Ph N Sembilan Tiada Masalah Kerjasama Dengan Bn Berdepan Prn


 
Aminuddin Harun berkata setakat ini belum ada sebarang pertemuan untuk membincangkan soal kerjasama PRN dengan Mohamad Hasan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Tidak ada masalah untuk Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk berdepan pilihan raya negeri (PRN) pada tahun ini, kata Pengerusinya, Aminuddin Harun.
Beliau yang juga menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, bagaimanapun setakat ini masih belum ada lagi sebarang pertemuan untuk membincangkan perkara itu dengan Pengerusi BN Negeri Sembilan Mohamad Hasan.
Jelasnya, soal kerjasama hanya akan diputuskan pucuk pimpinan parti masing-masing di peringkat PH, dan akan ditentukan oleh Majlis Presiden PH.
“Di peringkat negeri, kami tiada ada kuasa untuk menentukan hala tujunya, ia akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH. Nampak akan berbincang mengenai perkara tersebut dan saya berharap ia dimuktamadkan hujung bulan ini.

“Bagi saya tiada masalah untuk bekerjasama (dengan BN) jika itu arahan, kami akan ikut. Saya belum berjumpa dengan Tok Mat (Mohamad), ada berjumpa beliau secara tidak rasmi seperti di Parlimen dan majlis-majlis, tetapi (rundingan kerjasama) tidak boleh berjumpa tidak rasmi, mesti diputuskan di peringkat kepimpinan,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan mangsa banjir Pantai Timur.
Mengulas dakwaan berlaku kesukaran mengadakan rundingan antara dua gabungan itu, Aminuddin yang juga naib presiden PKR menyifatkannya sebagai pandangan sesetengah pihak sahaja.
“Itu pandangan mereka sahaja, mungkin pada zaman mereka, itu yang berlaku, kita tidak tahu. Tetapi dalam keadaan sekarang apa juga keputusan itu harus diraikan.
“Keputusan Majlis Presiden itu nanti adalah penting, jika tiada (kerjasama) kami juga akur, saya rasa penyokong di peringkat akar umbi juga akan terima, pastinya mereka akan ikut apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan. Itu di peringkat PH, di pihak BN saya tidak tahu,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, dipetik sebagai berkata, tidak timbul soal kesukaran dalam rundingan kerjasama politik antara gabungan PH dan BN bagi menghadapi PRN akan datang.
Tegasnya, parti-parti terlibat masih mempunyai tempoh yang panjang dan apabila tiba masa yang sesuai, sudah pasti keputusan berhubung perkara itu akan dimuktamadkan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/ph-n-sembilan-tiada-masalah-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 215 hits
agendaily com03 01 2023Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Sokongan orang Melayu berkemungkinan akan beralih daripada UMNO kepada Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri dalam beberapa bulan akan datang menurut Timba...
Hael Husaini Berdepan Masalah Kesihatan Terpaksa Batalkan Konsert

Hael Husaini Berdepan Masalah Kesihatan Terpaksa Batalkan Konsert

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 309 hits
Faktor kesihatan menjadi penyebab pembatalan Konsert Hael Husaini Live in KL yang sepatutnya berlangsung pada 19 Februari 2023 Syarikat pengurusan Hael iaitu Rocketfuel Entertainment memaklumkan mereka terpaksa mengambil keputusan itu walau...
Ph Bn Hadapi Tugas Getir Berdepan Prn Kata Penganalisis

Ph Bn Hadapi Tugas Getir Berdepan Prn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 167 hits
freemalaysiatoday com January 3 2023 10 30 AMPRN akan datang mengundang cabaran besar buat PH diterajui Anwar Ibrahim dan BN diketuai Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha mengekalkan kerajaan perpaduan PETALING JAYA Kerajaan perpaduan Anwar Ibrah...
Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 184 hits
Kerjasama antara gabungan politik di peringkat negeri adalah untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kata Jalaluddin Alias PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jalaluddin Alias berpenda...
Ph Yakin Mampu Menang Prn Selangor Negeri Sembilan P Pinang

Ph Yakin Mampu Menang Prn Selangor Negeri Sembilan P Pinang

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 190 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Pakatan Harapan yakin dapat terus mempertahankan Selangor Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dalam pilihan raya negeri tahun ini Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata peluang PH menawan ...
Tuduhan Menara Kl 3 Individu Berdepan Saman Annuar Musa

Tuduhan Menara Kl 3 Individu Berdepan Saman Annuar Musa

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 212 hits
Bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa akan mengambil tindakan undang undang terhadap tiga individu atas dakwaan memfitnahnya berhubung pengambilalihan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd yang menguruskan Menara Kuala Lumpur Bek...
Umno Dilihat Dingin Terhadap Pelawaan Pas Sambung Kerjasama

Umno Dilihat Dingin Terhadap Pelawaan Pas Sambung Kerjasama

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 148 hits
freemalaysiatoday com January 3 2023 8 30 AMPengundi Melayu hanya beralih daripada Umno kepada PAS pada PRU November lepas kerana Umno dibelenggu dakwaan rasuah menurut ahli akademik PETALING JAYA Dua ahli akademik ragu ragu tentang penerim...
Perubahan Kepimpinan Bn Mungkin Cetus Kerjasama Dengan Pn

Perubahan Kepimpinan Bn Mungkin Cetus Kerjasama Dengan Pn

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 196 hits
Tsubasa NairPETALING JAYA Gandingan antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mungkin berlaku sekiranya berlaku pertukaran kepimpinan dalam BN kata penganalisis James Chin daripada Universiti Tasmania berkata ini mungkin berlaku sekira...
The Secret Language Of Whistles How Shepherds Communicate Across Mountains

Green Parks Spacious Homes Weekend Thrills Laman Sendayan 2 Has It All

Heartwarming Video Goes Viral Celebrating The Contribution Of Foreign Workers

Capitalist System Not On Our Side Over 60 Groups Issue 51 Demands

Malaysia Harap Pbb Tenangkan Ketegangan Pakistan India

Pembantu Kedai Maut Ditikam Seorang Suspek Diberkas

Marble Dining Tables For Malaysian Homes Choosing The Right Marble Dining Table For Your House

Perbuatan Jenayah Hanya Kes Cubaan Samun Di Sebuah Rumah Di Semabok Melaka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Virus Hfmd Serang Sekolah Panik Attack Mode On

Kenangan Dari Perak Ke Johor

Cream O Pop Stick Buat Sendiri Goodies Comel Untuk Majlis Hari Jadi Anak

Lirik Lagu A Thousand Years Christina Perri

Nikki Palikat Malam Nestapa Chord

Bella Astillah Feat Ade Govinda Lebih Indah Berpisah Chord