Memang Tun Mahathir Sendiri Restui Muhyiddin Jadi Pm




Pihak tertentu bertindak menempelak Datuk Dr. Marzuki Mohamad kerana dikatakan berbohong ekoran pendedahan Setiausaha Sulit Perdana Menteri itu bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah setuju mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, diminta melihat semula bukti-bukti itu dalam pelbagai saluran media.
Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, mereka cuba menafikan fakta bahawa Dr. Mahathir sendiri pada 27 Februari 2020 secara terbuka menyatakan persetujuan menerima Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika beliau mendapat sokongan.
Katanya, kenyataan Mahathir itu disuarakan selepas pertemuan antara beliau dan Muhyiddin pada tarikh tersebut di Pejabat Perdana Menteri.
Beliau memberitahu, sebaik sahaja pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu berakhir, Dr. Mahathir mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang mana dalam sidang media itu beliau ditanya wartawan mengenai hasil pertemuan mereka tersebut.
“Jawapan yang diberikan Dr. Mahathir adalah jelas, iaitu ‘ada beberapa kemungkinan yang kami bincangkan, termasuk kemungkinan Muhyiddin akan menjadi calon. Jika semua orang memilih beliau, saya okey’.
“Dr. Mahathir ditanya lagi wartawan ini iaitu apakah ia sebagai calon Perdana Menteri dan beliau menjawab ya, sebagai PM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kamarul Zaman, perlu diingat, selepas Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020, Muhyiddin mengumumkan keputusan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sehari sebelumnya bahawa semua ahli Parlimen Bersatu terus menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, katanya, temubual Yang di-Pertuan Agong secara individu dengan 222 Ahli Parlimen pada 25 dan 26 Februari 2020 menyaksikan Dr. Mahathir hanya mampu memperoleh sokongan 62 Ahli Parlimen walaupun pada pagi 25 Februari 2020, Dr. Mahathir memaklumkan kepada Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas bahawa beliau memperoleh sokongan semua 222 Ahli Parlimen.
Katanya, hal itu berlaku kerana penentangan UMNO dan Pas yang memilih untuk berkecuali, serta penentangan PKR, DAP dan Amanah memilih untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran hasrat Dr. Mahathir menubuhkan kerajaan perpaduan ketika dimaklumkan kepada pemimpin tertinggi parti-parti politik yang menemui beliau pada 25 Februari 2020.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ekoran kekalahan Dr. Mahathir itu, maka satu mesyuarat khas antara semua ahli Parlimen Bersatu dilangsungkan pada pagi 28 Februari 2020 yang mana Dr. Mahathir sendiri meninggalkan mesyuarat khas itu lebih awal untuk memberi kebebasan kepada mereka memilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
“Setelah semua perkara yang dipersetujui atau sekurang-kurangnya tidak ditentang Dr. Mahathir ini, namun secara mengejut Dr. Mahathir mengumumkan keesokan harinya bahawa beliau pada pagi itu telah bermesyuarat dengan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan menyatakan kesediaan beliau untuk dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri dengan sokongan PH.
“Padahal keputusan Dr. Mahathir ini bercanggah dengan pengumuman oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya pada 24 Februari 2020, iaitu ‘Dalam Mesyuarat (Khas) Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 23 Februari 2020 juga kita telah bersetuju untuk keluar daripada PH, inilah keputusan parti dan kita akur dengan keputusan parti’,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, mana-mana pihak diminta tidak mudah menuduh orang lain menipu tatkala bukti-bukti video atau audio serta rekod-rekod lain yang ada membuktikan segala peristiwa tersebut

Sumber: Utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/memang-tun-mahathir-sendiri-restui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Dakwa Kerajaan Pm Muhyiddin Membuatkan Agong Nampak Seperti Diktator

Tun Mahathir Dakwa Kerajaan Pm Muhyiddin Membuatkan Agong Nampak Seperti Diktator

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 276 hits
PETALING JAYA Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuatkan Yang di Pertuan Agong nampak seperti diktator Dalam satu siaran langsung khas bekas Perdana Menteri itu ...
Saya Boleh Kembali Kepada Umno Tun Mahathir

Saya Boleh Kembali Kepada Umno Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 286 hits
On Feb 17 2021 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau boleh kembali kepada UMNO Begitupun ia hanyalah sekiranya UMNO kembali berpegang kepada dasar awalnya iaitu berjuang untuk bangsa negara dan agama Saya boleh kem...
Najib Tun Mahathir Boleh Sertai Semula Parti Umno Tapi Jangan Kenakan Sebarang Syarat

Najib Tun Mahathir Boleh Sertai Semula Parti Umno Tapi Jangan Kenakan Sebarang Syarat

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Mana mana individu yang telah keluar UMNO boleh diterima semula UMNO tetapi tidak boleh mengenakan sebarang syarat termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad Itu kata Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional yang juga bekas Presiden ...
Tun Dr Mahathir More Time Must Be Spent On Developing The Character Of Students

Tun Dr Mahathir More Time Must Be Spent On Developing The Character Of Students

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 356 hits
Malaysia s former premier speaks his mind on Malaysia s education landscape As conversations surrounding the education landscape grow in volume with schools reopening soon Tun Dr Mahathir Mohamad former 4th and 7th Prime Minister of Malaysi...
Muhyiddin Boneka Mahathir

Muhyiddin Boneka Mahathir

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 368 hits
March 2 2021 Dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah puppet atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri disifatkan tidak benar sama sekali Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Marzuki Mohamad ber...
Mahathir Nak Akui Muhyiddin Bijak Ke Ni

Mahathir Nak Akui Muhyiddin Bijak Ke Ni

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 210 hits
Muhyiddin dilihat kembali memiliki sokongan apabila dua Ahli Parlimen PKR iaitu Ahli Parlimen Julau Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon menandatangani dan menyerahkan akuan berkanun menyatakan sokongan kepada PN Beka...
Sebenarnya Mahathir Tak Tolakpun Muhyiddin Sebagai Pm

Sebenarnya Mahathir Tak Tolakpun Muhyiddin Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 169 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan keberatan dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan susulan krisis politik berpunca daripada Langkah Sheraton Februari tahun lalu Muhyiddin ketika itu bertegas supa...
Pembentukan Pn Sebenarnya Gerakan Mahathir Hanya Mereka Saja Tahu Ujar Setiausaha Sulit Muhyiddin

Pembentukan Pn Sebenarnya Gerakan Mahathir Hanya Mereka Saja Tahu Ujar Setiausaha Sulit Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 264 hits
tuncarlos comKUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang sepatutnya mengetuai kerajaan Perikatan Nasional kerana beliau sudah mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi Februari tahun lalu Setiausaha Sulit kepada Perdana ...
Sepatutnya Mahathir Ketuai Pn Bukan Muhyiddin Tapi

Sepatutnya Mahathir Ketuai Pn Bukan Muhyiddin Tapi

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 271 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang sepatutnya mengetuai kerajaan Perikatan Nasional kerana beliau sudah mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi Februari tahun lalu Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Marzuki Moha...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord