Pakatan Harapan Tekad Ambil Alih Semula Kerajaan


Astro Awani, Kenyataan Media Pemimpin PH turut melahirkan kebimbangan terhadap tindakan meraih sokongan dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen melalui pemberian jawatan dalam GLC serta duta-duta bertaraf Menteri.

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menegaskan akan berusaha mengembalikan mandat rakyat dengan keutamaan mengambil alih semula kerajaan

Perkara tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat pimpinan utama PH bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan)

"Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menegaskan tekad dan meningkatkan usaha mengembalikan mandat rakyat dengan keutamaan mengambil alih semula kerajaan.

"Ini kerana mesyuarat bersependapat bahawa wujudnya masalah keabsahan (legitimacy) kerajaan yang berlaku akibat kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin menguji sokongan beliau di kalangan ahli-ahli Parlimen di parlimen pada esok hari," kata mereka dalam satu kenyataan yang diedarkan pada Ahad

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diadakan bagi membincangkan reaksi blok pembangkang terhadap persidangan Parlimen yang akan diadakan pada Isnin.

Kesemua pemimpin komponen PH turut melahirkan kebimbangan terhadap tindakan meraih sokongan dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen melalui pemberian jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta duta-duta bertaraf Menteri

"Ini adalah amalan yang tidak baik dan merosakkan perjalanan reformasi institusi yang telah dimulakan lebih 22 bulan yang lalu," kata mereka lagi.

Mesyuarat itu juga sepakat bahawa kes 1 Malaysia Develeopment  Berhd (1MDB) yang berkaitan Riza Aziz yang juga anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan, menjadi petanda atau isyarat bahawa beberapa kes besar lain yang melibatkan beberapa tokoh politik akan menggunakan jalan penyelesaian yang sama.

Kenyataan yang ditandatangani oleh semua pemimpin utama PH serta Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Shafie Apdal turut sepakat bahawa sokongan terhadap Perdana Menteri sedia ada harus diuji di Parlimen.

"Kami sebulat suara dan bersatu hati menegaskan bahawa Parlimenlah institusi demokrasi ulung negara yang perlu berfungsi dengan baik bagi memastikan proses semak dan imbang berjalan tanpa sekatan di mana sokongan buat seseorang Perdana Menteri perlu diuji dan disahkan serta tempat di mana Rang Undang-Undang dan masalah rakyat perlu dibincang, dibahas dan diputuskan.

"Kami juga tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengadakan sidang untuk hanya mendengar Titah Diraja serta menegaskan pendirian pembangkang bahawa Parlimen boleh dan mesti bersidang lebih dari apa yang diusahakan kerajaan sekarang demi menyegerakan penyelesaian masalah rakyat," tegas kenyataan itu lagi.

Selain itu, PH juga menegaskan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM260 bilion yang diumumkan Muhyiddin sehingga kini masih belum dibentang dan diluluskan Parlimen.

"Ahli-ahli Parlimen mesti diberi peluang untuk membahaskan pakej rangsangan ini bagi memastikan tiada ketirisan dalam penyampaian bantuan kepada rakyat," kata mereka




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/pakatan-harapan-tekad-ambil-alih-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 335 hits
Dalam Titah KDYMM Yang Di Pertuan Agong di Parlimen pagi tadi jelas menjelaskan punca kejatuhan kerajaan PH adalah apabila Tun Dr Mahathir mengambil keputusan MELETAK JAWATAN PERDANA MENTERI walaupun Baginda sendiri meminta agar Tun tidak b...
Apa Muslihat Pakatan Harapan Dan Ppbm Sedia Bergabung Semula

Apa Muslihat Pakatan Harapan Dan Ppbm Sedia Bergabung Semula

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 439 hits
Nafsu Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan untuk kembali menjadi kerajaan tidak pernah padam Anwar yang sudah berpuluh tahun kempunan mahu jadi Perdana Menteri tidak akan jemu jemu mengintai peluang dan ruang untuk menjadi Perdana Menteri Anwa...
Pakatan Harapan Tumbang Di Kedah Perikatan Nasional Dijangka Umum Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu

Pakatan Harapan Tumbang Di Kedah Perikatan Nasional Dijangka Umum Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 447 hits
Perikatan Nasional dijangka mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas memperolehi bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri mencukupi hari ini Sumber memaklumkan dua ADUN dari PKR iaitu ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Rob...
Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor

Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 541 hits
Baru baru ini heboh tentang siasatan SPRM mengenai kontrak RM 30 juta Kementerian Kesihatan Malaysia Perkara ini menjadi peluru kepada ahli ahli politik PH menyerang KKM yang sedang bertarung siang dan malam untuk membendung penularan COVID...
Kerajaan Pakatan Harapan Lebih Peka Harga Barangan

Kerajaan Pakatan Harapan Lebih Peka Harga Barangan

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 336 hits
Perbandingan ini jelas membuktikan Kerajaan PAKATAN HARAPAN peka dan prihatin serta mendengar keluhan rakyat yang terbeban lebih lebih ketika tiba musim perayaan yang memerlukan perbelanjaan yang banyak lapor Roketkini Justeru belum apa apa...
Najib Pakatan Harapan Will Not Benefit From No Confidence Motion Against Pm

Najib Pakatan Harapan Will Not Benefit From No Confidence Motion Against Pm

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 349 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan would not benefit from pushing a motion of no confidence in Parliament says former prime minister Datuk Seri Najib Razak If the motion of no confidence fails in Parliament then the backdoor government excuse ca...
Kit Siang Pakatan Harapan Tak Tumbang Jika Janji Anwar Pm Ke 8 Tidak Dimungkiri

Kit Siang Pakatan Harapan Tak Tumbang Jika Janji Anwar Pm Ke 8 Tidak Dimungkiri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 282 hits
SATU punca sahaja tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan Februari lalu kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad mengotakan janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kelapan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Jika janji yang berulang kali diluah...
Menjawab Fakta Game Over Pakatan Harapan Oleh Saudara Abdul Muein Abadi

Menjawab Fakta Game Over Pakatan Harapan Oleh Saudara Abdul Muein Abadi

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 290 hits
1 Dua hari lepas saya telah tulis satu posting mengenai Parlimen Dalam posting tu saya nyatakan yang saya kurang setuju undi tidak percaya kepada PM8 dibuat pada masa sekarang ketika negara dilanda krisis Apa yang dirisaukan kalau negara te...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo