup Harris Alif Jadi Lebih Matang Nak Nampak Anak Membesar Depan Mata

Dua Anak Merubah Hidup Harris Alif Jadi Lebih Matang Nak Nampak Anak Membesar Depan Mata

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 431 hits
Baru berusia 25 tahun bukan halangan untuk selebriti yang juga suami kepada Intan Ladyana ini untuk menjadi suami dan ayah yang terbaik Bahkan bapa kepada dua anak Evie Khadeeja dan Harris Umayr yang turut terpilih sebagai seorang penerima ...
3 Jenis Sunscreen Nak Pilih Yang Mana

3 Jenis Sunscreen Nak Pilih Yang Mana

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 429 hits
Ramai yang tak tahu kepentingan sunscreen dalam basic skincare Kalau tak pakai skincare semua produk yang korang pakai dekat muka membazir Fungsi sunscreen adalah bertindak sebagai lapisan yang melindungi kulit korang daripada sinaran matah...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai

Hujan Demi Lencana Di Dada Chord

Jojo Ends Skid With Brutal Two Minute Tko In Bangkok

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin