Ph Kalau Nak Lama Memerintah Belajar Daripada Pm



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Ikut cara PM: Luangkan masa untuk orang ramaiSEKIRANYA kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersungguh-sungguh tidak mahu menjadi kerajaan satu penggal maka anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbalan menteri wajiblah segera melaksanakan nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Saya rasa adalah tidak adil dan sia-sia beliau mempertahankan mereka apabila dikritik atau ditanya oleh media massa kalau mereka sendiri tidak berusaha memperbaiki diri.
Seelok-eloknya mereka secara kolektif dan berkesan mempertahankan kerajaan bukan memaksa Perdana Menteri mempertahankan mereka.
Janganlah terlalu seronok, gembira, selesa dan mendabik dada apabila beliau memberi pelbagai alasan mempertahan dan melindungi mereka.
Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh membuktikan bahawa mereka bukan badut dan watak jenaka dengan laksanakan nasihat beliau.
Yang terbaru Dr Mahathir menasihatkan mereka belajar mengurus secara mikro (micro-manage) dengan turun sendiri ke padang untuk melawat dan memantau projek.
Hanya dengan melakukan lawatan mengejut tanpa diiringi oleh kakitangan yang ramai dan dikepung oleh pengawal keselamatan barulah mereka dapat melihat keadaan sebenar.
Inilah cara Dr Mahathir. Oleh sebab itulah kita sering melihat beliau memandu sendiri, khususnya pada hujung minggu, untuk melihat dan meninjau pelbagai tempat dan perkara yang menarik minat beliau atau yang memerlukan perhatian beliau.
Cerita beliau tiba-tiba muncul di tapak projek menyebabkan kakitangan awam,  eksekutif sektor swasta dan kontraktor sentiasa berjaga-jaga dan tidak curi tulang.
Inilah yang berlaku ketika pembinaan Menara Kembar Petronas, Putrajaya, KLIA dan banyak lagi projek utama.
Rungutan Rakyat
Antara sungutan dan rungutan yang sering kita dengar mengenai Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri PH ialah mereka tidak cukup kerap turun padang melawat projek dan bertemu rakyat jelata.
Malah saya lihat dengan mata kepala saya sendiri betapa kekoknya sesetengah daripada mereka apabila bersama rakyat jelata. Ada yang seolah-olah mahu dipagari oleh pegawai dan pengawal supaya boleh mengelak daripada mendengar keluh kesah rakyat jelata.
Saya kata, kalau setakat hendak disambut, dikerumuni dan diraikan oleh pegawai dan pengawal supaya nampak cantik dalam berita televisyen, surat khabar dan media sosial, tak payahlah susah-susah habiskan duit kerajaan turun padang.
Tun Razak lawat luar bandar: Dr Mahathir belajar daripada beliauKalau turun padang, duduklah dan bermesralah dengan rakyat jelata – dengan tok penghulu dan tok penggawa, ketua kampung, tok iman, wakil peneroka, wakil nelayan dan wakil badan-badan bukan kerajaan.
Dalam era media sosial ini, gambar sangat penting. Kalau dulu gambar menceritakan seribu perkataan, dalam zaman media sosial ini sekeping gambar boleh menceritakan sejuta perkataan.
Mohon berhentikan segera amalan menampal gambar menteri dengan pegawai peribadi dan pegawai khas dengan pelbagai lakonan “free style” yang kebudak-badakan.
Orang ramai menyampah. Malah penyokong parti sendiri marah bila Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri nampak lebih mengutamakan kakitangan peribadi daripada ahli parti, orang ramai dan kakitangan awam.
Khusus buat Setiausaha Akhbar kepada Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, terutama sekali yang tidak terlatih dalam bidang komunikasi dan kewartawanan, cubalah lebih mesra dengan media dan kalau tidak tahu belajarlah daripada yang tahu. Jangan jadi bodoh sombong.
Ingatlah kamu memainkan peranan penting menentukan sama ada bos kamu mendapat “good press” atau “bad press”, khususnya menjelang ulang tahun pertama pemerintahan PH pada 9 Mei nanti.
Perkhidmatan Awam
Kemudian nasihat Perdana Menteri supaya Menteri, timbalan Menteri, Menteri besar, Ketua Menteri dan semua orang politik serta kakitangan mereka agar belajar bekerjasama dengan anggota perkhidmatan awam.
Tawan hati mereka dan dapatkan keyakinan mereka. Ia akan memakan sedikit masa kerana sebelum ini mereka hanya kenal dan biasa dengan satu kerajaan sahaja iaitu BN.
Perdana Menteri tidak mahu Menteri, timbalan Menteri, Menteri besar dan Ketua Menteri menubuhkan apa yang beliau sifatkan sebagai “government within the government” atau kerajaan dalam kerajaan iaitu dengan membawa masuk  kawan-kawan sendiri dan ketepikan kakitangan.
Saya pula kata, kakitangan awam pun cubalah sesuaikan diri dan kerja dengan kerajaan baru demi kebaikan rakyat jelata. Kesetiaan kakitangan awam adalah kepada kerajaan yang memerintah - the government of the day.
Tetapi kalau ditakdirkan ada kakitangan awam yang ingkar, bersekongkol dengan anggota kerajaan lama atau membentuk pakatan mereka sendiri (cabal, cartel) dengan tujuan mensabotaj kerajaan atau membuat keuntungan peribadi maka tindakan paling tegas wajib dikenakan.
Kadang-kadang benda yang kecil dan remeh menyebabkan orang ramai marah kepada kerajaan. Misalnya Menteri ke hulu hilir diiringi “outrider” polis atau polis tentera dengan bunyi siren dan lampu amaran sedangkan orang ramai tersekat dan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Yang tak ada pengiring polis tu tak payahlah nyalakan lampu "strobe light" biru kamu. Menyakitkan hati orang rama saja! Lebih baik bersusah payah sikit daripada dimaki hamun oleh rakyat jelata.
Seelok-eloknya kerajaan PH ini hendaklah lebih egalitarian (sama rata) dan elak meniru sifat berkasta kerajaan dahulu. Tak payahlah bos sana bos sini. Bukankah panggilan YB lebih sedap?
Kurangkan protokol dan lebihkan bermesra dengan rakyat jelata seperti yang diamalkan oleh Perdana Menteri sendiri.
Wallahuaklam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/03/ph-kalau-nak-lama-memerintah-belajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abg Kakak Keje Kerajaan Kereta Jenama H Tapi Biarkan Mak Keje Jaga Tandas Semata Mata Nak Sara Aku Masih Belajar

Abg Kakak Keje Kerajaan Kereta Jenama H Tapi Biarkan Mak Keje Jaga Tandas Semata Mata Nak Sara Aku Masih Belajar

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 354 hits
Foto sekadar hiasan Nama saya Wina Umur saya 23 tahun Saya lepasan SKM yang tersilap memilih bidang namun berusaha menamatkan pengajian meskipun selepas tamat belajar tiadalah mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari Masa saya study ...
Belajar Google Adwords Kalau Nak Tahu Tempat Paling Strategik Untuk Pacak Iklan

Belajar Google Adwords Kalau Nak Tahu Tempat Paling Strategik Untuk Pacak Iklan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 315 hits
Bila kita meniaga online di Facebook atau Instagram wajib tak kita belajar Google AdWords untuk promote produk kita Kalau nak ikutkan iklan berbayar ni kat Instagram dah ada Instagram Ads namanya Kat Facebook pun dah ada FB Ads Jadi wajib t...
Nak Berdengung Belajar Ilmu Tajwid

Nak Berdengung Belajar Ilmu Tajwid

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 261 hits
Bukan Ilmu hisap Sejak sawit jatuh harga benda merepek yang disuruh tanam Wow Tunggu jiwa raga pun dijual
Petua Nak Simpan Kelapa Parut Biar Tahan Lama

Petua Nak Simpan Kelapa Parut Biar Tahan Lama

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 528 hits
Kelapa parut adalah isi kelapa yang diparut menjadi serabut serabut putih Ia parut amat sinonim dalam masakan dan kuih muih Melayu Kuih kaswi lompang apam cukup lazat disediakan bersama bersama kelapa parut Foto tokomesinkelapa comNamun kel...
Resipi Orang Lama Agar Agar Kering

Resipi Orang Lama Agar Agar Kering

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 413 hits
Puasa dan raya dah semakin dekat Ada juga yang mengidam biskut dan kuih lama Min kongsikan resipi legend yang korang sendiri akan teruja nak rasa Bahan bahannya Agar agar bertali 1 paketGula pasir 1 kiloGula batu email protected Air sukat p...
Nak Jaga Telur Pun Tak Lepas

Nak Jaga Telur Pun Tak Lepas

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 884 hits
Seorang Menteri jaga telur pernah umumkan dengan bangganya bahawa kerajaan PH berjaya turunkan harga telur 2 sen pada bulan Disember lalu Tetapi mengikut data rasmi Kementerian Pertanian harga telur ayam terus naik sehingga kini Sebelum PRU...
Sekian Lama Putus Luna Maya Kembali Bertemu Dengan Ariel Noah

Sekian Lama Putus Luna Maya Kembali Bertemu Dengan Ariel Noah

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 318 hits
Sama sama datang ke acara ulang tahun Bunga Citra Lestari Luna Maya tak sengaja bertemu dengan sang mantan Ariel Noah Pertemuan ini pun menuai heboh
Tidak Lama Hanya Ada 12 Tahun Masa Untuk Luang Dengan Anak Selepas Itu Fokusnya Akan Lari Dari Kita

Tidak Lama Hanya Ada 12 Tahun Masa Untuk Luang Dengan Anak Selepas Itu Fokusnya Akan Lari Dari Kita

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 380 hits
Melalui perkongsiannya di laman FB Pn Adlil Rajiah mengatakan bahawa ibu bapa hanya mempunyai masa sehingga anak anak 12 tahun untuk bersama dengan anak anak sepenuhnya Selepas tempoh itu fokus anak anak akan beralih kepada perkara lain Hak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba