Ph Mungkin Tolak Belanjawan 2022 Jika J Kom Dapat Peruntukan Besar


 
Nicholas Chung -October 14, 2021 Wong Chen berkata, peruntukan besar bagi J-Kom akan menjadi ‘penentu perjanjian’, sementara Charles Santiago tertanya-tanya apa kepentingan jabatan itu.PETALING JAYA: Pakatan Harapan mungkin akan menolak Belanjawan 2022 jika kerajaan memberikan peruntukan besar kepada J-Kom, jabatan komunikasi masyarakat yang menimbulkan kontroversi.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen daripada PKR, yang terlibat dalam rundingan dengan Putrajaya mengenai belanjawan, memberitahu FMT bahawa PH akan mempertimbangkan peruntukan besar bagi J-Kom sebagai “penentu perjanjian”.
Katanya, PH menganggap jabatan itu tidak perlu dan akan meminta agar ia dilupuskan dan pegawainya diserap ke jabatan-jabatan lain yang “lebih berguna”.
Sebagai alternatif, katanya, ia boleh dibenarkan terus beroperasi namun dengan belanjawan yang lebih rendah, kira-kira RM3 juta setahun.
Ini mungkin jumlah yang akan dibelanjakan jabatan berkenaan tahun ini, tambahnya.
“Sebaliknya, belanjawan diperluas bagi J-Kom untuk 2022, seperti tahun lepas, mungkin akan menjadi penentu perjanjian,” katanya.
“J-Kom ditubuhkan seolah-seolah sebagai jabatan propaganda. Sama ada ini baik atau buruk bergantung kepada kandungan propaganda yang disebarkannya.
“Jika ada pengawasan Parlimen yang baik dan mesejnya tidak berat sebelah dari segi politik, ia dapat memainkan peranan positif dalam memupuk keharmonian dan pembangunan negara.
“Namun ia mesti beroperasi dengan belanjawan yang lebih kecil dan munasabah berbanding 2021.”
Dalam Belanjawan 2021, jabatan itu pada mulanya diperuntukkan RM85.5 juta, tetapi jumlahnya dikurangkan menjadi RM40.5 juta setelah menerima protes daripada Ahli Parlimen pembangkang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad minggu lalu mendedahkan, jabatan itu hanya membelanjakan RM2.18 juta setakat 26 Ogos.
Dari jumlah ini, RM1.78 juta dibelanjakan untuk emolumen, elaun dan tuntutan perjalanan bagi 52 kakitangan tetap dan 35 ahli MySTEP.
MySTEP adalah program Kementerian Kewangan yang melatih dan menyediakan penempatan jangka pendek untuk graduan.
Mengulas mengenai perbelanjaan yang rendah itu, Wong berkata, ia menunjukkan betapa tidak pentingnya J-Kom.
Katanya, sebahagian besar baki dana mungkin telah dialihkan ke program-program untuk memerangi Covid-19.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mendesak Putrajaya mengkaji semula keperluan J-Kom wujud.
Pemimpin DAP itu berkata, lebih baik dana J-Kom dibelanjakan bagi kawasan-kawasan yang akan mencipta pekerjaan atau menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan.
Pada dasarnya, kata Santiago, J-Kom adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dijenamakan semula, iaitu jabatan yang terlibat mengumpul risikan dan menyalurkan maklumat.
Tambahnya, ada kementerian dan agensi lain yang melakukan tugas serupa.
“Kita ada polis, tentera laut dan perkhidmatan perisikan lain untuk mengumpulkan maklumat atau risikan,” katanya.
“Kita sudah ada Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mempunyai jabatan sendiri setara J-Kom, yang mencapai masyarakat, serta mengumpulkan maklumat dan maklum balas untuk sistem ini.
“Peranan semua agensi yang tidak menyumbang kepada proses pemulihan negara harus dikaji semula.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/ph-mungkin-tolak-belanjawan-2022-jika-j.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tuntut Belanjawan 2022 Bela Kaum Wanita

Ph Tuntut Belanjawan 2022 Bela Kaum Wanita

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 312 hits
Pakatan Harapan melalui memorandum kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan PH bertekad memperjuangkan Bajet Responsif Gender dalam Belanjawan 2022 Salah seorang anggota perunding PH Kementerian Kewangan Fuziah Salleh berkata BRG perlu dit...
Berjasa Serah Cadangan Belanjawan Berwibawa 2022 Ke Putrajaya

Berjasa Serah Cadangan Belanjawan Berwibawa 2022 Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 273 hits
3 perkara penting diusulkan untuk perhatian kerajaan Persekutuan BANGI Parti Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia menyerahkan memorandum cadangan Belanjawan Berwibawa 2022 ke Putrajaya petang tadi Delegasi yang diketuai Setiausaha Agung BERJ...
Tanpa Kejujuran Politik Ph Tak Sokong Belanjawan 2022

Tanpa Kejujuran Politik Ph Tak Sokong Belanjawan 2022

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 298 hits
Kejujuran politik amat perlu untuk menjayakan memorandum kerjasama yang ditandatangani oleh Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kejuju...
Ph May Reject Budget 2022 If J Kom Gets Huge Funding

Ph May Reject Budget 2022 If J Kom Gets Huge Funding

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 174 hits
Wong Chen says a big allocation for J Kom will be a deal breaker while Charles Santiago wonders whether there is a need for the department PETALING JAYA Pakatan Harapan is likely to reject Budget 2022 if the government gives a large allocat...
Rmk 12 Peruntukan Pertanian Di Sabah Perlu Lebih Besar

Rmk 12 Peruntukan Pertanian Di Sabah Perlu Lebih Besar

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 309 hits
Kerajaan disaran mengagihkan peruntukan pertanian sebanyak 25 peratus berbanding enam hingga lapan peratus seperti diumumkan dalam Rancangan Malaysia Ke 12 Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata dengan pengagihan seum...
Kerajaan Perlu Dapatkan Persetujuan Ph Sebelum Bentang Belanjawan 2022

Kerajaan Perlu Dapatkan Persetujuan Ph Sebelum Bentang Belanjawan 2022

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh FAZLI RADZI OKTOBER 1 2021Kerajaan perlu berunding dengan dengan Pakatan Harapan terlebih dahulu sebelum Belanjawan 2022 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober depan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata hal tersebut terka...
Program Kartu Prakerja Berlanjut Hingga 2022

Program Kartu Prakerja Berlanjut Hingga 2022

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 227 hits
Menurut Airlangga untuk tahun depan sistem Kartu Prakerja masih sama hingga enam bulan pertama sembari menyesuaikan situasi pandemi Covid 19 di Tanah Air
Uu Hpp Berpotensi Tingkatkan Pendapatan Negara Hingga Rp140 T Di 2022

Uu Hpp Berpotensi Tingkatkan Pendapatan Negara Hingga Rp140 T Di 2022

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 196 hits
Setidaknya pendapatan negara akan bertambah Rp 140 triliun karena adanya kenaikan tarif Pajak Pertambahan Nilai menjadi 11 persen yang akan mulai diterapkan pada 1 April 2022
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi