Ph Patut Tumpu Pru 15 Bukan Ambil Alih Kerajaan Sekarang


Beberapa penganalisis politik berpendapat bahawa Pakatan Harapan (PH) seharusnya menumpukan untuk mempersiapkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang dan bukan berusaha untuk mengambil alih kerajaan.


Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Jeniri Amir berpendapat tindakan tersebut wajar demi kestabilan negara ketika berhadapan dengan ancaman kegawatan ekonomi serta Covid-19.


“Saya fikir demi kestabilan politik semasa ketika kita berdepan dengan ancaman Covid-19, tak perlulah diganggu Perikatan Nasional (PN). Tumpuan harus diberikan pada PRU-15 dan mereka juga harus menghormati nasihat Yang di-Pertuan Agong.


“Kalau tak diambil peduli nasihat Agong, ini gambarkan PH betul-betul obses dan gila kuasa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Tambahnya, dalam tempoh sebelum menghadapi PRU, PH perlu memperbaiki beberapa isu dalaman parti.


“PH harus mantapkan kerjasama anggota dalam parti sekarang dan harus dinyatakan secara jelas siapa hendak jadi PM (perdana menteri) nanti, jangan serabut-serabut macam dulu,” katanya lagi.
Kukuhkan perpaduan dalam kalangan parti komponen



Senada dengan Jeniri, bekas pensyarah pusat pengajian sains dan kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Atory Hussain juga menyorot cadangan supaya PH fokus untuk merampas kembali kerajaan pada PRU kelak.


Katanya lagi, merujuk kepada pengalaman beberapa negara, kerajaan yang mempunyai majoriti tipis selalunya diawalkan tempoh pilihan raya tersebut.


“PH harus tunggu sahaja sehingga PRU kerana selalunya, mengikut pengalaman beberapa negara, kerajaan ada majoriti tipis ini, pilihan raya akan diawalkan.


“Baik tumpukan PRU, PH kena baiki manifesto dan kukuhkan perpaduan dalam kalangan PH itu sendiri,” katanya lagi.
Dr Ahmad Atory Hussain

Bagi Dr Atory, usul tidak percaya yang dikemukakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kepada penggantinya, Muhyiddin Yassin itu sukar diperjuangkan.


“Kalau terus terang, PH jika nak tumpukan usul tak percaya, bagi saya susah, boleh bincang Julai nanti (pada persidangan Dewan Rakyat) tapi hendak menang susah.


“Dia sebab ibaratnya, kalau polis dan tentera sudah pasang kawat berduri dekat kawasan Selayang, begitu juga Muhyiddin dah pasang kawat berduri dalam kerajaan. Kita tengok dengan keruntuhan beberapa kerajaan negeri PH sekarang. Ini boleh dikatakan strategi Muhyiddin,” katanya.



Perkara itu turut disokong seorang lagi penganalisis politik yang menggesa agar PH fokus pada PRU akan datang kerana pertukaran kerajaan secara kerap akan menonjolkan negara yang tidak stabil.


“Lebih baik (PH) fokus pada PRU -15 kerana kekerapan tukar kerajaan jelas tonjolkan negara Malaysia yang tak stabil buat serata dunia,” kata Dr Chandra Muzaffar.


Terdahulu Dr Mahathir dilaporkan menghantar satu usul khusus berkenaan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dan ia diterima oleh Speaker Mohamad Ariff Md Yusof.
Bagaimanapun ia tidak dapat dibawa ke sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu kerana sidang tersebut dipendekkan kepada satu agenda, iaitu titah diraja Yang di-Pertuan Agong atas dasar membendung penularan Covid-19- seterusnya menutup ruang bagi usul tersebut dibincangkan.



Bagaimanapun, berdasarkan susunan tempat duduk persidangan Dewan Rakyat, Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti tipis – sejumlah dua- anggota parlimen.

Peluang rebut kerajaan



Berkongsi pandangan berbeza, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata PH masih ada peluang untuk merebut kerajaan melalui usul undi tidak percaya.
Bagaimanapun, katanya, PH harus menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu.



“Kalau mereka hendak fokus pada usul undi tak percaya untuk rampas balik kerajaan boleh, tetapi harus mantapkan beberapa isu dalaman parti. Ini sebab kerajaan PN pun kita lihat masih tak pasti dengan ketiadaan dasar.


“Ini semua terpulang pada PH sekiranya ada keperluan untuk tukar kerajaan dan rasa dapat memulihkan ekonomi negara dalam keadaan krisis ketika ini,” katanya lagi.


Bagaimanapun, jelas Mohd Azizuddin, sekiranya PH masih lagi goyah diasak beberapa isu dalaman parti, lebih baik tunggu PRU kelak dan berusaha meraih sokongan rakyat terlebih dahulu.


Untuk rekod, kerajaan PH runtuh Februari lalu setelah Muhyiddin membuat keputusan untuk mengeluarkan Bersatu dalam pakatan tersebut dan membentuk gabungan bersama bekas ahli parlimen PKR yang diketuai bekas timbalannya Azmin Ali.
Bersatu kemudian menubuhkan kerajaan PN bersama BN, PAS dan beberapa parti lain.


MR :  Itu belum jamin boleh berjaya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/ph-patut-tumpu-pru-15-bukan-ambil-alih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sekarang Perlu Memimpin Dan Ambil Alih Kerajaan Dari Muhyiddin

Umno Sekarang Perlu Memimpin Dan Ambil Alih Kerajaan Dari Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 432 hits
ALANG ALANG BIARLAH NAIIB PM SEKALI LAGI Pendakwan terhadap DSN dijangka akan digugurkan tidak lama lagi Antaranya adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan Amerika kekurangan bahan bukti amat ketara pihak pendakwaan yang boleh digunakan unt...
Umno Akan Pertahan Kerajaan Pn Hingga Pru 15 Asyraf Wajdi

Umno Akan Pertahan Kerajaan Pn Hingga Pru 15 Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 539 hits
PARTI UMNO akan terus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional hingga Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu diambil bagi memastikan kerajaan yang berpaksikan Islam dan bumip...
Pakatan Harapan Tekad Ambil Alih Semula Kerajaan

Pakatan Harapan Tekad Ambil Alih Semula Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 394 hits
Kenyataan Media Pemimpin PH turut melahirkan kebimbangan terhadap tindakan meraih sokongan dalam kalangan Ahli Ahli Parlimen melalui pemberian jawatan dalam GLC serta duta duta bertaraf Menteri KUALA LUMPUR Pakatan Harapan menegaskan akan b...
Perikatan Nasional Sekarang Sudah Jadi Kerajaan Nikah Mutaah

Perikatan Nasional Sekarang Sudah Jadi Kerajaan Nikah Mutaah

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 385 hits
Perikatan Nasional Sekarang Sudah Jadi Kerajaan Pernikahan Mutaah Kenyataan UMNO yang terbaru dari UMNO yang menyatakan mereka tidak mengiktiraf Perikatan Nasional sama sekali adalah sangat sangat lucu Mengikut laporan Malaysiakini Secara u...
Umno Tak Perlu Malu Malu Untuk Memimpin Kerajaan Sekarang Dan Menabalkan Semula Najib Sebagai Pm

Umno Tak Perlu Malu Malu Untuk Memimpin Kerajaan Sekarang Dan Menabalkan Semula Najib Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 464 hits
Tun akan kemukakan usul undi tidak percaya kepada PM di Parlimen dan UMNO perlu sambut dengan mencadangkan Najib atau Zahid sebagai calon PM Gerakerja boleh dimulakan sekarang Muhyiddin akan berlari kepada Anwar jika ini berlaku dan ada leb...
Konspirasi Terbaru Dr Mahathir Dan Anwar Untuk Jatuhkan Kerajaan Sekarang

Konspirasi Terbaru Dr Mahathir Dan Anwar Untuk Jatuhkan Kerajaan Sekarang

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 823 hits
Dalam diam rupanya Dr Mahathir sudah atur langkah untuk kembali ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri kali ke 4 atau sebagai Perdana Menteri ke 9 Mula mula Dr Mahathir arahkan supaya anak kesayangan beliau Mukhriz aka Boboi untuk lakukan ser...
Fb Mmp Dan Mdr Dulunya Kemain Desak Kpm Beli Itu Ini Sekarang Diam Bila Kerajaan Melayu Isle Pegang

Fb Mmp Dan Mdr Dulunya Kemain Desak Kpm Beli Itu Ini Sekarang Diam Bila Kerajaan Melayu Isle Pegang

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 297 hits
Rusia Mulai Proses Produksi Sukhoi Su 35 untuk Indonesia By Rabu 20 Mei 2020 15 13 WIB Komsomolsk on Amur baru baru ini memulai produksi Heavy Fighter Sukhoi Segala dugaan pun muncul untuk siapa memproduksi Karena dalam daftar pemesan ada n...
Ooo Masa Langkah Sheraton Ok Sekarang Tunggu Pru 15

Ooo Masa Langkah Sheraton Ok Sekarang Tunggu Pru 15

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 276 hits
MALAYSIA DATELINE Bekas timbalan menteri menempelak sikap sesetengah penganalisis dan pemimpin politik yang meminta Pakatan Harapan bersabar sehingga pilihan raya ke 15 untuk merebut kembali kerajaan Mohamed Hanipa Maiden ma ntan Timbalan M...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon