Buang Ego Baru Boleh Menang Pru15



PETALING JAYA: Blok pembangkang yang mahu mewujudkan khemah besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak akan mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) selagi kepemimpinannya bersikap ego dan mempunyai agenda kepentingan sendiri.
Tanpa keikhlasan, pembangkang tidak akan dapat mengulangi pilihan raya lalu yang menyaksikan BN tewas buat pertama kali di peringkat Persekutuan selepas beberapa dekad.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, cara terbaik ketika ini ialah semua parti pembangkang memikirkan strategi paling ampuh menghalang BN terutama UMNO kekal menjadi kerajaan.
Bekas Ahli Parlimen Batu itu berkata, ahli politik bertanggungjawab adalah mereka yang tidak meletakkan ego sebagai keutamaan, sebaliknya meletakkan kepentingan rakyat dan kejujuran sepanjang berkhidmat untuk rakyat negara ini.
“Saya tidak mahu katakan siapa akan sertai siapa (termasuk parti Bersatu) dalam khemah besar ini, yang penting semua parti carilah jalan terbaik untuk bekerjasama. Dengan syarat, ikhlas dari hati bekerjasama, hanya cara ini pembangkang dapat halang BN-UMNO kembali berkuasa.
“Maksudnya, dari segi pembahagian kerusi yang adil harus dibincang bersama sehingga kata putus dicapai semua pihak. Kita mencari titik persamaan, bukannya ke arah memecah-belahkan pembangkang.
“Sebut tentang khemah besar, tidak semestinya kita di bawah satu pakatan. Ada banyak cara kita boleh guna seperti rundingan kerusi untuk mengurangkan pertindihan, siapa sesuai menjadi calon Perdana Menteri malah pengerusi kepada sesuatu barisan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa kepimpinan PH agar tidak terus menutup ruang perbincangan dengan parti pembangkang, termasuk Bersatu dan Pas di blok kerajaan.
Bagaimanapun, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menegaskan tidak akan menyertai ‘khemah besar’ yang dicadangkan manakala Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, partinya belum membuat keputusan berhubung idea itu dan perlu dibincangkan dalam MPT Bersatu.
Utusan Malaysia menghubungi parti pembangkang lain termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan (Warisan). Bagaimanapun, tiada maklum balas mengenai ‘khemah besar’ yang disebutkan.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong berkata, paling penting ialah semua parti pembangkang perlu mewujudkan satu peraturan demokratik yang diterima secara bersama bagi menentang gabungan itu terutama ‘kluster mahkamah’.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling itu berkata, parti-parti pembangkang patut berbincang bagaimana cara menggunakan masa yang ada sekarang untuk menetapkan peraturan-peraturan bagi membolehkan penubuhan kerajaan yang baharu dapat dilakukan melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil.
“Bukan sahaja parti politik perlu bincang hal ini, semua rakyat Malaysia yang menentang golongan kleptokrat perlu bercakap hal yang sama, bagi memastikan satu agenda bersama untuk mengukuhkan demokrasi Malaysia.
“Ini bermaksud tatacara demokratik ini akan dipegang dengan penuh kejujuran oleh semua pihak, tanpa mengira sebarang perubahan politik. Usaha ini jauh lebih baik daripada kita berebut kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya,” katanya.
Senada dengan Chin Tong, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming berkata, ‘khemah besar’ wajib dibina berdasarkan visi dan misi yang sama untuk mencetus harapan baharu membina kerajaan baharu yang berintegriti, bersih, berwibawa selain tidak lagi bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai rekod pengkhianatan.
“Lebih baik PH fokus kepada usaha membawa suara rakyat, kembali pada agenda reformasi, peluang pekerjaan dan membangunkan ekonomi negara, belajar daripada kesilapan dan membina kekuatan dari dalam,” katanya. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM Gempa bumi landa Kundasang Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda Bapa cekik rakan sekelas anak Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut Jiran gila lempar 7 bom tangan Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

The post Buang ego, baru boleh menang PRU15 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/28/buang-ego-baru-boleh-menang-pru15/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 144 hits
April 17 2022 Saifuddin Nasution berkata menanamkan suasana keyakinan dan kemenangan kepada pengundi adalah strategi yang tepat PETALING JAYA Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggesa parti itu merampas kuasa pada pilihan raya...
Hiburan Rm10 Je Tng Perkenal Kad Baru Kini Boleh Reload Menerusi Aplikasi E Wallet

Hiburan Rm10 Je Tng Perkenal Kad Baru Kini Boleh Reload Menerusi Aplikasi E Wallet

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 177 hits
Jika sebelum ini pengguna kad Touch n Go tidak boleh menambah nilai kad masing masing menerusi aplikasi TnG e Wallet Pengguna juga perlu reload kad menerusi terminal yang disediakan seperti kedai serbaneka dan juga stesen minyak Advertiseme...
Tak Perlu Susah Beratur Boleh Tukar Duit Raya Baru Wangi Di Mesin Atm Saja

Tak Perlu Susah Beratur Boleh Tukar Duit Raya Baru Wangi Di Mesin Atm Saja

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 209 hits
Menjelang hari raya yang tinggal lagi 12 hari ada diantara kita sudah pastinya menyimpan sejumlah wang untuk ditukarkan sebagai duit raya Jika dahulu duit raya perlu ditukarkan lebih awal tapi kini tidak perlu berbuat demikian kerana di mes...
Simple Tapi Sedap Puding Roti Karamel Ikut Resipi Ini Yang Baru Belajar Masak Boleh Cuba

Simple Tapi Sedap Puding Roti Karamel Ikut Resipi Ini Yang Baru Belajar Masak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 220 hits
Mungkin ada yang baru sahaja berjinak jinak dalam dunia masakan Bagi anda yang masih tercari cari menu mudah untuk dicuba bolehlah masak Puding Roti Karamel seperti yang dikongsikan oleh ini Untuk permulaan masak dulu resipi yang mudah muda...
Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj

Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 195 hits
Kumpulan Touch n Go kini memperkenalkan kad baharu yang ditambah baik di mana pengguna boleh menambah nilai pada bila bila masa dari aplikasi Touch n Go eWallet Malah tiada surcaj dikenakan untuk tambah nilai Kad baharu ini juga dilengkapi ...
Kulit Bawang Merah Jangan Terus Buang Boleh Buat Lobak Merah Tahan Lama

Kulit Bawang Merah Jangan Terus Buang Boleh Buat Lobak Merah Tahan Lama

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 158 hits
Tidak hanya bawang yang begitu banyak kebaikan kulit bawang merah itu sendiri rupanya begitu banyak fungsi lain dalam kegunaan harian kita Nak tahu apa kulit bawang boleh menbantu kita Salah satunya adalah membuatkan lobak merah tahan lebih...
Lupakan Khemah Besar Manfaatkan Kelebihan Rafizi Untuk Menang Pru15

Lupakan Khemah Besar Manfaatkan Kelebihan Rafizi Untuk Menang Pru15

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 138 hits
Secara prinsipnya tujuan khemah besar ialah supaya blok pembangkang dapat bertanding satu lawan satu menentang BN dalam PRU15 akan datang Berdasarkan keputusan PRN Melaka dan Johor pertandingan tiga penjuru BN PH dan PN hanya akan menguntun...
Resipi Rempeyek Kacang Tanah Sedap Boleh Buat Untuk Kudapan Raya

Resipi Rempeyek Kacang Tanah Sedap Boleh Buat Untuk Kudapan Raya

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 224 hits
Bila Syawal makin mejelang pasti ramai yang sudah sibuk menyediakan pelbagai kudapan untuk tetamu di hari raya nanti Salah satu kudapan yang menjadi pilihan ramai adalah Rempeyek Kacang Tanah Mudah sahaja cara pembuatannya Saudari Wan Husni...
Pesakit Boleh Terima Pelawat Ditemani Penjaga Mulai 23 April

Pesakit Boleh Terima Pelawat Ditemani Penjaga Mulai 23 April

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 144 hits
Pesakit boleh terima pelawat ditemani penjaga mulai 23 April Kementerian Kesihatan membenarkan pesakit di wad fasilitinya ditemani penjaga dan menerima pelawat mulai 23 April ini KKM memaklumkan pelaksanaan polisi penjaga dan pelawat di hos...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia