Ph Jatuh Angkara Konflik Ciptaan Sendiri


TANGGAL 24 Februari berulang semula semalam. Detik kejatuhan sebuah kerajaan. Ramai mengingati tarikh itu sebagai detik cemas melanda politik negara setahun lalu.

Malaysia tiada ketua kerajaan seketika selepas Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan. Beliau menyerah surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 petang. Kelam kabut seketika pentadbiran di Putrajaya pada detik tersebut.

Bagaimanapun baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Itu bermula segala kisah yang berlaku di sebalik tabir Pakatan Harapan (PH). Isu itu diberi gambaran dalam dua versi. Bagi PH mereka total menyalahkan Umno, PAS, Bersatu dan GPS.

Kalau muncul naratif lain, ia sebagai cerita sampingan yang berpangkal peristiwa tersebut. Sedangkan ketika itu Dr Mahathir masih lagi mampu menyelamatkan keadaan.

Beliau masih mendapat sokongan sebagai perdana menteri. PAS, Umno dan Bersatu menyokongnya. Namun sokongan bersyarat tanpa melibatkan DAP.

Naratif yang disebut ramai ketika itu sebagai langkah Sheraton. Ketiga-tiga parti teras Melayu tersebut mahu menyelamatkan keadaan dengan harapan diberi kepada Dr Mahathir. Tun dikatakan bersetuju dengan pelan awal itu.

Namun tidak lama selepas itu Tun u-turn selepas mengadakan perjumpaan dengan Anwar Ibrahim dan sekutunya. Tiba-tiba Dr Mahathir berubah nada.

Beliau memaklumkan mahu menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Kerajaan perpaduan melibatkan semua parti termasuk DAP. Idea Tun ketika itu juga sukar diterima pemimpin PH.

Tun juga menolak kerjasama dengan Umno secara en bloc. Tindakan Tun yang flip flop akhirnya membuatkan Umno, PAS dan Bersatu hilang keyakinan terhadapnya.

Parti terbabit menarik balik akuan sokongan terhadap perdana menteri. Umno dan PAS atas nama Muafakat Nasional (MN) dan Bersatu mencari alternatif lain. Tiba-tiba nama Muhyiddin Yassin muncul.

Pilihan itu peringkat awal juga dipersetujui Dr Mahathir. Ia dianggap sebagai penyelesaian terbaik.

Dr Mahathir sokong Muhyiddin
Lihat kenyataan Tun pada 27 Februari 2020. Dr Mahathir beri bayangan kemungkinan Bersatu mencalon Muhyiddin sebagai perdana menteri baharu.

Kataya beliau tiada masalah jika Presiden Bersatu itu dipilih menjadi perdana menteri baharu sekiranya mendapat sokongan majoriti.

“Sekiranya semua orang memilih beliau, saya okey dan jika beliau menang dan dibawa ke Parlimen kemudian diberi sokongan majoriti, beliau mempunyai hak untuk menjadi Perdana Menteri,” ujar Tun.

Kenyataan itu dilapor banyak media dan portal berita. Bermula dari situ Istana Negara membuka pintu kepada ahli-ahli parlimen (MP) bagi menyatakan sokongan mereka. Setiap ketua parti dan MP dipanggil mengadap.

Bersatu ketika itu memiliki 26 MP. Manakala kumpulan Azmin Ali pula mempunyai 11 kerusi. Kekuatan sedia ada pembangkang lain pada masa itu iaitu BN 41 kerusi, PAS (18) dan Gabungan Parti Sarawak (18).

Maka jumlah 114 MP membentuk koalisi baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN). Sedangkan sebelum itu PH mempunyai kekuatan 139 kerusi. Jumlah itu seperti mustahil boleh meruntuhkan PH yang bertakhta di Putrajaya.

Konflik dalaman yang berpanjangan sejak 10 Mei 2018 tidak mampu lagi dinafi sebagai asbab utama kejatuhan kerajaan PH. Tidak sukar untuk melihat kembali apa yang berlaku sepanjang 22 PH berkuasa di Putrajaya.

Itu faktor utama. Belum lagi diambil kira kegelisahan rakyat sepanjang 22 bulan usia kerajaan PH.

Era kerajaan PH juga ada menteri berani mempertikaikan tugas polis. Pada 26 November 2018 beberapa menteri dan Ahli Parlimen PH menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya.

Ia berkaitan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya. Seorang menteri pula menyalahkan polis yang dianggap mendakwa rusuhan berpunca perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.

Era PH juga muncul buku kartun yang mempromosi ideologi komunis. Buku Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama dalam versi bahasa Cina dirampas di Komtar.

Komtar ialah Kompleks Tun Abdul Razak yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. Di situlah terletak pejabat Ketua Menteri dan Exco.

Peliknya kartun yang mempromosi ideologi komunis boleh diterbit di bangunan sama. Sengaja atau tidak pembaca boleh membuat tanggapan sendiri.

ICERD
Tidak kurang juga kenyataan perdana menteri yang mengundang resah penjawat awam. Katanya skim tetap dan berpencen bagi perkhidmatan awam perlu dikaji semula.

Kenyataan itu juga turut mengundang detik-detik kejatuhan kerajaan PH. Penjawat awam sebagai jentera kerajaan diulik resah sepanjang PH mentadbir.

Kemuncuk kebangkitan rakyat apabila kerajaan PH bersungguh-sungguh meratifikasi Konvesyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskiriminasi Kaum (ICERD).

Berikutan itu pada 4 November 2018 rakyat datang dari seluruh pelusuk negara berhimpun di Kuala Lumpur. Puluhan ribu rakyat mulai berhimpun
di Masjid Jamek.

Kemudian berarak ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Perhimpunan itu mencetus semula hubungan atas nama Melayu-Islam antara PAS dan Umno. Himpunan bantah ICERD menggabungkan pemimpin utama PAS dan Umno.

Himpunan tersebut digerakkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Bermula tanggal itu gerakan mendedah kepincangan PH makin konsisten. Malangnya PH tidak mahu menghidunya. Rata-rata pemimpin DAP dan Amanah pertama kali dalam sejarah bergelar menteri.

Mereka masih asyik dengan jawatan menteri dan timbalan menteri. PH juga tidak dapat mengesan detik kejatuhan mereka yang bermula Dr Maszlee Malik meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Kata Dr Maszlee dia mengambil keputusan itu atas nasihat perdana menteri.

“Saya taat setia dan reda walaupun berat, dengan nasihat perdana menteri. Saya memulangkan semula jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari 2020,” kata bekas menteri terbabit.

Menteri itu meninggalkan jawatan selepas 20 bulan bergelar menteri. Konflik tersebut menjelaskan apa yang berlaku hari ini. Dr Maszlee dan Dr Mahathir memilih haluan berbeza sekarang. Begitu juga Syed Saddiq.

Hari ini PH dan pembangkang mengharapkan nyawa lagi. Maka tidak hairanlah mereka bersungguh-sungguh mendesak supaya diadakan persidangan parlimen.

Sebenarnya bukan mahu membincangkan isu rakyat, sebaliknya mengulangi apa yang berlaku di Perak pada 3 Disember 2020. Mereka boleh mencuba usul undi percaya kepada perdana menteri. Hasrat itu sudah lama dikesan. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/ph-jatuh-angkara-konflik-ciptaan-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ditemukan Tidak Bernyawa Ditindih Motosikal Sendiri

Lelaki Ditemukan Tidak Bernyawa Ditindih Motosikal Sendiri

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 189 hits
96 total views 96 views today Parit Buntar Lelaki ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan ditindih motosikalnya selepas dipercayai terbabas ke dalam parit di Parit Haji Tahir Batu 5 di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Ma...
Lupakan Seketika Diri Sendiri Doakan Pula Untuk Orang Lain

Lupakan Seketika Diri Sendiri Doakan Pula Untuk Orang Lain

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 302 hits
Ada kawan kawan yang susah Doakan agar Allah hilangkan kesusahannya Ada kawan kawan yang sakit Doakan agar Allah sembuhkan kesakitannya Ada kawan kawan yang ada masalah Doakan agar Allah selesaikan masalahnya Ada kawan kawan yang takde duit...
Hiburan Hidup Porak Peranda Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

Hiburan Hidup Porak Peranda Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 406 hits
Penyanyi Ameng daripada kumpulan Spring mendedahkan hidupnya seolah olah berakhir apabila dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada tahun 2011 yang lalu Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminnudin Wan I...
Memang Tun Mahathir Sendiri Restui Muhyiddin Jadi Pm

Memang Tun Mahathir Sendiri Restui Muhyiddin Jadi Pm

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 226 hits
Pihak tertentu bertindak menempelak Datuk Dr Marzuki Mohamad kerana dikatakan berbohong ekoran pendedahan Setiausaha Sulit Perdana Menteri itu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah setuju mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana...
Cuba Buat Sendiri Popia Sata

Cuba Buat Sendiri Popia Sata

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 371 hits
Cuba Buat Sendiri Popia Satar Assalamualaikum Hari Khamis baru baru ni Cik Ash terlebih rajin buat popia satar dengan keadaan gusi sakit boleh buat kudapan ni Biasa la suami cuti kerja kena buat kudapan untuk dia makan sambil layan movie de...
Mudahnya Buat Yee Mee Sizzling Ayam Sendiri Sebijik Macam Kat Foodcourt

Mudahnya Buat Yee Mee Sizzling Ayam Sendiri Sebijik Macam Kat Foodcourt

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 342 hits
Selalu makan nasi goreng sahaja apa kata sesekali cuba alih arah menu mi pula Tapi menu mi apa yang ingin dicuba Haa Teringat makan mi sizzling hot pot panas panas sewaktu di FoodCourt shopping mall tempoh hari jadi jom la kita buat sendiri...
Mudah Dan Jimatnya Buat Asam Keping Sendiri

Mudah Dan Jimatnya Buat Asam Keping Sendiri

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 360 hits
Hi korang Asam gelugor merupakan bahan masakan yang seringkali digunakan dalam keperluan masakan masakan seharian Penggunaan asam gelugor sangat sangat sinonim dalam menambahkan kelazatan dan menaikkan aroma dalam masakan tersebut Kalau di ...
Ppbm Tidak Perlu Sibuk Ambil Tahu Beri Umno Ruang Urus Parti Sendiri Kata Annuar Musa

Ppbm Tidak Perlu Sibuk Ambil Tahu Beri Umno Ruang Urus Parti Sendiri Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 230 hits
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa membidas pemimpin PPBM yang menggesa Umno mendedahkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu di Janda Baik Pahang dengan berkata tiada mana mana pihak yang mempunyai kuasa ve...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord