Ph Kecam Kenyataan Angkuh Pejabat Pm



Kenyataan angkuh yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri (PM) petang semalam bahawa pemansuhan Ordinan Darurat dilakukan secara tertib biarpun sebelum itu telah dibidas oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai membelakangkan Baginda, dikecam oleh Pakatan Harapan (PH).
Menurut Majlis Presiden PH, kenyataan PM Mahiaddin Yassin itu jelas menderhakai sistem Raja Berperlembagaan dengan mempertikai titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam kenyataan media Istana Negara, pagi semalam.
“Perkara pokok (dalam kemelut ini) adalah kenyataan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen merangkap Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan di dalam Dewan Rakyat pada 26 Julai lalu, yang berkata Kerajaan telah membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat berkuatkuasa 21 Julai.
“Walau bagaimanapun, kenyataan Istana Negara jelas menyatakan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong belum memberi perkenan kepada pembatalan tersebut, dan Takiyuddin telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
“Oleh itu, kenyataan balas Pejabat Perdana Menteri adalah angkuh dan biadab terhadap Ketua Utama Negara, menderhakai Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.
“Amat penting dinyatakan bahawa Pemerintah yang telah hilang jalinan hubungan baik dan tidak lagi taat setia kepada Seri Paduka Baginda tidak mungkin akan bertahan,” kata Majlis Presiden.
Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan PN dan seluruh Kabinet yang sebelum ini telah hilang keabsahan kerana kehilangan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat kini hilang kelayakan dan kewibawaan sebagai pemimpin apabila gagal melaksanakan titah Agong untuk mengungkaikan Ordinan Darurat di Parlimen.
“Perdana Menteri dan Menteri jelas gagal menjunjung titah Tuanku agar Ordinan-Ordinan Darurat dibahas dan diputus untuk diungkaikan di Parlimen
“Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen pula mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat serta mengelirukan Ahli-Ahli Dewan
“Sebelumnya, Peguam Negara telah gagal menjalankan tugas rasminya untuk memberi nasihat perundangan kepada Seri Paduka Baginda secara neutral dan bebas tanpa memihak kepada PM Tan Sri Mahiaddin Yassin,” kata kenyataan itu.
Tambah Majlis Presiden, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebaliknya menambah parah krisis Perlembagaan apabila mempertahankan hak Kerajaan PN untuk tidak membenarkan perbahasan ke atas setiap Ordinan Darurat untuk dibatalkan dalam sidang Parlimen mulai 26 Julai lalu.
“Sepanjang sidang khas Parlimen ini, Speaker Azhar Azizan Harun telah mempertahankan hak Kerajaan Perikatan Nasional untuk tidak membenarkan perbahasan ke atas setiap Ordinan Darurat untuk dibatalkan.
“Lebih mengecewakan, semalam di Parlimen beliau menggunakan pelbagai alasan dan helah untuk mengelak dari perkara tersebut dibahas dan diputuskan dengan menempohkan sidang sebanyak empat kali, termasuk atas alasan semua yang berada di Parlimen perlu menjalani ujian saringan Covid-19 walaupun tidak wujud sebarang kluster Parlimen,” kata mereka.
Oleh itu, Majlis Presiden PH mendesak PM Mahiaddin segera berundur untuk mengelakkan krisis lebih teruk melanda negara dan melatkkan jawatan secara terhormat.
“Tiada tindakan lain yang mesti dilakukan oleh Tan Sri Mahiaddin, seluruh Jemaah Menteri, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Peguam Negara selain meletakkan jawatan secara terhormat atas kesalahan besar mereka sepertimana yang terkandung di dalam kenyataan Istana Negara semalam, iaitu “permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuatkuasa pada 21 Julai yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan”
“Kalau inilah yang diperlakukan oleh Tan Sri Mahiaddin dan Kerajaan PN terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, apatah lagi terhadap rakyat,” akhiri mereka.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32682

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Balas Pejabat Perdana Menteri

Kenyataan Balas Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 187 hits
Pejabat Perdana Menteri pula membalas jawapan bagi mereka berkaitan dengan Kenyataan YDPA berkaitan isu pemansuhan ordinan darurat yang tidak dipersembahkan kepada baginda Saya kongsikan aje
Kenyataan Penuh Pejabat Perdana Menteri Berhubung Isu Pemansuhan Ordinan Ordinan Darurat

Kenyataan Penuh Pejabat Perdana Menteri Berhubung Isu Pemansuhan Ordinan Ordinan Darurat

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 163 hits
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan M...
Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana

Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 447 hits
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan Perikatan Nasional masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli ahli Parlimen walaupun terdapat gesaan ahli Parlimen pembangkang yang mahu Muhyiddin Yassin meletakkan...
Isu Derhaka Agong Batalkan Ordinan Darurat Ini Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

Isu Derhaka Agong Batalkan Ordinan Darurat Ini Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 238 hits
MERUJUK kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan M...
Pejabat Presiden Pas Menafikan Kenyataan Tular Parti Itu Bersedia Memimpin Kerajaan

Pejabat Presiden Pas Menafikan Kenyataan Tular Parti Itu Bersedia Memimpin Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR Pejabat Presiden PAS menafikan kenyataan yang tular kononnya kenyataan Presiden PAS bertajuk PAS Bersedia Memimpin Kerajaan Dalam satu kenyataan ringkas Pejabat Presiden PAS memaklumkan kenyataan yang sedang tular itu adalah pa...
Kenyataan Media Pejabat Piem

Kenyataan Media Pejabat Piem

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 201 hits
UNTUK RENUNGAN BERSAMABerikut adalah Kenyataan Media dari Pejabat Perdana Menteri
Siapakah Vigneswaran Yang Angkuh Langgar Titah Agong Ini

Siapakah Vigneswaran Yang Angkuh Langgar Titah Agong Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 190 hits
Malaysiakini PKR menganggap kenyataan Presiden MIC SA Vigneswaran yang mengulas mengenai isu pembatalan ordinan darurat sebagai angkuh mengetepikan titah Yang di Pertuan Agong Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata tidak waja...
Pkr Perak Mahu Zuraida Kamaruddin Di Beri Hukuman Kerana Angkuh Biadab Pada Agong

Pkr Perak Mahu Zuraida Kamaruddin Di Beri Hukuman Kerana Angkuh Biadab Pada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 164 hits
IPOH Parti Keadilan Nasional Perak menganggap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin biadab apabila menyatakan sedikit kecewa dengan cara Yang di Pertuan Agong menegur kerajaan dalam isu pembatalan ordinan darurat ...
Permintaan Maaf Luhut Panjaitan Diapresiasi Sikap Bagus Seorang Pejabat

Permintaan Maaf Luhut Panjaitan Diapresiasi Sikap Bagus Seorang Pejabat

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 193 hits
Pengamat politik Ujang Komarudin mengapresiasi ucapan maaf Luhut Tetapi dia menilai pernyataan Luhut terkesan tidak ingin penerapan PPKM disebut gagal
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan